“Cuti raya nak dekat dah.. Kalau boleh, saya tak nak la tengok ada antara awak semua ni yang hilang jari bila balik maktab lepas raya nanti... Betul tak apa saya cakap ni, Faruq?? Awak jaga diri baik-baik eh nanti..”, kata cikgu Timah dengan selambanya.. Tak ubah macam seorang ibu menasihati anaknya. Faruq pun menundukkan kepalanya tengok lantai.. Jangan tanya aku kenapa sebab aku sendiri tak tau.
Kira-kira pukul 9.20 a.m., habislah kelas bio untuk hari ni.. Lepas tu..
“Eh, kita tak ambik lagi surat khabar hari ni kan.. emmm.. biar lah ekin je yang ambikkan!!”, kata Ekin Darling tergedik-geduk..
Ummi : Ekin, nanti aku nok baco MEGA dulu!!
Anis : Kin, aku lak nak baca luar negara tu... nok bace brita sukan!
Farah : Ummi! Beri aku baca lepas mu pulak ea?
Ellia : Eh, aku nak baca dulu la Anis! Aku da cop awal2 lagi!!
Anis : Ahh, beri la aku baca dulu!
Aniq : Kak Ya!! Aku la yang baca mega lepas ummi!
Farah : Ah, takdela Aniq!!! Biar aku dulu la!! Sopmo aku baca ngelah kali!
So, itulah situasi yang biasa terjadik setiap kali nak baca surat khabar. Nak dipendekkan citer, Ekin pun bawak masuk ah surat khabar dalam kelas. Biasanya surat khabar page MEGA dgn LUAR NEGARA akan menjadi rebutan para penggila surat khabar macam Aniq, Yunis( skrg tgh hilang), Anis ngan Ain Ju. Surat khabar yang muka depan lak, kurang sikit sambutannya..
Tiba-tiba....
POMMM!!
Arif memukul mejanya dengan tapak tangannya sambil memegang surat khabar muka depan tu. “Adui!!! Sakitnya!!!”, kata Arif sambil mengusap-ngusap tangannnya yang tengah kemerahan tu..
“Eh, kau ni asal pulak haa Arif tetiba pukul meja tu....”, kata Tengku Puteri Izany, iaitu seorang pelajar yang sedang berebut gelaran ‘Tuan Puteri 5D’ dengan Attira Insyiraah...
“Nah, cuba kau baca muka depan ni...”, kata Arif sambil menghulurkan surat khabar muka depan kepada Nani.....
“Masyaallah!!! Tak mungkin!!!!”
“Wei Nani, asal aaa???? Ada apa???”, kata Ain Ju dengan suaranya yang berfrekuensi tinggi itu... So Arif pun ambik surat khabar tu lalu menunjukkannya kat satu kelas........ Semua terkejut tatkala membaca surat khabar muka depan tersebut.
“YUNIS!!!!!!”
No comments:
Post a Comment