Saturday, December 1, 2012

The Alternate Story : Part 7


Malam Sabtu.. Antara waktu yang sangat disukai pelajar-pelajar MRSM Kuantan. Takde prep, dan semua orang berhepi-hepi. Ada yang main basketball, ada yang lepak-lepak kat koperasi, kafe, ada yang tengok tv kat DS, ada yang fly, dan macam-macam la! Memang sangat free lah masa ni, biarpun SPM dah dekat. Jadi biasanya blok-blok asrama tengah kosong. Aku tengah melepak dalam kelas 5D, saja gosip-gosip sikit ngan Nani. Hahaha Nani ni memang banyak mulut sikit. Selalu ajak orang berbual. Apa yang dibualkan masa tu, entah aku tak ingat.

Tiba-tiba bahu aku dicuit dari belakang.

"Lep, teman aku balik dorm jap, nak mandi la.", kata Nije. Badan dia berpeluh-peluh. Konpem ni baru habis main volleyball kat court. Mintak diri ngan Nani, dan kitorang pun gi blok J ikut jalan tepi padang.

"Nape ko tak nak join kitorang main sekali, best la.", tanya Nije.
"Alah, ko tak ingat ke masa PE tu cikgu Syahmi panggil aku 'Tangan KFC'. Isyy malu aku. Lagipun aku memang tak reti larr.."

Sejarahnya gini, masa PE (Physical Education) tu kitorang main volleyball, lawan antara kelas. Time aku nak serve je, mesti tak kena tau. Pastu Olang ngan Anis jerit kat aku : "Main molep sikit Alep KFC.. Tangan tu serve betul-betul". Aku pun dapat serve, tapi akhirnya melayang jauh gi kat budak tempat budak pompuan. Jadi cikgu Syahmi pun panggil aku 'Tangan KFC'.

Pasal KFC tu... dulu masa first meeting ngan homeroom A. Aku ni second intake, so bagi aku ni first time la. Mama Azimawati, yang juga cikgu add math aku, tanya bebudak homeroom aku apa aktiviti nak buat nanti. Pastu Olang cakap birthday si Merox(Obama) da dekat. Aku dengan selamber rocknya cakap : "Kita buat makan KFC je la." Dan gitulah kisahnya. Last-last tak sambut pun birthday Mirul. Pastu suatu hari masa ada acara makan buah, salah satu aktiviti maktab, cikgu tanya, pasal nak buat majlis makan-makan homeroom. Dan aku dengan selambar batunya lagi cakap : "Kita makan KFC je la."
Sejak hari tu Olang ngan Anis pun panggil aku 'Alep KFC'.

Ahhh menyimpang jauh da ni....

"Sori la suruh ko teman aku. Emm, tolong tengok-tengokkan phone ngan wallet aku eh. Aku mandi jap."
Jadi aku pun lepak-lepak kat JA 34. Sebenarnya memang aku selalu lepak sini pun ngan dia. Aku main game jap dalam henset aku. Ahh... habis bateri pulak! Baru main kejap. Ni nak kena tukar bateri baru. Disebabkan kebosanan, aku pun main-main jap ngan henset Nije. Main snake seingat aku.

Main dan main dan main...

"Ting-ting"

Ada mesej baru. Secara tak sengaja aku terbukak mesej dia. Dah terbukak tu, konpem la terbaca. Mesej dari nombor 0139x687xx.  Mesej tu berbunyi gini:
"Maaf la you, tapi i dah tak boleh nak blablabla...."

Mesej tu panjang berjela-jela. Isy... ni mesej mintak break-up. Kesiannya Nije. Masa aku tengah khusyuk membaca mesej tu, tiba-tiba..

"Eh, ko buat apa tu Lep?"


No comments:

Update

Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...