"Mmm.. Lama dah tak merasa mcd. Rindu gila! Ngap ngap..", kata aku sambil mengunyah seketul(?) burger keju berganda.
"Haha macam la ko dah lama tak makan. Aku tengok baru minggu lepas ko makan mcd ngan Nije lepas Isyak tu.", kata Syuk.
Bila dengar tu, terus aku terdiam. Aku dengar nama tu mesti rasa sedih. Aku ngan mamat tu tengah perang dingin sekarang. Dah lama tak berbual ngan dia. Salah satu sebab aku kat TC(Teluk Cempedak) ni pun sebab nak release tension pasal hal ni.
"Sebenarnya aku terkejut ko tiba-tiba nak ikut fly. Haha asal sebenarnya?", tanya Syahir kat aku.
"Alaahh, bukan budak MRSM namanya kalau tak fly! Hahaha. Kalau Tat ngan Azri yang Pres ngan Vice pres LDP pun boleh fly, takkan la aku tak boleh kot."
"Haha Tat Tat..."
Habis makan di mcd, kitorang bertiga pun melepak sebentar kat tepi pantai TC. Lagi cantik rupanya pemandangan masa awal pagi gini. Ahh bestnya. Angin sepoi-sepoi bahasa.
"Syahir, mitok rokok so."
Oh, aku lupa pulak diorang ni antara geng "Meru" maktab. Meru tu ialah kata rahsia antara mereka. Rasanya semua budak laki tau. Tapi kalau budak perempuan, emm, entah la diorang tau ke tak. Aku melihat rokok itu dipegang halus, dan perlahan-lahan diletakkan di antara celah bibir. Pemetik api dinyalakan. Perlahan-lahan hujung rokok itu dibakar dengan api pemetik api yang malap itu. Fuhhh... Asap berbentuk 'O' berkepul-kepul keluar dari mulut itu, bagaikan kereta api yang mengeluarkan asap hitam dari serobong asapnya itu. #eh
"Haha takpe ke Lep ko bau asap rokok ni?", tanya Syahir.
"Takpe, aku ok je la. Aku ni dah immune tiap-tiap hari dalam tandas asek terbau je."
"Ko nak cuba tak?"
Pertanyaan Syahir mengejutkan aku. Ahhh.. seumur hidup aku tak pernah lagi aku isap rokok. Dah la aku ni tergolong dalam kategori budak skema. Aku ni pun tak pernah teringin nak mencuba. Namun begitu, perang dingin yang tengah dilalui aku mula mempengaruhi pemikiran normal aku. Apa lagi, cuba je la! Haha.
Sekitar pukul 3.30 pagi, aku, Syuk dan Syahir pun mula berjalan kaki menuju ke maktab semula. Alhamdulillah tak terkantoi ngan pak guard ataupun warden-warden seperti Baba Lan dan cikgu Syahmi. Semua pun menuju ke kiub masing-masing. Aku dengan mata yang dah mula layu ni perlahan-lahan gi kat kiub aku. Eh? Makhluk apakah yang sedang terbaring atas katil aku ni? Aku mengangkat selimut tu dan...
Heh! Azri rupanya! Apalah yang dia buat kat sini? Ah, disebabkan perasaan mengantuk dah semakin bermaharaja-lela, aku pun tolak Azri ke tepi sikit, then tidur. Maka malam tu katil aku dihuni oleh dua makhluk. Kebesokan paginya, semua orang pun bersiap-siap untuk kelas hari ni. Tiba-tiba, suatu suara kuat kedengaran dari luar blok J.
"Baby!! Mana boxer aku haa?", jerit Azri selepas mendapati boxer-boxer yang dibasuhnya malam tadi telah hilang..
p/s : 50% kisah benar dan 50% hanyalah dusta semata-mata
Kalau ada kawan-kawan aku yang baca, plis jangan gelak. Haha curahan hati dan imaginasi kat sini.
Monday, January 7, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Update
Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...
-
Benda ni dah jadi virus kan? Siap orang buat remix pulak tu. Haha lawak gila. Tujuan entry kali ni nak komen sikit pasal situasi ni. Apa ya...
-
Suatu malam lepas aku balik dari Malaysia, aku start kemas dapur rumah tu. Sepah gila. Nak dipendekkan cerita masa aku kemas bekas-bekas mak...
-
Post untuk Ita, ex-klasmet masa form 4 dulu. Sebenarnya tak tau nak tulis pasal apa. So main hentam je la. Firstly, nervous cells are cal...
6 comments:
sedangkan syuk ngan syahir classmates aku, takkan aku taktau meru tu apa kot. heh.
eh3 tak sangka ko pun tahu :3
btw Meru tu nama bandar yang aku tinggal kat klang
eleleh tak payah nak berdolak dalih sangat arr...
klakar la alip...ko x takut dorang baca ke...haha btw, meru tu semua org dah taw la..laki ke pompuan ke semua dah taw
alamak ko pun baca jugak ke blog ni. haha ni citer tipu lah. buat apa nak takut ngan diorangnya XD
Post a Comment