*Saya dengan ini mahu menyatakan bahawa entri ini adalah dalam bahasa Melayu. Maaf atas segala kesulitan*
Fenim fenim.. 11 hari lagi exam blok. Penentu masa depan ni! Ambe ni pulak masih banyak berilek weekend ni. Bukan apa, bukak lecture slide kat laptop, baca... baca.. baca... dah habis baca, try nak tulis semula ni. "Err.. apa yang aku baca tadi eh". Tengok, belajar ikut lecture slide sangat tak efektif untuk aku. Tapi kalau tak belajar lecture slide, cane nak jawab exam.
Aku nak citer nih apa jadah block exam ni. Aku pernah tulis dulu, tapi ni biarlah edisi lengkap. Belajar perubatan (atau disebut kedokteran dalam b.Indonesia) ni mengambil masa selama 5 1/2 tahun, tapi ada je negara yang buat 6 tahun. 3 tahun setengah yang belajar lab, lecture dan yang segalanya tu. Setahun setengah lagi akan ada clinical rotation (atau disebut koas) kat hospital. Koas tu kiranya praktikal ler.
Yang belajar selama tiga tahun setengah tu menggunakan sistem blok. Kalau nak bagi definisi block tu sendiri aku tak tau nak cakap macam mana, tapi biar aku terangkan dalam bentuk point.
1. Satu tahun ada dua sem
2. Satu sem ada 3 blok.
3. Satu blok kita akan belajar selama 7 minggu
4. Satu blok kita akan belajar tentang satu modul. Contohnya blok pertama, block 1.1. Dalam blok ni, modulnya ialah Medical Student and Locomotor System. Dalam blok ni, kita akan belajar pasal kandungan modul ni dalam masa 6 minggu. 1 minggu yang remaining tu ialah exam week.
5. Dalam masa 6 minggu, kita akan belajar ikut lecture, lab dan skills lab.
7. Exam dia terbahagi kepada dua : Lab exam ngan Block Exam
8. Lab exam tu ada banyak. Ada exam Anatomy, Physiology, Histology, Pharmacology, Biochemistry, Clinical Pathology (PK), dan lain-lain lar.
9. Tak semestinya setiap blok ada semua lab exam yang di-describe tadi. Contoh blok 1.1 cuma ada exam anatomi, fisiologi ngan histologi. Blok 2.2 lak cuma ada exam anatomy, biochemistry ngan PK.
10. Biasanya lab exam bagi percentage yang rendah dalam total block mark. Sekitar 10-20% gitu la. Tergantung kat blok.
11. Haa block exam, atau dipanggil CBT (Computerised-Based Test) ni lah yang mencabar. Block exam meliputi semua kandungan dalam lecture yang kita dengar. Biasanya satu blok tu ada lebih kurang 30-40 lecture.
12. Block exam ada 100 soalan, dan fully objective. Walaupun objective, tapi setakat ni tak pernah lagi aku tengok dia bagi soalan dalam bentuk gambar ala SPM tu, pastu tanya : What is this structure, bla3...Maksudnya fully alphabet, no picture2 aaa...
13. "Oh, objektif je ke. Alaa, senang ah kalau gitu." Tu yang aku fikir masa mula-mula. Malam sebelum exam memang aku study habis lecture slide semua. Tapi masa exam tu... "Eh, apa ni. Aku ada belajar ke benda ni dalam lecture?" Masyaallah, punyalah susah soalan dia. Rasa nak menangis masa first time jawab tu.
14. Disebabkan ada 100 soalan, maka satu soalan itu 1 %. Kat sini exam dia pakai komputer. Dah habis submit jawapan tu, secara otomatik akan keluar markah. Kalau kau dapat 54, maka 54% lah block exam kau.
Final block mark biasanya kena check ikut laman web intranet UGM. Senang cerita hang amik laptop, connect pakai wi-fi UGM dan gi kat address dia : 10.18.1.117 ...
GPA kita untuk block tu tergantung kepada gred apa yang kita dapat. Ada beberapa gred yang diguna-pakai kat sini :
1. Gred A : 4.00
2. Gred A/B : 3.50
3. Gred B : 3.00
4. Gred B/C : 2.50
5. Gred C : 2.00
And so on....
Kalau hang dapat grade A, maksunya GPA hang untuk blok tu 4.00 la.
Bila kita check result, dia akan tunjuk cGPA kita. Cara mengira markah cGPA :
Kalau hang dapat gred A/B masa 1.1, dan B untuk 1.2 dan B lagi untuk 1.3, maka cGPA hang untuk first sem tu ialah:
(3.50 + 3.00 + 3.00) ÷ 3
= 3.17
cGPA aku setakat ni baru 3.25. Jauh lagi impian aku nak dapatkan 3.50. Kalau aku dapat A dalam blok ni pun, still bawah 3.50..
Dah la, meleret-leret aku tulis ni. Tujuan tulis ni saja untuk mengisi kesedihan aku sebab still tak dapat 3.50 T_T
Lagipun, mana tau kot-kot future junior terbaca ke benda ni, haa kan senang sikit untuk diorang. Muehehehe
Adios!
Kalau ada kawan-kawan aku yang baca, plis jangan gelak. Haha curahan hati dan imaginasi kat sini.
Sunday, December 2, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Update
Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...
-
Post untuk Ita, ex-klasmet masa form 4 dulu. Sebenarnya tak tau nak tulis pasal apa. So main hentam je la. Firstly, nervous cells are cal...
-
Suatu malam lepas aku balik dari Malaysia, aku start kemas dapur rumah tu. Sepah gila. Nak dipendekkan cerita masa aku kemas bekas-bekas mak...
-
Benda ni dah jadi virus kan? Siap orang buat remix pulak tu. Haha lawak gila. Tujuan entry kali ni nak komen sikit pasal situasi ni. Apa ya...
No comments:
Post a Comment