Alamak, SPM besok laa. Takutnya sayaaa :(
Tapi awak semua doakan saya eh? :) Bismillahirrahmaanirrahim
Tu tweet aku untuk 2 tahun sebelum ni. Zaman aku SPM dulu aku takde lagi twitter. Setakat fesbuk je. Aku buat twitter ni pun baru pertengahan tahun ni. Tu pun skang dah ada 3000 tweet. Isy nampak sikit kelaghaannya di situ. Ok aku takde adik yang nak SPM, ataupun orang yang aku kenal nak amik SPM.
Masa SPM dulu tinggalkan aku banyak kenangan manis. Dulu masa kat MRSM, orang tengah dok sibuk study, aku lak rilek-rilek je. Gaya pemalas gila. Tapi aku tengok kawan baik aku tu study dengan sangat bersungguh-sungguh, aku rasa tercabar, dan aku pun study jugak akhirnyaa. Mula-mula tu aku study sorang-sorang. Dalam kelas, dalam kiub. Tapi satu hari aku ternampak kawan aku ni dia study tepi surau. Aku tanya dia..
"Eh, kau memang study sini eh?"
"Ha'ah. Tengok la, beg, buku, barang-barang aku semua kat sini."
"Gila la. Ko ni macam berkhemah pulak kat sini. Emm, nak join ko boleh tak?" :p
"Haha ko join je la! Aku ni pun bosan duk sini sorang-sorang."
Patutla masa prep tu aku tengok dia selalu hilang. Naik tingkat 2, tingkat 3 pun tak jumpa. Hehe sekarang aku dah jumpa kau! Study tepi masjid. Rasa aman je. Takde la dengar bunyi budak-budak lain tu jerit, gosip-gosip dalam kelas. Jadi kitorang pun banyak menghabiskan masa tepi masjid untuk study. Ok takde la sampai 24 jam study. Kadang-kadang tu ada gak la main game pokemon kat henfon aku. Oh ko main pokemon jugak ea? Hahaha lawak gila. Pagi, petang, malam masa hujung minggu memang tepi masjid la kitorang lepak. Selalu jugak order McD, makan nasi koboi. Eh rindunya nasi koboiii...
Kalau masa pagi-pagi morning call tu, aku ngan dia ni memang ponteng la, kitorang lepak je kat port biasa tu. Eh kitorang nak SPM ni buat apa la nak morning call? Kitorang form 5 je yang ada. Junior-junior lain semua dah g cuti. Nasib baik la sepanjang kitorang ponteng morning call tu tak pernah kena tangkap. Hehehe..
Kepada calon-calon SPM, selamat menjawab! Alaa, buat rilek je. SPM bukan susah mana pun :p
Kalau ada kawan-kawan aku yang baca, plis jangan gelak. Haha curahan hati dan imaginasi kat sini.
Sunday, November 4, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Update
Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...
-
Benda ni dah jadi virus kan? Siap orang buat remix pulak tu. Haha lawak gila. Tujuan entry kali ni nak komen sikit pasal situasi ni. Apa ya...
-
Suatu malam lepas aku balik dari Malaysia, aku start kemas dapur rumah tu. Sepah gila. Nak dipendekkan cerita masa aku kemas bekas-bekas mak...
-
Post untuk Ita, ex-klasmet masa form 4 dulu. Sebenarnya tak tau nak tulis pasal apa. So main hentam je la. Firstly, nervous cells are cal...
No comments:
Post a Comment