Kes bibik kian memecah keheningan malam. Ah bibik kawan aku melarikan diri dari rumah, meninggalkan adik-adik kecilnya yang berumur 9 tahun dan 5 tahun. Nasib baik bibik tu tak culik. Ye dok?
Aku nak cerita la, pada suatu malam ni, aku ngan mak aku naik satu teksi nak balik rumah. Sepanjang naik teksi ni kitorang (aku, mak aku ngan driver teksi) galak bercerita kes bibik-bibik yang kian melarat ni. Macam mana boleh start tajuk ni entah aku pun tak ingat.
Kebanyakan orang Malaysia mengambil bibik dari negara luar melalui orang tengah. Dan kebanyakan bibik juga tak sampai setengah tahun dah larikan diri. Drebar teksi tu cakap banyak bibik datang ke sini bukan tujuan untuk menyara hidup, keluarga dan segala macam tu. Banyak bibik-bibik muda yang datang sini, kerja 2-3 bulan, dapat duit banyak, then larikan diri. Tau tak kenapa diorang larikan diri? Sebab sesetengah ejen ni yang pegang pasport diorang, dan kemungkinan besar bibik-bibik ngan ejen ni bersekongkol. Bibik yang lari ni bukan setakat lari, tapi dia ada jugak la bawak 'hadiah' dari rumah majikan. Bibik tu gi balik kat ejen tu, ejen uruskan bibik tu dengan orang lain, dan kitaran tu akan berulang semula. Tengok, yang untung tu ejen tu jugak kan?
Aku ni bukan nak offend kepada sesiapa, tapi aku ngan family aku pernah kena sendiri ngan kes bibik ni. Sekitar masa aku form 2 gitu, bibik aku selalu keluar rumah waktu malam. Selain tu, bibik tu selalu jugak la guna telefon rumah call kawan-kawan dia. Bapak aku terkejut sebab bil telefon mahal sangat. Aku ngan kakak aku dapat tau, report kat parents, then bibik tu kena marah la. Beberapa hari lepas tu, jiran rumah datang rumah aku dan bitau mak aku, yang bibik kitorang ni cakap mak aku tak bagi dia makan la, pukul la dan sebagainya. Perasan aku masa tu.. Eii mendidih-didih. Tapi actually jiran kitorang tu tau hati-budi family aku, dan dia tak percaya lah benda-benda gitu. Akhir cerita, kontrak bibik tu dihentikan.
Jadi conclusion dari perbualan kitorang dalam teksi tu, kalau nak amik bibik, elakkan dari khidmat ejen. Carik sendiri lagi bagus. Lagi senang kalau kita ada kenalan kat negara bibik yang kita nak amik tu. Banyak je orang luar yang susah yang nak jadi bibik, tapi diorang tak tau caranya. Banyak bibik yang dari ejen tu pulak sebenarnya takde la hidup melarat mana. So mintak la kenalan kita gi kawasan kampung dia, tolong tanyakan kat penduduk sekitar pasal job tu. Kita uruskan pembayaran imigresen dan segalanya tu, dan siap la. Sebenarnya lagi murah kos dia kalau nak dibanding dengan ejen. Kalau nak guna ejen jugak, jangan biarkan kita banyak tunduk kat ejen tu, biar kita sendiri yang pegang pasport bibik kita.
Sekian :)
p/s: Tak pernah lagi aku tulis entry serius gini
Kalau ada kawan-kawan aku yang baca, plis jangan gelak. Haha curahan hati dan imaginasi kat sini.
Friday, January 4, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Update
Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...
-
Benda ni dah jadi virus kan? Siap orang buat remix pulak tu. Haha lawak gila. Tujuan entry kali ni nak komen sikit pasal situasi ni. Apa ya...
-
Suatu malam lepas aku balik dari Malaysia, aku start kemas dapur rumah tu. Sepah gila. Nak dipendekkan cerita masa aku kemas bekas-bekas mak...
-
Post untuk Ita, ex-klasmet masa form 4 dulu. Sebenarnya tak tau nak tulis pasal apa. So main hentam je la. Firstly, nervous cells are cal...
1 comment:
mmg diorg nie tk blh bagi muka mmg tk sedar diuntung pandai buat fitnah dapat kerja dgn cina baru dia tau
Post a Comment