Tuesday, January 15, 2013

Listen, Listen, Listen..

Benda ni dah jadi virus kan? Siap orang buat remix pulak tu. Haha lawak gila.
Tujuan entry kali ni nak komen sikit pasal situasi ni. Apa yang bakal aku bahaskan ni semuanya dari pendapat aku sendiri, ignoring apa-apa isu politik. Saya ulangi, ignoring political issues. Phew, ok boleh mula ni.

Sebelum tu meh aku bagi summary sikit pasal video tu. Lepas je ikrar apa benda entah tu, datanglah seorang student India yang nama dia Bawani, Bawavi, err.. entah aku tak ingat nama dia. So aku panggil dia 'B' lah.
Dia utarakan soal free education di Malaysia. Panjang lebarlah ucapannya. Lepas tu datanglah MC majlis tu, pastu cakap listen, listen, listen entah berapa puluh kali, lepas tu MC ni pun menghentam cik B.



PANDANGAN AKU TERHADAP FREE EDUCATION

Secara jujurnya, emm, aku tak setuju free education disediakan sewenang-wenangnya kepada semua pelajar. Memanglah free education dapat meringankan beban rakyat, tapi tak relevan kalau nak diberi kat semua student. Bak kata sorang pakcik ni, "Kalau semua dah dapat free education, makin pemalas la diorang.". Al-maklumlah setiap kali ada benda free, mesti kurang dihargai kan. Aku setuju kalau free education ni diberikan kat golongan yang miskin gitu, hidup susah ngan golongan yang dapat result cemerlang, ala-ala biasiswa gitu la. Kalau macam tu barulah free education ni dianggap berbaloi. Eh ayat aku serabut habis. Ahhhh ==

AKU NI SIDE NGAN CIK B KE CIK MC?

Selepas banyak kali tengok video tu, baca komen orang, tengok cik MC kena bash kat fesbuk, aku amik keputusan untuk tak amik mana-mana side.

Pertama sekali aku tengok dari cara penyampaian cik B tu mungkin.. err.. agak kurang relevan untuk disampaikan dalam majlis-majlis cenggitu. Ya, semua orang ada hak kebebasan bersuara, tapi aku rasa lagi bagus kalau dia dapat sampaikan semua tu dengan cara penyampaian yang lebih baik, dan lembut. Tak perlu lah nak memaki-maki cenggitu. Kan lagi baik kalau kita menggunakan bahasa yang lemah-lembut dan sopan :)

Lepas aku tengok cik MC tu cakap listen3 blah3 tu, aku rasa memang kurang ajar la cik MC ni. I mean, dia pun tak perlulah nak memalukan cik B tu tengah-tengah khalayak ramai. Dia sepatutnya memberi ruang kepada cik B untuk bersuara, dan bukannya motong tengah jalan masa cik B menyuarakan pendapatnya. Lepas tu ada pulak cik MC tetiba masukkan tajuk "Binatang pun ada masalah". Tak relevan lagsung.

Aku pun baca beribu-ribu komen orang kat video tu. Yeah, kebanyakannya bash cik MC habis-habisan. Trending terus "Listen, listen, listen.. Let me speak let me speak let me speak" ni. Lepas tu siap ada orang buat T-shirt special pasal ni. Haha aku tergelak habis, sampai sakit pipi ni tau.


Macam menarik T-shirt ni :p


Tapi aku cuba tempatkan diri aku dalam situasi cik MC. Sekarang ni tiap-tiap masa cik MC kena bash ngan orang. Tak kira lah kat twitter ke, kat fb ke, atau dalam real-lifenya. Hidup dia sekarang tengah menanggung malu. Sekarang satu Malaysia dah kenal dia. Mana dia nak letak air muka dia? Aku ni cepat kesian dengan orang. Aku sentiasa cuba menyelami perasaan orang yang kena bash macam ni. Masa kes Ayuni Matoki tu pun aku rasa kesian sangat. Tapi nak buat macam mana kan... Kerana mulut badan binasa. Maka, jagalah percakapan kita sepanjang masa.

Again, aku nak cakap yang semua ni sekadar pandangan aku. Kalau ada argument tu, sila-silakanlah kemukakan argument tu kat aku. Aku sedia mendengarnya. Sekian, assalamualaikum :)

Oh, nama dia Bawani :p

12 comments:

Awan Nina said...

you did mention that Bawani cursed? sejujurnya, aku tak berapa paham apa yang bawani cakap, so mind to translate? yang aku nampak, memang dia meninggi suara.

Unknown said...

Hehe cane nak cakap eh... cik B tu mcm dlm vid tu kan dia menghentam government kan. Dia cakap pasal free education, A. Samad Said, Bersih and semua-semua tu lh. Poin aku kan, kalau dia nak utarakan benda ni, mungkin dia tak perlu nak meninggi suara, mungkin cakap lemah lembut gitu. Kalau cursing tu, emm.. dia ada cursing eh? Haha :p sori aku tak mampu nak interpret dan menjawab soalan dengan profesional.

Zarif lagi said...

Lina- Pendirian aku.. emm.. ok kalau tolak soal empati tu semua, of course la aku side ngan cik B. I mean Kak Pah tu memang tak beradab buat mcm tu kat B. Dia bagi hujah2 yang mengarut. Apapun B ada hak kebebasan bersuara dia sendiri #teamcikB :p

Awan Nina said...

aku tak rasa dia ada memaki. just tinggi suara lah. yang kak pah tu pulak tak respect pandangan orang, memalukan org & cakap kasar.

Zarif lagi said...

oh, ha'ah dia cuma memaki

mAkram Makhtar said...

Secara ringkasnya,pada pandangan aku, dua2 ada kesalahannya.

Ms Bavani nampak terlalu keras mengkritik. Namun,tak dinafikan hak dia sbgai peljar tuk bersuara. Tak apa lah kalau gitu. Mgkin dia terlalu bersemangat bentangkan persoalan hingga trlupa tuk jaga emosi or tak tinggi suara or sbgainya.

Kak Pah tu plak, lagi xkena. Nampak sangat bias. Hujah balas pun ke laut (samapai bertemu jaws! haha). Apakan daya, dah namanya pun mewakili SW1M. Ampu kerajaan kuat sangat.

Apa2pun,harap isu ni berakhir dgn penyelesaian y xmerugikan kedua2 individu tersebut. Skg pun dah timbul macam2 perbahasan pelik2 dan samar2 dr kedua2 belah pihak. Politik di Malaysia. Biasala.

Adoi, rajin bebenor komen sal politik. Aku patutny study2..! Examinasi sudah dekat dengan selekoh. (examination is around the corner) :P

Awan Nina said...

kalau ikutkan apa yg penasihat program tu tulis, bawani seperti melanggar protokol majlis. so salah satu kemungkinan kak pah marah sebab tu kot? hentah.

Unknown said...

Akram : Ya, dua2 bersalah. tp lg obvious bersalah konpemlah kak pah kan. tp aku rasa.. AKU RASA sbnrnya xde rasionalnya bavani ni kemukakan semua tu kat kak pah, sbb kak pah bukannya represent gov. dia tu cuma presiden dari SW1M (NGO) yang takde kaitan pn dengan kerajaan. Mungkin boleh tengok link ni http://joegrimjow.blogspot.com/2013/01/soalan-dan-jawapan-untuk-listen-listen.html

Unknown said...

Lina : Yup, macam yang dalam gambar tu.

Akram : Stadi molek deh Akram. Wuhuhuhu

Awan Nina said...

tapi kan, aku ada dengar yang SW1M ni pro kerajaan.

Unknown said...

dah ada 1 malaysia, of course la pro-kerajaan.

Awan Nina said...

tapi SW1M ni NGO lah. cuma disebaliknya, pro kerajaan.

Update

Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...