Sunday, October 28, 2012

The Alternate Story : Part 4


Suatu petang di JA West...

"Lep, ko tolong bagi duit ni kat Nije. Hari tu aku hutang dia, tapi aku malu pulak nak bagi kat dia. Ko bagi kat dia tu jangan bagitau dia duit ni dari aku eh? Thanks..", kata Muzamil kat aku. Aku tak ingat kenapa masa ni Muzamil cuba mengelak nak jumpa Nije. Diorang gaduh kot? Entahhhh..

Semua pelajar MRSM Kuantan wajib tunaikan solat Maghrib ngan Isyak kat masjid maktab. Antara waktu Maghrib dengan Isyak tu ada sesi ngan ustaz-ustaz. Kadang-kadang tu Ustaz Syahmi, Ustaz Ridhu. Tapi malam ni dihandle Baba Lan. Biasanya ada sesi soal-jawab la antara pelajar ngan ustaz. So ada satu soalan ni.. "Ustaz, apa hukumnya kalau ada cikgu tu larang kita tidur masa khutbah jumaat, tapi cikgu tu sendiri yang tidur masa khutbah tu.", Soalan dari M.D.kelas 5X..

So Baba Lan pun jawab. "Laa, cikgu-cikgu pun ada tanggungjawab sendiri. Nak handle awak semua, nak handle keluarga sendiri, uruskan hal maktab. Jangan awak samakan cikgu tu dengan awak pulak.." Hahaha aku tergelak dengar soalan tu, sebab ni saja nak nganjing cikgu. Tapi siapa eh cikgu yang tidur masa khutbah tu? Entah. Hehehe aku fokus dengar khutbah.

Lepas solat Isyak, semua pelajar kena datang kelas untuk sesi prep. Waktu prep ni sepatutnya digunakan untuk study, tapi kebanyakan dari pelajar-pelajar ni semua biasanya gi lepak-lepak kat kelas lain, borak-borak and some ada yang tolong Kak Ila jual nasi lemak kat kafe.

Dalam kelas 5D..

"Ambik ah Je.. Orang tu ikhlas bagi kat kau ni!", kata aku sambil memasukkan RM 2.00 tu dalam poket baju Nije.

Nije pun amik duit tu then masuk balik dalam baju aku. Lepas tu dia gi lari. Aku pun apa lagi, kejar la dia, masukkan semula duit tu. Kitorang pun bergelut. Attira kebetulan gi record pulak..
"Hahaha gay la korang dua ni", kata Tira lepas dia play semula video tu. Masa tu aku ngan dia dah penat bergelut. Tengok video tu, aduhh malu!

Tiba-tiba aku ternampak budak-budak form 1 kumpul depan masjid. Eh apa da jadik ni.

Argh!!! (macam bunyi dinosaur lak)

Dari dalam masjid, ada sorang budak form 1 tengah menjerit. Kawan-kawan dia yang lain cuma tengok dari luar masjid, tak berani nak dekat ngan dia. Aku nampak sebab kelas 5D ni betul-betul depan masjid. Then kitorang yang laki ni terus gi kat masjid.

"Wei apa dah jadi ni?", tanya Ijoi kat salah sorang budak form 1 tu.
"Entah la, tadi kitorang tengah study dalam masjid tetiba dia meracau. Semua pun lari la."
Tanpa membuang masa, kitorang yang ada ni gi tahan budak tu, pegang kaki ngan tangan dia.



Argh!!!
Semua yang tengah pegang dia terkejut. Budak tu dapat gerak walaupun satu badan dia dah kena pegang. Mata dia mula nampak warna putih. Lepas tu aku dengar ada orang yang cakap.. "Eh, jangan tengok mata dia! Nanti korang pun kena rasuk gak!" Entah boleh caye ke tak ni.



Lepas tu laki lain yang tak pegang budak tu pun amik wuduk, lepas tu terus keliling budak tu dalam masjid baca Yaasin. Isy.. seram sejuk tengok budak tu terus meracau. Mana warden-warden ni?
"Lepaskan aku! Lepaskan aku!", kata budak tu dengan nada yang menakutkan.
Keadaan semakin cemas!
Budak tu bertindak dengan lebih ganas. Dia dapat lepaskan diri dari cengkaman budak-budak laki form 5 yang pegang dia.

Tiba-tiba, Encik Azmin, HEP MRSM Kuantan muncul di pintu bahagian tepi surau dengan sorang pak guard.

Adakah semuanya kerana kubur ni?


No comments:

Update

Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...