Friday, January 18, 2013

Cabaran

Assalamualaikum.

Saja nak bitau, aku dalam program diet exercise gila-gila (rekaan sendiri). Aku buat ni sebab stres kot ramai gila orang cakap aku berisi. Aku perasan aku berisi, tapi.. tapi.. aku perasan yang berisi tu kat perut je la. Tapi orang cakap aku ada 'triple chin' sekarang. Aku tak tau betul tak, sebab aku tak perasan pun (serius). Jadi aku pun rajin-rajin la bukak youtube carik video-video senaman yang sesuai.

Aku exercise semua-semua tu boleh la buat, yang jadik masalahnya pemakanan aku ni. Bukannya masalah susah nak kawal nafsu makan, tapi susah nak memaksa diri makan sayur :p
Dari kecik dulu aku ni kureeng sikit makan sayur. Entah kenapa, tapi aku memang selalu memilih makanan.

Alkisahnya lepas solat Jumaat tadi aku mintak bungkus nasi ngan lauk biasa, tapi kali ni aku buat ada tambahan sayur sawi ngan kubis. Konon la nak start makan sayur. Jadi aku pun try makan. Aku cuba sumbat sayur tu dalam mulut. Bila dah dalam mulut, masyaallah, rasa dia.. err... tak terkata lah. Aku tak mampu nak telan sayur tu. Jadi aku suap lagi sayur ngan nasi tu dalam mulut, lepas tu terus minum air kosong. Mula-mula tu ok lagi. Sekaliii.... aku terus berlari gi toilet bowl, pastu termuntahkan sayur tu. Isk3 :'(



Sebenarnya, apa yang membuatkan korang makan sayur? Rasa dia teruk gila kot.


3 comments:

Makram Makhtar said...

Sbnarnya rsa sayur tu tak teruk sangat Lep. Aku rsa tu sume psikologi ko jer. Yang terjadi mungkin sebab ko dah tak suke mkn sayur daripd kecik.

Aku dulu, tak suka n xleh minum susu. Lau minum jer rasa nak muntah. Camne jd gitu? Ianya bermula slepas aku dah berhenti mnyusu botol masa kecik hari tu. Semenjak tu, aku dah jadi xberselera ngn susu.

Tapi skg ni,setelah aku besau dn tahu kepentingan dan khasiat y ad lam susu. Aku pn cuba minum la. Mula2 tu memg rasa xsedap. Tp lama2 suka pula jadinya.

Ckp la susu apa ko nak suh aku minum. Full cream,skimmed milk, susu+kurma, susu soya (erkk ad jugak), susu+coklat, susu+strawberi. Semua aku bedal !!

Sayur xyah citer la. Memng kegemaran. :D
Hope the same thing goes to u bro.! heheh

Awan Nina said...

kalau kau baru nak try makan sayur, aku cadangkan kau start dgn sayur yg sedap2 dulu. mcm kangkung, bayam, terung msk sambal, kobis bunga, bendi. kalau kau start dgn kobis/ taugeh/ sawi mmg harapanlah.

Unknown said...

Akram ngan Lina - Thanks for the advice :)

Update

Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...