Saturday, August 11, 2012

Suasana bulan puasa masyarakat kita

Assalamualaikum. Nama aku A. 19 tahun. Panggil je A. Aku sedar, Ramadhan nak habis sudaa. Aku plan nak buat post ni awal bulan puasa hari tu, tapi sebab exam, tak jadi pulak. Walaupun dah masuk sepuluh malam terakhir, kita still dalam bulan puasa kan? Ah, tulis je la.

1. Solat terawih.. Attendence please!

    Sembahyang yang dah menjadi adat / kewajipan untuk umat Islam masa bulan puasa. Ok, hukum terawih ni sunat dan bukan wajib, tapi mesti masyarakat kita ni excited benar bila ramadhan datang, dan dah nak semuanya pergi terawih kat masjid. Malam pertama ramadhan (tak soh pikir pelik2) ramai gila orang gi masjid kan bila masuk waktu Isyak. Wah, rasa gembira. Mengalahkan jemaah masa smayang Jumaat tu.. Orang nak sembahyang pun sampai atas tanah sebab ruang solat tak cukup. Ah, tu masa awal-awal je... Masuk sepuluh malam kedua, 1/3 makmum lesap. Eh, korang gi mana? Ohh, gi lepak Mesra Mall.(ok takde kaitan).. Tu boleh tahan lagi, masuk 10 malam terakhir, yang tinggal kat masjid tu cuma 1/4 daripada jemaah masa malam pertama ramadhan. Isk..isk... Ramai betul yang lemah semangat masa-masa akhir ni, walhal ganjaran Allah yang besar tu ada lam 10 malam terakhir. Rugi..rugi...

2. Kanak-kanak Ribena

  Haa, budak-budak paling suka kan smayang terawih kat masjid ni, sebab boleh jumpa kawan-kawan, boleh makan free. Yang masalahnya bila diorang datang melakukan chaos dalam masjid masa imam tengah baca al-fatihah. Kepada pakcik-pakcik yang smayang kat luar tu memang merana lah, sebab kat situ lah 'kanak-kanak ribena' ni akan menjerit tak ingat dunia. Jumpa kawan, hepi-hepi, biase doh tu. Selalunya jugak akan ada episod tangis-menangis(?) . Aku pernah kena.. Tengah-tengah smayang tu, budak berlari-lari depan saf, terjatuh, pastu start la menangis sambil menjerit dengan frekuensi yang tinggi. Cuba bayangkan, budak tu betul-betul menangis depan aku. Eii, rasa nak beri napa satu je.. Ah, sabar.. Dugaan-dugaan. Oh, budak-budak yang berlari depan saf ni jugak dengan tanpa segan-silunya gi kentut merata-rata, pijak spek orang yang tengah smayang, dan pernah ada satu kes diorang bergayut kat belakang badan aku. Argh,.. deyyem, dah la imam tu baca punya lah lama.. Satu rakaat tu dekat 5 minit.

Aisyy.. korang ni tak reti nak diam ke? Kang aku sunat baru tau.  


3. Mercun

  Ah, biasa dah mercun ni kan. Tak payah aku nak ulas panjang-panjang. Tapi pointnya di sini, mercun supplier banyak gila, walhal kerajaan dah haramkan. Alah, kerajaan, siapa nak takut kan. Aku nak citer masa aku kat MRSM dulu. Ada kawan aku, nama dia 'R' , tengah mandi dalam tandas. Pastu kawan aku yang 'D' ni gi baling mercun dalam bilik mandi tu.. POM! Habis si R ni lari terjengkek-jengkek keluar dari tandas tu. Isk3.. nasib baik takde pape terjadik kann.. Oh ya, cakap pasal mercun ni, pernah sekali, dalam Masjid Tungku Mizan, Kerteh, tengah-tengah terawih, ada budak gila mana entah pasang mercun dalam dewan solat tu. Ya Allah, boleh mati aku terkejut. Imam pun loading jap lepas mercun tu meletup. Isk3.. tak patut.. tak patut...

4. Korek hidung batal puasa!!

 Betul kan? Dari kecik memang kita diajar yang melombong telinga dan hidung ni membatalkan puasa, atas alasan 'memasukkan sesuatu dalam rongga badan'. Sebab tu la masa kecik2 tu pun aku ngan adik-beradik aku kalau mak tak siap masak lagi..... "Eh, azan maghrib dah ni. Ah, jom bukak puasa... Korek hidung!". Ok tu masa kecik-kecik, hahaha. Tapi sebenarnya aktiviti korek-mengorek ni tak membatalkan puasa sebab... Ia bukanlah dikira sebagai makan dan minum, dan tidak boleh pula disamakan makna dengan makan dan minum. (Hadis riwayat Tarmizi).
So paham dok ni? Maksudnya 'memasukkan sesuatu dalam rongga badan' tu merujuk kepada aktiviti drink n eat. Hahaha lagipun nak korek telinga ngan hidung ni kan atas sebab kebersihan, so takkanla nak jaga kebersihan pun batalkan puasa. Eh, tapi korang jangan pulak melombong depan public! Ya2 pun carikla port yang selamat sikit..



Aku tak tau kenapa bila google search 'kemalangan mercun' yang keluarnya gambar  oran utan ni. Ke sebab orang  main mercun ni cam orang utan? hahaha


Well, tu je lah yang aku nak citer. Ok post aku boring, fine. Aku tulis pun saje nak buang masa. Kbai

p/s: puasa kat Indonesia ni lebih kurang je ngan Malaysia. So korang takyah ah nak kutuk diorang sangat, sebab kita ni sepesen jerrr. wuhahaha
  

No comments:

Update

Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...