Ok sebenarnya diorang ni kalau tengok sebenarnya sama je macam kita kat Malaysia. Yang lain mungkin cuma bahasa kot. Tapi diorang ni memang suka betul tangkap gambar, siap bawak kitorang semua gi studio lagi. Aduh... malunya aku. Aku bukannya suka sangat tangkap gambar diri sendiri nih =,=
Belajar medic ni ramai orang cakap susah, lama nak graduate. Tapi pada pandangan aku takde lah susah sangat macam yang aku bayangkan sebelum ni, sampai budak-budak tak tido sebab nak study sebelum exam. Err, ok pointer aku bukannya tinggi sangat pun, tapi main point sini ialah kalau kau rajin belajar, selalu buat revision, belajar dengan senior semua tu, rajin-rajin jawab soalan tahun-tahun lepas, insyaalah la korang boleh berjaya. Tapi masalahnya aku ni pemalas sikit, hahaha.
Sistem peperiksaan kat sini kan, dia kira final mark dengan 2 kriteria (eh ye dok ni.aku takde ayat lain nak pakai) iaitu 80% (tapi selalunya berubah-ubah) datang daripada blok exam, dan yang bakinya tu dari markah overall practical session macam physiology, anatomy, biochemistry dan lain-lain. Untuk praktikal tu selalunya kitorang tak kisah sangat, sebab senang nak dapat markah tinggi. Yang menjadi aral di sini ialah blok exam. Dia contribute majoriti peratusan (%) dari nilai akhir. Blok exam terdiri daripada 100 soalan objektif daripada kuliah-kuliah, skills lab dan praktikal. Dengar macam simple, tapi aku terkejut masa mula-mula jawab. Soalan dia kita tak leh nak duga langsung. Aduh, first time exam aku dapat 45/100 kut. Jadi kunci kejayaan untuk blok exam ialah kita kena biasakan diri jawab soalan-soalan past year, memang betul-betul membantu.
Kesimpulan? Ok lah, takde la stres mana belajar medic kat UGM ni. Makanan kat tempat aku ni pun insyaallah kebanyakannya halal and senang nak dicari. Kalau korang dapat cari kawan dalam kalangan budak-budak Indonesia ni, memang bagus la sebab diorang akan tolong korang banyak-banyak. Hmm, 2 minggu lagi aku nak balik Malaysia. Ah, tak sabarnya~
Hoh, group tutorial aku first year, Well so long guys and gals. Sila abaikan ekspresi muka yang pelik tu |
No comments:
Post a Comment