Kalau ada kawan-kawan aku yang baca, plis jangan gelak. Haha curahan hati dan imaginasi kat sini.
Sunday, November 4, 2012
Citer 5D Part 7
So Ekin dan Faruq pun berjumpa dengan Cikgu Syahmi kat luar lab bio…
“Ya cikgu, ada apa?? S..Sa…Saya tak buat apa-apa salah cikgu….”, kata Ekin terketar-ketar…
Hari tu Ekin kantoi ngan cikgu tak pakai kad matrik, pastu pakai henpon kat tepi bilik guru.
“Oh, tak buat salah… habis tu yang cikgu suruh awak jumpa cikgu, tapi awak tak datang tu apa pulak? Faruq! Awak pulak! Saya dapat tau yang awak gi beli mercun bola masa kat bazaar ramadhan hari tu!”, kata cikgu Syahmi dengan suara seperti petir memecah angkasa~
Dari dalam lab bio, sume budak-budak 5D yang lain bercakap sesama sendiri…
Ainju : Eh, sape yang bagitau cikgu Syahmi pasal Faruq tuu?
Attira : Ha’ah la… kesian kat Faruq ..
Ummi : Kesian? Bakpo nok kesie ko dio… Aku sukoo jaaa… hahaha
Nani : Ummi!!! Ni bukan time nak buat lawak laa!!
Opai : Wesyyy… ni mesti ada spy dale kelas kito niii…
Kelas jadik sunyi kejapppp… ~ Lalu semua mata memandang ke arah sorang pelajar, namanya Arif..(menggantikan watak Alif Hilmi)
Kamil : Weh rep, mu koo jadi spy cikguuu??
Arif : Ehhhh, mane ade laa!!! Aku innocent!!!
Din : Dah tu kalo bukan arif, aku rasa Ellia kut….
Ellia : Hisyy!!! Mana ada laaaa!! Pandai-pandai je tuduh aku!!
Aniq : Wei kelas ni bisiiiiiiiiinnggg!!!! Dah la, jangan maen tuduh2 lagi!!
Cikgu Timah tersenyum bila tengok budak2 5D bergaduh sesama sendiri.. Uisyy… bulan pose pun nak gaduh-gaduh lagi!!!
Situasi berbalik semula kat luar lab bio bersama Cikgu Syahmi, Ekin dan Faruq.. Sebatang rotan besi telah tersedia di dalam genggaman cg Syahmi untuk mengenakan hukuman terhadap kedua-dua murid tersebut.. Cikgu Syahmi start degan Faruq, di mana Faruq diarahkan untuk menonjolkan punggungnya sedikit supaya dapat dilibas dengan puas oleh beliau… “Sedia doh ke blom Faruq??!!!”, jerit cikgu Syahmi… Faruq cuma berdiam diri kerana ketakutan.. Pada saat rotan mula diangkat ke udara bagi memberi kesan yang maksimum, tiba-tiba….
TRUUUTTT..TRUUUTT…… Telefon bimbit cikgu Syahmi berdering..
BERSAMBUNG……………………………………………………………..(lagi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Update
Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...
-
Benda ni dah jadi virus kan? Siap orang buat remix pulak tu. Haha lawak gila. Tujuan entry kali ni nak komen sikit pasal situasi ni. Apa ya...
-
Suatu malam lepas aku balik dari Malaysia, aku start kemas dapur rumah tu. Sepah gila. Nak dipendekkan cerita masa aku kemas bekas-bekas mak...
-
Post untuk Ita, ex-klasmet masa form 4 dulu. Sebenarnya tak tau nak tulis pasal apa. So main hentam je la. Firstly, nervous cells are cal...
No comments:
Post a Comment