Friday, November 23, 2012

Ada Apa dengan Pok Jak

Pok Jak? Adakah Izzat Ghazali? Ataupun Aizat Azlan? Oh tak.. Ni kisah trip aku ke Jakarta minggu lepas masa cuti awal Muharram hari tu.

Ok jugak seat kereta api untuk kelas bisnes ni. Selesa. Tapi disebabkan travel waktu malam, tak dapat pulak nak tengok pemandangan kat luar ==' Satu benda yang semua kena tau bila dalam tren indonesia ni, setiap kali tren berhenti kat mana-mana stesen, konfem ramai penjaja dari luar masuk dalam gerabak, pastu melelong produk yang diorang jual. Dari makanan, minuman, ada jugak yang jual mainan2 berlampu. Tapi masa menjual tu, memang menjerit habis la.

"Nasi nasi nasi!!" "Aqua Aqua Aqua!"
Oh, Aqua tu jenama air mineral kat sini. Masa penjual tu masuk, mesti semua penumpang yang tengah tidur tu terbangun. Ye la, diorang menjerit kuat habis. Rasa macam kat pasar je.

Suasana tren kelas bisnes
Plannya nak menumpang kat rumah kawan-kawan yang belajar di Jakarta. Kalau boss kitorang yang dari Jogja ni Azam, bos yang dari Jakarta ni Hamdi. Dua-dua orang ni memang big boss la. Diorang uruskan semuanya pasal kitorang.

Jadi kami-kami ni mula mencari teksi nak gi rumah bebudak Jakarta masa pepagi buta. Almaklumla tren sampai pukul 4 pagi. Masyaallah, 80,000 satu teksi. Gila mahal. Lepas negotiation, dapat la turun sampai ke 60,000. Kenapa mahal? Sebab biasanya teksi ni takkan guna meter masa pepagi buta. Kalau delay nak cari teksi, masalah pulak sebab jalan akan jamme teruk menjelang waktu pagi.

Dah skip gi aktiviti. Gi kat taman ecopark ke apa entah. Tak ingat nama dia. Macam taman rekreasi. Banyak facility yang disediakan. 






Haa nampak tak semangat ke-emareseman aku? Hehehe aku suka baju tu. memula tu main paintball dua round. Tapi aku main seround je sebab kaki aku melecet pakai but dia yang ketat gila. Ramai gak junior-junior 2012 yang belajar kat Jakarta ni. Maksud aku junior Melayu la. Sebab kalau kat Jogja tu junior Melayu laki cuma 5 orang je, kalau nak banding ngan Jakarta, 30 lebih kot.

Lepas paintball, kitorang gi ke taman komodo. Ni nama yang aku bagi sendiri, sebab kat taman tu banyak sangat patung komodo. Komodo kot yang jadi theme dia. Eh? Aku dah hilang la gamba patung komodo tu ==

Lesap gi mana pulak gambar-gambar masa kat taman komodo ni. Isy kena tukar phone baru ni. Ah, letak je la mana-mana gambar yang tinggal.


Haa patung dinosaur yang buat pakai rotan

Pelajar2 Jogja ngan Jakarta dalam sesi beramah-mesra(?)

Lepas tu mulalah perjalanan ke tasik dia. Naik bot sotong kurita pusing-pusing kat area tu. Rasa malu jugak ==




Masa naik bot, mendarat jap kat Pulau Rusa.
Bulu dia macam karpet
Tanduk pulak macam ranting kayu

Sape nampak kesalahan dalam papan tanda ni? :p



Itu conclusion untuk trip ke ecopark ni. Hari besoknnya, kitorang yang dari Jogja ni dibawa melawat ke kota Jakarta. Tengok je Jakarta, teringat KL. Sebak jugak la. Jakarta ni masalah dia jamme la, lagi-lagi masa awal pagi atau lewat petang. Memang kenderaan tak bergerak. Anyway memula tu kitorang gi melawat ke Monas dulu. Monas ialah "Monumen Nasional". 

Gambar dari Tok G

Gambar dari Vivaz aku



Nampak tak orang tidur bawah patung tu?


Masa tangkap gambar kat patung ni, aku ternampak satu family ni. Ahh tengok tudung yang si isteri pun dah tau ni mesti dari Malaysia. 

"Pak cik asal Klate. Kamu semua ni asal mana?"

Hehehe tak sangka gak ada orang Klate visit Jakarta.

Jadi dalam Monas tu, ada muzium. Muzium yang menceritakan semuanya pasal sejarah Indonesia. Dari zaman manusia purba, zaman Belanda, sampailah ke zaman sekarang. Cool kot, semuanya dia ceritakan dalam bentuk patung. Tak paham?








Kat puncak Monas ni ada restoran, tempat untuk tengok2 bandar Jogja. Macam KL Tower la. Tapi disebabkan orang yang terlampau ramai, maka hajat kami dimatikan. Lepas Monas, gi jap sembahyang Jumaat, lepas tu shopping-shopping jap. Kat sini serious banyak shopping complex, kalau nak bandingkan dengan Jogja.


Terjumpa seekor tikus yang comel~~
Haha amacam Lina? :p

Oh ya, masa aku tengah lepak-lepak kat rumah bebudak Jakarta ni kan, aku keluar la jap tengok-tengok area situ. Aku ternampak sebuah kedai makan. Wahhh ada jual ayam kremes. Terliur jap. Aku masuk kedai tu. 

"Ibu! Ibu! Mau makan."

"Woof woof!!"

Aku tergamam. Terus aku lari dari situ. Aku terlupa, yang Jakarta tak sama ngan Jogja. Kalau kat Jogja, insyaallah mostly makanan dia tu halal. Tapi kat Jakarta ni, kena hati-hati sikit. Syukur la aku tak makan kat situ.

Untuk perjalanan balik, kitorang naik tren kelas ekonomi. Aku tanya Azam kenapa tak ambik kelas bisnes je. Azam cakap biarla kita merasa sikit seat kelas rendah ni. Sebenarnya ok jugak kelas ekonomi ni, sebab ber-aircond. Yang tak bestnya kerusi dia 90 darjah. Memang kena sewa bantal buat alas belakang kalau nak selesa sikit. 



Hehe itu sajalah perjalanan ke Jakarta. Memang penat, tapi berbaloi la. Sekurang-kurangnya dapat jugak merapatkan ukhwah ngan pelajar-pelajar Jakarta. Insyaallah bulan 12 pergi lagi sebab ada program HAMKA, yang melibatkan semua pelajar Malaysia Muslim di Indonesia :)


3 comments:

Awan Nina said...

motip mention nama aku kat tikus tu? aku comel lagi ah :P

Unknown said...

Sebab teringat pasal tikus yang beranak dalam loker ko. Hahaha

Awan Nina said...

kfoine alep. sudah sudah la tu ingatkan tikus yg masuk loker aku tu. tak pasal kena basuh baju 2 baldi -.-

Update

Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...