Monday, January 14, 2013

Dulu dan Sekarang

"Maaf ya, tapi kuliahnya hari ini dipost-poned dulu. Nanti akan diumumkan semula."

Kalau sekali-dua kena macam ni takpe, tapi bila dah berkali-kali tu.. Rasa menyampah la jugak. Buat penat aku datang seawal 7 pagi bersemangat, tiba-tiba ditunda. Aku faham, lecturer-lecturer aku ni semuanya doktor-doktor yang kerja di hospital, selalu gak sibuk. Kena bahagikan masa untuk patient, keluarga, dan diri sendiri.

Eh tujuan entry kali ni bukan nak komen pasal kuliah yang selalu tunda, tapi nak cerita pasal kenapa lecturer kurang dihormati dari guru. Amaran : Semua ni berdasarkan idea dan pengalaman aku sendiri. Tak taulah kot-kot lain ngan situasi korang-korang yang di Malaysia tu.



KENAPA LECTURER KURANG DIHORMATI

Benda ni aku nampak dominannya masa aku belajar kat UGM ni. Masa tengah kuliah tu, sesetengah pelajar terus keluar dari lecture hall untuk gi tandas. Kalau masa sekolah dulu kan...
"Cikgu, saya nak gi tandas."
"Cikgu, tandas jap."
"Cikgu, tandas." 
"Cikgu tandas."
"Sir, toilet." (masa asasi dulu)

Sekurang-kurangnya kita mintak kebenaran dengan cikgu untuk keluar pergi tandas. Lepas tu bila nak masuk kelas semula tu, sekurang-kurangnya tu mesti ketuk pintu pastu cakap "Assalamualaikum.". Nampak tak? Memang beza betul la dulu dengan sekarang. Aku bukanla nak cakap makin besar ni makin kurang ajar, tapi ada beberapa sebab kan kenapa kita tak buat macam tu bila dalam lecture hall. 

1. Awkward gila bila lecturer tengah sibuk buat presentation, tiba-tiba ada sorang bangun lepas tu mintak kebenaran nak keluar gi tandas. Bayangkan dalam hall tu ada seratus orang lebih, then tetiba ada sorang yang interrupt lecture sebab nak gi tandas.

2. Sesetengah orang sebenarnya bukan nak gi tandas, tapi saja-saja nak keluar dari lecture hall sebab kebosanan. Ye lar, kalau mintak kebenaran nak keluar kang mesti lecturer perasan berapa lama kita keluar. Kalau kita buat dek je keluar, kadang-kadang lecturer tu tak perasan pun yang kita ni keluar tak masuk-masuk.

3. Lecturer tak kenal student. Beratus orang mahasiswa kot. Tak kuasa lecturer-lecturer ni nak menghafal nama sorang-sorang. Disebabkan dia tak kenal kita, so bolehlah kita keluar dari lecture hall tanpa memikirkan lecturer tu tulis nama kita in case kita tak masuk dah.

4. Student tak kenal lecturer. Sama macam poin nombor tiga, cuma terbalikkan. Satu blok ada lebih kurang 30-40 lecture. Selalunya setiap lecture tu akan dipresent oleh lecturer yang berlainan. Jadi chance untuk kenal tu memang tipislah kan. Sebab tak kenal, maka akan timbullah thought "Aku kisah apa nak keluar macam tu je."

Antara sebab utama kenapa lecturer kurang dihormati ialah kurangnya hubungan antara pensyarah-mahasiswa. Maksud aku hubungan persaudaraan, bukan hubungan terlarang eh :p

 Bila kat universiti ni, tugas pensyarah cuma bagi lecture, dan tak lebih dari tu. Jadi diorang ni tak involve dalam hidup sosial kita.

Kalau tugas cikgu tu pulak ialah mengajar dan membimbing. Kalau ada antara kita yang markah teruk, mesti cikgu tu akan cuba untuk bagi kita faham. Kalau kat universiti pulak.. Suka hati kau la markah tinggi ke markah teruk ke. Lecturer cuma akan bimbing kita kalau kita yang pergi sendiri kat lecturer tu.

Kalau kita markah tinggi sekalipun, mana ada lecturer yang nak puji dan bagi kata-kata semangat. Yang dikisahkan diorang tu cuma ranking universiti. Ok aku nak mengaku sikit aku rindu sebenarnya nak dengar apa-apa je ah kata-kata pujian dari cikgu. Hehehe

Kalau masa sekolah berasrama dulu, cikgu lah tempat kita kadang-kadang mengadu masalah, tempat kita mintak tolong, tempat kita bergurau-senda. Ada tak lecturer yang macam ni? Blekkk mana ada woi. Walaupun dulu aku sakit hati selalu kena dengan cikgu Syahmi, tapi sekarang aku rindu semua tu sebab aku tau masa tu cikgu tengah bagi perhatian kat aku. Lecturer kat sini sepatah haram tak hirau langsung kat student-student ni. Well, memang la sebab lecturer ni bukannya warden. Ye dok?

Konklusinya ialah... err... takde konklusi kot :p
Cuma nak cakap walaupun kita buat dok care ke lecturer, dan lecturer dok care ke kita, sekurang-kurangnya hormatlah lecturer tu masa dia tengah mengajar. Kesian diorang penat-penat bersiap untuk lecture besok, tengok-tengok bila dia nak present je student semua buat bising, main henset, berbual sesama sendiri. Mesti la diorang sedih kan? Jadi.. walaupun lecture tu boring gila, tolonglah jangan buat tak hormat kat lecturer tu. Nasihat untuk orang lain dan diri sendiri jugak.

p/s : Salah satu sebab tulis entry ni sebab aku rindu sangat ngan cikgu-cikgu masa sekolah dulu :p



Haha rindu cikgu Syahmi~~~


Dua ustaz hawtt yang masih bujang

8 comments:

Awan Nina said...

bagi aku, term tak hormat pada lecturer tu macam kurang sheshuai. it's not that tak hormat. just nak keluar tandas takda siapa pun kisah kau mintak kebenaran ke takk. dia mcm tradisi sesuatu benda tu yg mana semua org buat benda yg sama. and aku tak rasa lecturer tu sendiri rasa student tak hormat dia. tak hormat ni macam kau lempang dia tetibee ke, maki maki dia ke. just saying ^_^

Unknown said...

Trimas utk komen panjang lebar =='
sebenarnya term 'tak hormat' tu aku nak fokus kat situasi di mana student2 sini dia memang tak hormat kat lecturer ah, termasuk ada yang mengutuk dalam twitter (sini ada 1 kes benda tu). Even masa mengajar kadang2 tu bisingnya mengalahkan bunyi lecturer yg guna mic. Kesian aku tengok lecturer tu. Tapi entry ni ayat aku tunggang-langgang. Hehehe nanti2 la aku edit semula :p (kalau rajin la)

Unknown said...

Eh3 engko ke yang dari PJ tu? X silap aku ko kat kelantan skang

Awan Nina said...

then you should mention about it. yang aku nampak kat sini, pointnya lebih kepada keluar tandas. aku mungkin paham, orang lain? takut membawa kekeliruan kepada budak2 kecil ke haa.

a'ah PJ tu aku -.-

Unknown said...

Oh... haha sori untuk kekeliruan tu :p eh, ko kat pj eh skang?

Awan Nina said...

aku kat kelantan ah. kan dari dulu aku dah cakap live traffic kau tu senget sikit. aku duk sandakan ckp kota kinabalu -.-

Zarif Ismail said...

Jauh woi Klate ngan PJ. Gila la live traffic ni. sesat habis. hahaha

Awan Nina said...

lagi sesat dari Ayah Pin kot haha

Update

Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...