Case 1 : Ada sorang wanita datang jumpa doktor.
W : Tolong doktor, saya rasa saya hamil!
D : Kenapa cik cakap macam tu lak?
W : Sebab dah 2 bulan saya tak ABC
D : ABC? Cik ni mengidam nak makan ABC ke?
W : Doktor!!
Ok, lawak hambar. Jadi mula-mula sekali kita kena tahu tanda-tanda kehamilan. Ada 2 jenis tanda kehamilan, iaitu tanda kehamilan tidak pasti dan tanda kehamilan pasti.(dari hsc)
TANDA TIDAK PASTI
1) Amenorrhea, atau bahasa Melayunya perempuan yang takde cuti lebih 2 bulan. Tak kuar darah laaa maksudnya
2) Mual dan muntah
3) Quickening. Maksudnya perempuan ni dapat rasa tendangan beyby dalam perut. Baby baby baby oh..
4) Perubahan warna kulit
- Pada daerah badan tertentu, wana kulit wanita mungkin menjadi lagi gelap, yang dinamakan hiperpigmentasi. Lokasi umum ialah bahagian muka, abdomen, dada.
- Kenapa jadi gelap? Sebab kelenjar pituitari membesar, dan akan merembeskan banyak melanocyte stimulating hormone(MSH). MSH akan merangsang production melanocyte(sel kulit)
5) Pembesaran perut yang memang sangat obvious. Bukan sebab gemuk.
TANDA PASTI
1) Terdengarnya denyut jantung beybyy. Yang ni masa pemeriksaan kat klinik la.
2) Fetus dapat dipalpasi. Menatang apa tu palpasi? Kalau bahasa Melayu orang panggil meraba la. Maksudnya kita dapat meraba struktur badan bayi tu kat perut maknya.
3) Pemeriksaan Ultrasound : Masa scanning dengan ultrasound, dapat detect gestational sac, ataupun janin larr.
4) Positif hormon beta-HCG. HCG ni ialah human chorionic gonadotrophin, hormon yang cuma dirembeskan bila terjadinya implantation janin kat endometrium.
Tu je lah yang nak diberitahu buat masa ni. Aisyyy bosannya. Kalau aku ada motor kan best. #laritajuk
No comments:
Post a Comment