"Kepada semua pelajar, sila berkumpul di tapak morning call sekarang juga. I repeat, to all students, please gather at morning call court right now.", kata Tengku selaku pres BWP (Badan Wakil Pelajar) sambil memegang mikrofon di depan tapak morning call.
Nama aku Alif. Umur 17. Aku ni pelajar form 5 MRSM Kuantan tahun 2010. Memang macam ni rutin kitorang setiap hari. Pagi-pagi Tengku akan panggil semua pelajar gi tapak morning call lepas habis sarapan, kira-kira dalam pukul 7 pagi. Walaupun Tengku dah buat pengumuman, tapi biasanya budak-budak ni still duduk relaks minum teh kat DS. LDP (Lembaga Disiplin Pelajar) pun ramai je yang tak nampak muka lagi (laki la). Keadaan masa tu tenang je. Tiba-tiba...
POMMM!!!
Baba Lan selaku ketua warden dan ustaz yang mengajar agama Islam menepuk meja DS. "Ha awak semua! Cepat beratur kat morning call sekarang. Awak ingat saya tengah buat lawak bodo?". So semua pelajar MRSM Kuantan pun cepat-cepat berkumpul kat tapak morning call yang terletak betul-betul kat depan DS.
"Wahai putra putri bangsaku, ayuh segera menuju..". Morning call biasanya dimulakan dengan nyanyian lagu.
"Haaa... Nyanyi kuat sikit! Lawak bodo ni.. Lawak bodo..", Baba Lan kelihatan tidak berpuas hati dengan nyanyian para pelajar. Sebenarnya dah nak hari-hari benda yang sama je lah jadik. Pergi morning call, kena ulang nyanyi banyak kali, dengar bebelan Baba Lan, LDP check kedatangan. Para BWP pulak biasanya berdiri kat depan morning call.
Kat depan morning call, Tat, salah sorang BWP pun cakap-cakap dengan Tengku.
Tat : Eh Tengku, minggu ni last kot kita jadik BWP. Lepas ni mesti rindu lah kan..
Tengku : Tau dah. Lek ah Tat. Biar budak-budak junior ni amik keje kita. Aku ni pun dah penat sangat buat keje.
Minggu ni merupakan minggu last buat para BWP batch aku memegang jawatan diorang. Hari watikah perlantikan BWP akan dibuat minggu depan. Sebenarnya ahli-ahli BWP yang baru dah pun kena lantik dari kalangan junior-junior form 4, cuma majlis ni untuk perasmiannya jer. Aisyy.. rasa tua pulak bila budak-budak junior ni nak ambik alih. Aku rasa macam ajaib sangat, sebab secara kebetulan, Aqeel, salah sorang ahli BWP yang baru ni muka dia sebijik ngan Tengku. Dah la pegang jawatan yang sama pulak tu..
Habis morning call, semua pelajar pun balik kelas masing-masing. Dalam perjalanan gi kelas, Tengku pun cakap ngan Tat.
"Hehehe Tat, aku ada plan baik punya malam ni!"
Bersambung.....~
Kalau ada kawan-kawan aku yang baca, plis jangan gelak. Haha curahan hati dan imaginasi kat sini.
Thursday, October 18, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Update
Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...
-
Post untuk Ita, ex-klasmet masa form 4 dulu. Sebenarnya tak tau nak tulis pasal apa. So main hentam je la. Firstly, nervous cells are cal...
-
Suatu malam lepas aku balik dari Malaysia, aku start kemas dapur rumah tu. Sepah gila. Nak dipendekkan cerita masa aku kemas bekas-bekas mak...
-
Benda ni dah jadi virus kan? Siap orang buat remix pulak tu. Haha lawak gila. Tujuan entry kali ni nak komen sikit pasal situasi ni. Apa ya...
No comments:
Post a Comment