Ah... 10 Muharram 1434 Hijrah. Malam ni ada masak-masak bubur Asyura. Dah lama kot tak merasa. Excited gila :)
Semua maklum kan, berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram adalah sunat untuk kita berpuasa, sebab banyak fadhilatnya. So apa yang istimewa pasal hari Asyura ni? Aku pun search kat wikipedia bahasa Melayu.
PERISTIWA BESAR 10 MUHARRAM
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Adam a.s. dicipta.
- Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
- Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
- Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
- Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
- Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
- Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
- Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.
Nampak kusut-masai sikit. Maklumlah sebab kopipes je dari wiki. Ada banyak amalan sunat yang boleh kita buat pada hari Asyura ni. Tau tak?
AMALAN SUNAT PADA HARI ASYURA
1) Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
2) Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
3) Memuliakan fakir miskin
4) Menahan marah
5) Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
6) Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
7) Bersedekah
8) Memelihara kehormatan diri
9) Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9) Bercelak
10) Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
11) Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12) Menjamu orang berbuka puasa
Sebenarnya aku nak puasa hari Asyura ni, tapi masa aku tengah makan nasi telur, tiba-tiba boleh pulak azan Subuh. Aduh rasa rugi gila. Tu lah padahnya lupa nak kunci jam ==
Pada pendapat aku, sebenarnya kebanyakan amalan sunat ni pun sebenarnya boleh dibuat masa lain kan. Tu sajalah, sekadar perkongsian ilmu. Maaf kalau ada yang tersalah, maklumlah ni cuma maklumat yang dikopipes. Hehehe :p
Kalau ada kawan-kawan aku yang baca, plis jangan gelak. Haha curahan hati dan imaginasi kat sini.
Saturday, November 24, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Update
Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...
-
Suatu malam lepas aku balik dari Malaysia, aku start kemas dapur rumah tu. Sepah gila. Nak dipendekkan cerita masa aku kemas bekas-bekas mak...
-
Benda ni dah jadi virus kan? Siap orang buat remix pulak tu. Haha lawak gila. Tujuan entry kali ni nak komen sikit pasal situasi ni. Apa ya...
-
Post untuk Ita, ex-klasmet masa form 4 dulu. Sebenarnya tak tau nak tulis pasal apa. So main hentam je la. Firstly, nervous cells are cal...
No comments:
Post a Comment