Kalau ada kawan-kawan aku yang baca, plis jangan gelak. Haha curahan hati dan imaginasi kat sini.
Monday, December 31, 2012
The Alternate Story : Part 9
Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Dari sudut tandas JB West, ada bunyi orang tengah membasuh baju. Eh? Siapa yang cuci baju memalam buta ni?
Din Ganu, yang menghuni JB 36 tersedar dari tidurnya. Kiub dia dekat ngan tandas, jadi memang kuat la bunyi yang dia dengar tu. Din menekupkan kepalanya dengan bantal. 30 saat kemudian, dia cepat-cepat mengalihkan bantal tu.
"Hah! Hah! Hah!"
Dia sesak nafas bila tutup muka ngan bantal. Tu la, sape suruh. Hahaha.. Anyway, Din pun mula menjejakkan kakinya ke lantai. Ternampak kepenatan di mukanya. Perlahan-lahan dia menuju ke tandas JB West. Info sikit... Tandas JB West adalah antara tandas kat dorm lelaki yang paling bersih. Ni semua adalah dari jasa Uncle Sam, dan jugak ada sorang mamat ni yang nama dia Alif. Dengar citer dia ni rajin tolong bersihkan tandas. #koyamode
"Azri.. Apa la ko buat kat JB ni. Bukan ko kat blok H ke sekarang?", kata Din dengan mata separuh terbuka, separuh tertutup. Mamai habis la dia ni.
"Saja.. Alaa, SPM kan dah dekat, waktu kita nak duduk kat maktab ni pun nak habis. Aku nak merasa sikit duduk JB semula sebelum habis maktab.", balas Azri.
"Yang ko cuci baju malam-malam buta ni pehal?"
"Bukan cuci baju. Cuci boxer la. Aku lupa nak basuh, sampai boxer bersih aku tinggal satu je. Baik aku cuci malam ni jugak. Kang besok lusa aku pakai boxer sama nanti kudis pulak. Hahaha"
"Yela.. Yela.. Tapi cuci cepat sikit. Aku nak tidur takleh. Dah kbai."
Din Ganu pun menyusun langkahnya menuju semula ke tempat tidurnya. Kurang 5 saat dia merebahkan badan atas katil, terus berdengkur kuat. Jadi Azri pun selesai mencuci boxer-boxernya. Selepas menjemur boxer-boxernya di luar, Azri pun naik semula kat JB.
Sebenarnya dia plan nak tidur kat kiub Tengku, tapi katil satu lagi kat kiub tu takde tilam. Begitu gak ngan kiub-kiub kosong yang lain. Tilam-tilam semua lesap.
"Aduhh.. Nasib baik la katil kat kiub Aniq ni kosong. Boleh aku tumpang jap."
Kiubmate Aniq tu sebenarnya mamat yang nama Alif tu jugak. Memandangkan Alif dengan Aniq tengah ada 'salah faham' sekarang, so Alif pun dah mula berkurang tidur kat kiub tu.
"Mana Alif ni pergi. Dia tidur kat kiub Nije ke? Tapi tadi aku turun gi JA tak nampak pulak dia. Ahh malas layan. Tidur dulu..". Azri pun merebahkan badannya ke atas tilam lembut tu.
Pada masa yang sama...
"Haha best gila doh makan McD memalam buta ni!", kata Alif yang sedang berada di Teluk Cempedak bersama Syuk dan Syahir..
Thursday, December 20, 2012
Body Somatotype
First sekali, aku belajar benda ni dalam english. Tapi aku nak tulis entry ni dalam bahasa Melayu. So, aku akan cuba merojak sebanyak mungkin. Hahaha
Baru semalam group tutorial aku ada praktikal bio-paleoanthropology. Tajuk yang dipelajari tu ialah body Somatotype. Best gila praktikal ni. Jadi aku pun nak berkongsi serba-sedikit ilmu yang dah dipelajari ni.
Somatotype is a quantitative description of the present morphological confirmation and composition of the body. It describe the body as a whole, and it is a rating of what the body looks like.
Maksudnya somatotype ni digunakan untuk menentukan body type dengan body build kita. Ia dapat dilakukan dengan mengukur berbagai aspek kat tubuh kita. Antara yang diukur ialah:
1. Weight
2. Height
3. Upper arm circumference
4. Calf circumference
5. Triceps skinfold
6. Subscapular skinfold
7. Supraspinale skinfold
8. Calf skinfold
9. Biepicondylar breadth of humerus
10. Biepicondylar breadth of femur
Yang measurement ni cuma sebahagian. Ada lagi yang lain, tapi 10 yang tertera ni yang menjadi ukuran asasnya.
Jadi, rating berdasarkan somatotype terbahagi kepada 3, iaitu:
1) Endomorph
2) Mesomorph
3) Ectomorph
ENDOMORPH
Endomorph is the relative fatness of the physique. An endomorphic individual typically has short arms and legs and a large amount of mass on their frame.
Their mass hampers their ability to compete in sports requiring high levels of agility or speed and perform sustained weight bearing aerobic activities such as running. Sports of pure strength, like power lifting, are perfect for an endomorph. They can gain weight easily and lose condition quickly if training stops.
Kiranya endomorph ni present tahap lemak badan.
MESOMORPH
Mesomorphy relates to the relative musculoskeletal development per unit of height. A mesomorphic individual excels in strength, agility, and speed.
Their medium structure and height, along with their tendency to gain muscle and strength easily makes them a strong candidate for a top athlete in any sport. They can sustain low body fat levels and find it easy to lose and gain weight.
Senang cerita orang-orang yang berbadan katang tu termasuk dalam mesomorph.
ECTOMORPH
Ectomorph refers to relative to linearity of the physique. Linearity datang dari perkataan "lean". Maksudnya orang kurus. Duhh
A predominantly ectomorphic individual is long, slender and thin, and therefore power and strength sports are perhaps not suitable as their slight build leaves them susceptible to injuries.
While they can easily get lean and hard, their lack of musculature severely limits their chances in sports requiring mass. Ectomorphs dominate endurance sports and gymnastics. They can archive low levels of body fat which can be detrimental to health and for females in endurance sports it can result in a cessation of periods and iron deficiency.
......................................................................................................................................
Using a score of one to seven, we can grade our bodies on each of the extreme body types. e.g. two, six, three means: two (low endomorphy); six (high mesomorphy); three (low ectomorphy). In this way, we can compare our body type with that of other athletes. This method of body typing is known as somatotyping - height is not taken into consideration.
Sori aku malas nak translate ==
Ok, dengan semua measurement yang aku dah cakap tadi, kita boleh bagi skor masing-masing untuk kadar endomorph, mesomorph ngan ectomorph badan kita. Jangan ingat badan kita ada satu jenis somatotype je.
Contoh skor ialah :
5.1 - 7.3 - 0.89
5.1 tu skor untuk endomorph, 7.3 skor untuk mesomorph, dan 0.89 tu skor untuk ectomorph. Ok sebenarnya aku pun kurang faham sangat dengan part ni. Maaf kalau ada salah, dan keliru. Aku cuba untuk bagitau ikut kefahaman aku.
So macam mana nak tau somatotype kita berdasarkan skor ni? Rule pertama: Kita cuma utamakan nombor yang besar. Nombor yang kecil tu kita singkirkan. Tak faham? Maksudnya kita jangan amik kira ectomorph dalam somatotype kita.
Ok skor yang kat atas tu maksudnya somatotypenya ialah : endo-mesomorph.
Kenapa bukan meso-endomorph? Sebab skor endomorph lagi rendah, jadi kita letak dia kat depan. Skor ectomorph lagi banyak, kita letak dia kat belakang.
Jadi apa sebenarnya maksud endo-mesomorph? Maksudnya individu tu body builtnya dominan kat mesomorph, iaitu badan yang berotot, tapi ada kecenderungan untuk ke endomorph, iaitu badan yang berlemak.
Sebanarnya skor 5.1 - 7.3 - 0.89 ni skor somatotype aku. Muehehehe bangga jap :p
Meh aku bagi contoh lain..
1) 2.0 - 5.0 - 3.0
Macam yang aku cakap tadi, kita singkirkan yang paling kecik. Dalam kes ni yang paling kecil ialah 2.0, iaitu endomorh. Cara bacanya ialah ecto-mesomorph. Maksudnya orang tu dominan kat badan berotot, tapi ada kecenderungan untuk menjadi kurus.
Kalau meso-ectomorph lak? Maksudnya orang tu kurus, tapi cenderung untuk berotot.
2) 5.3 - 4.4 - 6.1
Sama je macam yang sebelum-sebelum ni. So individu ni ber-somatotype endo-ectomorph. Ok yang ni aku pun konpius sikit. Macam mana dari badan kurus ada kecenderungan nak jadi gemuk? Ni pun sebenarnya example yang aku dapat dari lecturer. Nanti aku tanya balik la.
3) 3.2 - 3.3 - 4.2
Yang ni lain sikit cara nak tentukan somatotype. Biasanya kita singkirkan yang paling kecik kan? Tapi dalam kes ni, TAK. 3.2 ngan 3.3 kalau dibundar tetap jadi 3 kan? Sebab nombor tu dekat-dekat, kita sebut individu ni sebagai ideal. Tapi nak sebut penuhnya ialah IDEAL ECTOMORPH. Yang ideal tu cuma untuk endomorph ngan mesomorph eh, tapi bukan ectomorph. Tak paham? Dah, benda ni complicated sangat sampai aku pun da pening ==
Jujurnya, aku pun tak pandai nak interprete sangat apa maksud endo-ectomorph, ecto-endomorph, ideal mesomorph dan segalanya tu. Aku kena confirm balik semula ngan lecturer. Sori dehs....
S : Tapi kan Alif, macam mana dari 10 measurement tadi boleh dapat ukuran 2.0 - 5.0 - 3.0 tu?
J : Ada la formula dia. Aku malas nak taip. Hehehe
Ok, tu je untuk entry kali ni. Semoga bermanfaat :)
p/s : Aku bersoal-jawab ngan diri sendiri :p
Tuesday, December 18, 2012
Group 12 2011
Well, here's my Tutorial group for the first year. I miss you all so much. We have been through a lot together. First year medicine was very challenging, and for a second there, I thought I can't do it. Alhamdulillah, my grade for the first year was quite good (Well, good enough for me :p) , and I'm continuing with second year. Hopefully all of us can succeed through the med school. InsyaAllah :)
Well, mind you that Indonesians tends to take photos... A LOT
p/s : Sebenarnya aku ni rasa malu gila masa diorang ajak gi studio nak tangkap gambar. Aku ni bukannya 'mat gambar' lor... ==
p/s 2 : Eh, tercakap BM lak :p
Well, mind you that Indonesians tends to take photos... A LOT
Unfortunately Lily was not here during the shooting |
p/s : Sebenarnya aku ni rasa malu gila masa diorang ajak gi studio nak tangkap gambar. Aku ni bukannya 'mat gambar' lor... ==
p/s 2 : Eh, tercakap BM lak :p
Saturday, December 15, 2012
Kegilaan Aku
Eh, apa kena dengan tajuk ni. Takde pape sangat la, cuma nak ceritakan suatu kegilaan aku dalam bidang berimaginasi ni. Jadi apa yang selalu aku berimaginasi? Adakah kartun? Binatang? Awek? Kahwin? Tak la.. Aku banyak berimaginasi pasal orang sekeliling aku.
"Sudoh... Alep ni gila dohhhh"
Erk... aku bukan fikir yang bukan-bukan la. Maksud aku kan... Aku selalu imagine sesuatu yang happening dan menarik terjadik dalam hidup aku ngan family ngan kawan-kawan. Masa aku darjah tiga dulu, aku terpengaruh ngan movie X-Men. So aku pun mula la lukis komik pasal aku ngan kawan-kawan ada kuasa, hancurkan raksasa, blah3.... Hahaha memang aku gila la dulu. Aku mula lukis komik bila aku baca banyak gila komik, macam Kawan, Doraemon, Detective Conan. Aku rasa interesting gila jalan cerita dia. So aku pun buat komik sendiri, dan ada satu masa tu kawan aku, nama dia Arif, buat komik sekali ngan aku. Masa tu aku rasa syok gila kot :3
Tapi Arif ni dia pandai gila melukis. Beza level lukisan dia ngan aku bagai langit dengan bumi lah. Hahaha aku ni reti lukis benda simple2 je pung... Bila aku masuk sekolah menengah, aku rasa penat lukis komik. Dah la aku ni tak reti melukis. Tapi kan, otak aku ni mencurah-curah idea aku fikir pasal sekolah terbakar la, sekolah kena kepung ngan penjenayah la (haha otak gila). Dari masa tu, aku pun amik keputusan untuk tulis ala-ala novel pasal idea-idea gila dalam otak aku ni.
Bila aku masuk MRSM, aku bawak sekali 'novel' aku tu. Of course la ada orang yang baca, then gelak. Bila aku form 5 kan, aku baca balik, pastu terus aku cakap : "Aduh, apalaaa yang aku mengarut masa dulu ni. Aisyyy malu malu!".
Tapi kalau korang baca karangan english sepanjang form 4 ngan form 5 kan, aku banyak gak buat cerita gila-gila.
Soalan dia : It was raining... (mulakan esei ngan ayat ni)
So aku pun buat kat skolah (masa tu hujan), ada budak menyamar jadik hantu, kena tangkap ngan cikgu. Last2 tu ada hantu betul2 terbang depan cikgu2 semua.
Lepas tu aku pun dapat komen dari teacher aku : "Very interesting! But careful with your grammar"
Masa tu memang aku rasa... best sangat! hahaha masa SPM pulak, tajuk essay dia hampir sama, so aku pun guna isi karangan yang sama, dengan grammar yang dah dibetulkan oleh teacher aku. (masa ni memang aku dah predict akan keluar soalan yang nak dekat sama ngan trial).
Walaubagaimanapun, aku cuma dapat A je dalam BI, tak dapat pun A+ pun T_T
Gambar menunjukkan ketidak-arifan aku dalam melukis :p |
So citer "The Alternate Story" tu pun salah satu dari idea otak gila aku ni. Hehehe what I really want to tell is, it's really fun to make your own stories. Korang pun try la ^ ^
Meja tempat aku melagha |
Tuesday, December 11, 2012
Citer 5D : Part 9
“Cuti raya nak dekat dah.. Kalau boleh, saya tak nak la tengok ada antara awak semua ni yang hilang jari bila balik maktab lepas raya nanti... Betul tak apa saya cakap ni, Faruq?? Awak jaga diri baik-baik eh nanti..”, kata cikgu Timah dengan selambanya.. Tak ubah macam seorang ibu menasihati anaknya. Faruq pun menundukkan kepalanya tengok lantai.. Jangan tanya aku kenapa sebab aku sendiri tak tau.
Kira-kira pukul 9.20 a.m., habislah kelas bio untuk hari ni.. Lepas tu..
“Eh, kita tak ambik lagi surat khabar hari ni kan.. emmm.. biar lah ekin je yang ambikkan!!”, kata Ekin Darling tergedik-geduk..
Ummi : Ekin, nanti aku nok baco MEGA dulu!!
Anis : Kin, aku lak nak baca luar negara tu... nok bace brita sukan!
Farah : Ummi! Beri aku baca lepas mu pulak ea?
Ellia : Eh, aku nak baca dulu la Anis! Aku da cop awal2 lagi!!
Anis : Ahh, beri la aku baca dulu!
Aniq : Kak Ya!! Aku la yang baca mega lepas ummi!
Farah : Ah, takdela Aniq!!! Biar aku dulu la!! Sopmo aku baca ngelah kali!
So, itulah situasi yang biasa terjadik setiap kali nak baca surat khabar. Nak dipendekkan citer, Ekin pun bawak masuk ah surat khabar dalam kelas. Biasanya surat khabar page MEGA dgn LUAR NEGARA akan menjadi rebutan para penggila surat khabar macam Aniq, Yunis( skrg tgh hilang), Anis ngan Ain Ju. Surat khabar yang muka depan lak, kurang sikit sambutannya..
Tiba-tiba....
POMMM!!
Arif memukul mejanya dengan tapak tangannya sambil memegang surat khabar muka depan tu. “Adui!!! Sakitnya!!!”, kata Arif sambil mengusap-ngusap tangannnya yang tengah kemerahan tu..
“Eh, kau ni asal pulak haa Arif tetiba pukul meja tu....”, kata Tengku Puteri Izany, iaitu seorang pelajar yang sedang berebut gelaran ‘Tuan Puteri 5D’ dengan Attira Insyiraah...
“Nah, cuba kau baca muka depan ni...”, kata Arif sambil menghulurkan surat khabar muka depan kepada Nani.....
“Masyaallah!!! Tak mungkin!!!!”
“Wei Nani, asal aaa???? Ada apa???”, kata Ain Ju dengan suaranya yang berfrekuensi tinggi itu... So Arif pun ambik surat khabar tu lalu menunjukkannya kat satu kelas........ Semua terkejut tatkala membaca surat khabar muka depan tersebut.
“YUNIS!!!!!!”
Harimau vs Gajah
Excited habis tengok bola Malaysia lawan Thailand. Malangnya game tu tak berapa menarik. Hambar.
Masa tengok tu aku cakap kat adik aku, ni da dekat-dekat nak habis masa, mesti Thailand dapat skor 1gol. Bila aku cakap tu, tiba-tiba Thailand score. Terus off tv. Naik tido.
Topik lain.
Ekzeng aku lusa ni. Aiyoo ekzeng ni penting sangat. Kalu dapat bawah dari gred B, mapuh aku cgpa turun habis ==
Doh lo exam 2.1 aku teruk. Insyaallah aku try buat betul-betul kali ni. Bismillahirrahmaanirrahim.

The Alternate Story : Part 8
"Selamat hari jadi! Selamat hari jadi! Selamat hari jadi Attira! Selamat hari jadi!" Pakpakpak (bunyi tepuk tangan)...
Ahhh! Isy apa u ni tangkap gambar i. Malulah camni. |
"Dah jom semua makan kek ni! Mahal tau aku beli kat Secret Recipe!"
Malam ni ada majlis hari jadi Attira dalam kelas 5D. Tema malam ni semua orang pakai baju merah. Attira tempah kek special untuk majlis hari jadi dia ni. Fuh bukan main hepi Attira. Mentang-mentangla malam ni malam Sabtu, takde prep. Attira dok ber-hepi ni dia tak tau lagi ada 'hadiah' yang Azri ngan budak laki 5D sediakan nanti.
"Weh, Alep mana?"
Anis tiba-tiba bersuara. Masa tu semua orang tengok sekeliling. Eh, betul la, Alif takde pun dalam kelas. Mana dia pergi?
"Je, mu tau x mano Alep?", tanya Anis.
"Dok weh. X tahu aku."
Mano Alep nih. Lapo doh nii |
Pada masa yang sama, aku tengah kat kafe, beli nasi lemak jap. Rasa bersalah masih menyelubungi diri aku. Aku rasa baik aku cuba jauhkan diri dari 'dia' untuk sementara waktu ni. Sori Tira, sebab tak datang birthday kau.
Kat kafe tu aku terserempak ngan Syahir. Dia tengah tolong Kak Ila jual nasi lemak. Ah nyibuk la dia ni.
"Eh Lep, ko buat apa kat sini. Bukan ke malam ni ada birthday Tira? Ko tak gi ke?"
"Err.. Tak. Malas ah aku nak gi. Hmmm ada problem sikit la. Dah2 bagi aku nasi lemak ayam satu."
Budak Kuantan ni makan nasi lemak waktu prep tu dah jadi kebiasaan. Sepatutnya nasi lemak tu makan masa pagi. Ye dok?
"Ko nak gi mana tu Syahir? Dah siap jual ke?"
"Aku dah lama kot jaga kat sini. Aku nak makan kat kelas jap. Ko nak join tak?"
"Boleh je. Jom.."
Aku mula masuk dalam kelas 5F.. Masyaallah, ada beberapa orang je. Mana orang lain gi ni. Yang ada tu geng-geng Syahir ngan beberapa orang budak pompuan. Eh, LDP spek putih pun kelas ni la...
"Wei LDP spek putih! Lama tak jumpa!", sapa aku. Sebenarnya aku tak ingat pun nama dia.
"Eh bukan baru jumpa semalam ke kat koop."
"Tu kira lama lah tu. Hahaha.. Eh, novel apa ko baca tu?"
Aku perasan LDP spek putih ni tengah baca novel. Kalau... Ada... Jodoh... Novel jiwang rupanya. Aku pun baca novel. Tapi novel unsur humor sikit cam "Ini Suatu Cerita". Kau ada baca? Hehehe. Aku tak layan novel mi Cintan macam tu.
"Woi Lep, ko nak makan tak nasi tu. Aku nak habis dah ni.", kata Syahir. Maka dengan cepatnya aku pun mula makan nasi lemak aku.
"Jadi ko plan nak buat apa lepas ni?"
"Hahaha.... Aku ingat nak fly jap. Cari barang."
Masa tu terlintas kat otak aku. Sesuatu... yang tak pernah aku buat.
"Jadi siapa je yang ikut ko fly nanti?"
"Aku ngan Syuk dua je la."
"Errr... Nak ikut boleh tak? Hehehe"
Mapuh Alep la dio tak mari. Boo sama dia. Booo!! |
Thursday, December 6, 2012
ABO blood system
3 main blood groups:
1) Group A
2) Group B
3) Group AB
4) Group O
GROUP A
- Contains antigen A
- Contains anti-B (antibody against antigen B)
- Can receive blood group A, O
- Agglutinate when exposed to group B, AB
GROUP B
- Antigen B
- Anti-A (antibody against antigen A)
- Can receive blood group B, O
- Agglutinate when exposed to group A, AB
GROUP AB
- Contains both Antigen A, Antigen B
- Has no antibody
- Since it has no antibody, it can receive all blood groups.
- It can only donor to blood group AB. Administration to group A, B and O will cause agglutination.
GROUP O
- Has no antigen. Hence, it can donate blood to all blood group.
- Known as universal donor
- Contains Anti-A. So it will agglutinate when administered to blood group A
- Contains Anti-B. It agglutinates if administered to person with blood group B
- Also agglutinates when administered to group AB.
- Can only receive from blood group O, as opposed to blood group AB.
p/s : Saja tulis. Malas nak tulis nota kat buku. Hahaha

Tuesday, December 4, 2012
Motivasi
Saat aku baca blog seorang pemegang biasiswa Kijang Emas Bank Negara, empangan mata aku mula pecah. Tak tau kenapa, tapi aku tak boleh tahan air mata ni dari keluar. Bila ditengok kejayaan dia, aku rasa sangat down, sebab aku mengharapkan aku pun dapat berjaya macam dia. Tapi aku berpijak pada bumi yang nyata. Yang dah lepas tu biarlah lepas. Yang penting sekarang aku kena belajar molek. Semoga aku dapat motivasikan diri aku dari kisah dia :')
Sunday, December 2, 2012
Sistem Blok UGM : Edisi Lengkap
*Saya dengan ini mahu menyatakan bahawa entri ini adalah dalam bahasa Melayu. Maaf atas segala kesulitan*
Fenim fenim.. 11 hari lagi exam blok. Penentu masa depan ni! Ambe ni pulak masih banyak berilek weekend ni. Bukan apa, bukak lecture slide kat laptop, baca... baca.. baca... dah habis baca, try nak tulis semula ni. "Err.. apa yang aku baca tadi eh". Tengok, belajar ikut lecture slide sangat tak efektif untuk aku. Tapi kalau tak belajar lecture slide, cane nak jawab exam.
Aku nak citer nih apa jadah block exam ni. Aku pernah tulis dulu, tapi ni biarlah edisi lengkap. Belajar perubatan (atau disebut kedokteran dalam b.Indonesia) ni mengambil masa selama 5 1/2 tahun, tapi ada je negara yang buat 6 tahun. 3 tahun setengah yang belajar lab, lecture dan yang segalanya tu. Setahun setengah lagi akan ada clinical rotation (atau disebut koas) kat hospital. Koas tu kiranya praktikal ler.
Yang belajar selama tiga tahun setengah tu menggunakan sistem blok. Kalau nak bagi definisi block tu sendiri aku tak tau nak cakap macam mana, tapi biar aku terangkan dalam bentuk point.
1. Satu tahun ada dua sem
2. Satu sem ada 3 blok.
3. Satu blok kita akan belajar selama 7 minggu
4. Satu blok kita akan belajar tentang satu modul. Contohnya blok pertama, block 1.1. Dalam blok ni, modulnya ialah Medical Student and Locomotor System. Dalam blok ni, kita akan belajar pasal kandungan modul ni dalam masa 6 minggu. 1 minggu yang remaining tu ialah exam week.
5. Dalam masa 6 minggu, kita akan belajar ikut lecture, lab dan skills lab.
7. Exam dia terbahagi kepada dua : Lab exam ngan Block Exam
8. Lab exam tu ada banyak. Ada exam Anatomy, Physiology, Histology, Pharmacology, Biochemistry, Clinical Pathology (PK), dan lain-lain lar.
9. Tak semestinya setiap blok ada semua lab exam yang di-describe tadi. Contoh blok 1.1 cuma ada exam anatomi, fisiologi ngan histologi. Blok 2.2 lak cuma ada exam anatomy, biochemistry ngan PK.
10. Biasanya lab exam bagi percentage yang rendah dalam total block mark. Sekitar 10-20% gitu la. Tergantung kat blok.
11. Haa block exam, atau dipanggil CBT (Computerised-Based Test) ni lah yang mencabar. Block exam meliputi semua kandungan dalam lecture yang kita dengar. Biasanya satu blok tu ada lebih kurang 30-40 lecture.
12. Block exam ada 100 soalan, dan fully objective. Walaupun objective, tapi setakat ni tak pernah lagi aku tengok dia bagi soalan dalam bentuk gambar ala SPM tu, pastu tanya : What is this structure, bla3...Maksudnya fully alphabet, no picture2 aaa...
13. "Oh, objektif je ke. Alaa, senang ah kalau gitu." Tu yang aku fikir masa mula-mula. Malam sebelum exam memang aku study habis lecture slide semua. Tapi masa exam tu... "Eh, apa ni. Aku ada belajar ke benda ni dalam lecture?" Masyaallah, punyalah susah soalan dia. Rasa nak menangis masa first time jawab tu.
14. Disebabkan ada 100 soalan, maka satu soalan itu 1 %. Kat sini exam dia pakai komputer. Dah habis submit jawapan tu, secara otomatik akan keluar markah. Kalau kau dapat 54, maka 54% lah block exam kau.
Final block mark biasanya kena check ikut laman web intranet UGM. Senang cerita hang amik laptop, connect pakai wi-fi UGM dan gi kat address dia : 10.18.1.117 ...
GPA kita untuk block tu tergantung kepada gred apa yang kita dapat. Ada beberapa gred yang diguna-pakai kat sini :
1. Gred A : 4.00
2. Gred A/B : 3.50
3. Gred B : 3.00
4. Gred B/C : 2.50
5. Gred C : 2.00
And so on....
Kalau hang dapat grade A, maksunya GPA hang untuk blok tu 4.00 la.
Bila kita check result, dia akan tunjuk cGPA kita. Cara mengira markah cGPA :
Kalau hang dapat gred A/B masa 1.1, dan B untuk 1.2 dan B lagi untuk 1.3, maka cGPA hang untuk first sem tu ialah:
(3.50 + 3.00 + 3.00) ÷ 3
= 3.17
cGPA aku setakat ni baru 3.25. Jauh lagi impian aku nak dapatkan 3.50. Kalau aku dapat A dalam blok ni pun, still bawah 3.50..
Dah la, meleret-leret aku tulis ni. Tujuan tulis ni saja untuk mengisi kesedihan aku sebab still tak dapat 3.50 T_T
Lagipun, mana tau kot-kot future junior terbaca ke benda ni, haa kan senang sikit untuk diorang. Muehehehe
Adios!

Saturday, December 1, 2012
The Alternate Story : Part 7
Malam Sabtu.. Antara waktu yang sangat disukai pelajar-pelajar MRSM Kuantan. Takde prep, dan semua orang berhepi-hepi. Ada yang main basketball, ada yang lepak-lepak kat koperasi, kafe, ada yang tengok tv kat DS, ada yang fly, dan macam-macam la! Memang sangat free lah masa ni, biarpun SPM dah dekat. Jadi biasanya blok-blok asrama tengah kosong. Aku tengah melepak dalam kelas 5D, saja gosip-gosip sikit ngan Nani. Hahaha Nani ni memang banyak mulut sikit. Selalu ajak orang berbual. Apa yang dibualkan masa tu, entah aku tak ingat.
Tiba-tiba bahu aku dicuit dari belakang.
"Lep, teman aku balik dorm jap, nak mandi la.", kata Nije. Badan dia berpeluh-peluh. Konpem ni baru habis main volleyball kat court. Mintak diri ngan Nani, dan kitorang pun gi blok J ikut jalan tepi padang.
"Nape ko tak nak join kitorang main sekali, best la.", tanya Nije.
"Alah, ko tak ingat ke masa PE tu cikgu Syahmi panggil aku 'Tangan KFC'. Isyy malu aku. Lagipun aku memang tak reti larr.."
Sejarahnya gini, masa PE (Physical Education) tu kitorang main volleyball, lawan antara kelas. Time aku nak serve je, mesti tak kena tau. Pastu Olang ngan Anis jerit kat aku : "Main molep sikit Alep KFC.. Tangan tu serve betul-betul". Aku pun dapat serve, tapi akhirnya melayang jauh gi kat budak tempat budak pompuan. Jadi cikgu Syahmi pun panggil aku 'Tangan KFC'.
Pasal KFC tu... dulu masa first meeting ngan homeroom A. Aku ni second intake, so bagi aku ni first time la. Mama Azimawati, yang juga cikgu add math aku, tanya bebudak homeroom aku apa aktiviti nak buat nanti. Pastu Olang cakap birthday si Merox(Obama) da dekat. Aku dengan selamber rocknya cakap : "Kita buat makan KFC je la." Dan gitulah kisahnya. Last-last tak sambut pun birthday Mirul. Pastu suatu hari masa ada acara makan buah, salah satu aktiviti maktab, cikgu tanya, pasal nak buat majlis makan-makan homeroom. Dan aku dengan selambar batunya lagi cakap : "Kita makan KFC je la."
Sejak hari tu Olang ngan Anis pun panggil aku 'Alep KFC'.
Ahhh menyimpang jauh da ni....
"Sori la suruh ko teman aku. Emm, tolong tengok-tengokkan phone ngan wallet aku eh. Aku mandi jap."
Jadi aku pun lepak-lepak kat JA 34. Sebenarnya memang aku selalu lepak sini pun ngan dia. Aku main game jap dalam henset aku. Ahh... habis bateri pulak! Baru main kejap. Ni nak kena tukar bateri baru. Disebabkan kebosanan, aku pun main-main jap ngan henset Nije. Main snake seingat aku.
Main dan main dan main...
"Ting-ting"
Ada mesej baru. Secara tak sengaja aku terbukak mesej dia. Dah terbukak tu, konpem la terbaca. Mesej dari nombor 0139x687xx. Mesej tu berbunyi gini:
"Maaf la you, tapi i dah tak boleh nak blablabla...."
Mesej tu panjang berjela-jela. Isy... ni mesej mintak break-up. Kesiannya Nije. Masa aku tengah khusyuk membaca mesej tu, tiba-tiba..
"Eh, ko buat apa tu Lep?"
Thursday, November 29, 2012
Tuesday, November 27, 2012
Berebut Remote TV
-Kopipes dari Fesbuk-
Sepasang suami isteri sedang berebut remote tv.
suami die suke tngk bola...manakala isteri die suka tengok
masak2...Gaduh punya gaduh sampai Channel tv asik bertukar-tukar...kejap bola kejap cite masak-masak... bunyi tv tu jadi tak menentu mcm ni..
" satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL...
5 ulas bawang putih BERDIRI OFSIDE....daging di rebus oleh REFREE sampai empuk....
masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk..
BOLA DIBAWA LALU di rebus
separuh masak....GOAL KEEPER ditusuk jadi sate...
PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah
masak.... "
jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu...pelik bebenor bunyinya...dunia2.
Saturday, November 24, 2012
Video Siamang
Ni salah satu video yang aku record masa kat Taman Komodo tu. Lokasi di Siamang Island. Well, pulau yang ada siamang lar. Siyes lawak tengok siamang-siamang ni. Kalau internet laju try la tengok :3
Masalah orang Malaysia
Kalau aku tweet benda ni kang memang ramai la yang terasa, so aku tulis je la kat blog. Sudah-sudah la korang hentam budak Ayuni tu. Dia budak sekolah lagi, tak deserve nak kena teruk-teruk ngan korang-korang yang dah belajar tahap IPT, atau yang dah tahap bekerja. Biasalah, budak sekolah kan pemikiran belum matang.
Aku setuju dia cakap tak mengaku orang Malaysia tu memang melampau, but again, she's just a 15 year old kid.
Ni yang korang gi caci, maki-hamun, post gambar dia ngan komen-komen yang ekstrem tu kan melampau sangat. Kita kan sama-sama orang Islam. Hmphhhh

Hari Asyura
Ah... 10 Muharram 1434 Hijrah. Malam ni ada masak-masak bubur Asyura. Dah lama kot tak merasa. Excited gila :)
Semua maklum kan, berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram adalah sunat untuk kita berpuasa, sebab banyak fadhilatnya. So apa yang istimewa pasal hari Asyura ni? Aku pun search kat wikipedia bahasa Melayu.
PERISTIWA BESAR 10 MUHARRAM
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Adam a.s. dicipta.
- Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
- Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
- Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
- Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
- Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
- Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
- Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.
Nampak kusut-masai sikit. Maklumlah sebab kopipes je dari wiki. Ada banyak amalan sunat yang boleh kita buat pada hari Asyura ni. Tau tak?
AMALAN SUNAT PADA HARI ASYURA
1) Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
2) Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
3) Memuliakan fakir miskin
4) Menahan marah
5) Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
6) Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
7) Bersedekah
8) Memelihara kehormatan diri
9) Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9) Bercelak
10) Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
11) Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12) Menjamu orang berbuka puasa
Sebenarnya aku nak puasa hari Asyura ni, tapi masa aku tengah makan nasi telur, tiba-tiba boleh pulak azan Subuh. Aduh rasa rugi gila. Tu lah padahnya lupa nak kunci jam ==
Pada pendapat aku, sebenarnya kebanyakan amalan sunat ni pun sebenarnya boleh dibuat masa lain kan. Tu sajalah, sekadar perkongsian ilmu. Maaf kalau ada yang tersalah, maklumlah ni cuma maklumat yang dikopipes. Hehehe :p

Friday, November 23, 2012
Ada Apa dengan Pok Jak
Ok jugak seat kereta api untuk kelas bisnes ni. Selesa. Tapi disebabkan travel waktu malam, tak dapat pulak nak tengok pemandangan kat luar ==' Satu benda yang semua kena tau bila dalam tren indonesia ni, setiap kali tren berhenti kat mana-mana stesen, konfem ramai penjaja dari luar masuk dalam gerabak, pastu melelong produk yang diorang jual. Dari makanan, minuman, ada jugak yang jual mainan2 berlampu. Tapi masa menjual tu, memang menjerit habis la.
"Nasi nasi nasi!!" "Aqua Aqua Aqua!"
Oh, Aqua tu jenama air mineral kat sini. Masa penjual tu masuk, mesti semua penumpang yang tengah tidur tu terbangun. Ye la, diorang menjerit kuat habis. Rasa macam kat pasar je.
Suasana tren kelas bisnes |
Jadi kami-kami ni mula mencari teksi nak gi rumah bebudak Jakarta masa pepagi buta. Almaklumla tren sampai pukul 4 pagi. Masyaallah, 80,000 satu teksi. Gila mahal. Lepas negotiation, dapat la turun sampai ke 60,000. Kenapa mahal? Sebab biasanya teksi ni takkan guna meter masa pepagi buta. Kalau delay nak cari teksi, masalah pulak sebab jalan akan jamme teruk menjelang waktu pagi.
Dah skip gi aktiviti. Gi kat taman ecopark ke apa entah. Tak ingat nama dia. Macam taman rekreasi. Banyak facility yang disediakan.
Haa nampak tak semangat ke-emareseman aku? Hehehe aku suka baju tu. memula tu main paintball dua round. Tapi aku main seround je sebab kaki aku melecet pakai but dia yang ketat gila. Ramai gak junior-junior 2012 yang belajar kat Jakarta ni. Maksud aku junior Melayu la. Sebab kalau kat Jogja tu junior Melayu laki cuma 5 orang je, kalau nak banding ngan Jakarta, 30 lebih kot.
Lepas paintball, kitorang gi ke taman komodo. Ni nama yang aku bagi sendiri, sebab kat taman tu banyak sangat patung komodo. Komodo kot yang jadi theme dia. Eh? Aku dah hilang la gamba patung komodo tu ==
Lesap gi mana pulak gambar-gambar masa kat taman komodo ni. Isy kena tukar phone baru ni. Ah, letak je la mana-mana gambar yang tinggal.
Haa patung dinosaur yang buat pakai rotan |
Pelajar2 Jogja ngan Jakarta dalam sesi beramah-mesra(?) |
Masa naik bot, mendarat jap kat Pulau Rusa. Bulu dia macam karpet Tanduk pulak macam ranting kayu |
Sape nampak kesalahan dalam papan tanda ni? :p
Itu conclusion untuk trip ke ecopark ni. Hari besoknnya, kitorang yang dari Jogja ni dibawa melawat ke kota Jakarta. Tengok je Jakarta, teringat KL. Sebak jugak la. Jakarta ni masalah dia jamme la, lagi-lagi masa awal pagi atau lewat petang. Memang kenderaan tak bergerak. Anyway memula tu kitorang gi melawat ke Monas dulu. Monas ialah "Monumen Nasional".
Gambar dari Tok G |
Gambar dari Vivaz aku |
Nampak tak orang tidur bawah patung tu? |
Masa tangkap gambar kat patung ni, aku ternampak satu family ni. Ahh tengok tudung yang si isteri pun dah tau ni mesti dari Malaysia.
"Pak cik asal Klate. Kamu semua ni asal mana?"
Hehehe tak sangka gak ada orang Klate visit Jakarta.
Jadi dalam Monas tu, ada muzium. Muzium yang menceritakan semuanya pasal sejarah Indonesia. Dari zaman manusia purba, zaman Belanda, sampailah ke zaman sekarang. Cool kot, semuanya dia ceritakan dalam bentuk patung. Tak paham?
Kat puncak Monas ni ada restoran, tempat untuk tengok2 bandar Jogja. Macam KL Tower la. Tapi disebabkan orang yang terlampau ramai, maka hajat kami dimatikan. Lepas Monas, gi jap sembahyang Jumaat, lepas tu shopping-shopping jap. Kat sini serious banyak shopping complex, kalau nak bandingkan dengan Jogja.
Terjumpa seekor tikus yang comel~~ Haha amacam Lina? :p |
Oh ya, masa aku tengah lepak-lepak kat rumah bebudak Jakarta ni kan, aku keluar la jap tengok-tengok area situ. Aku ternampak sebuah kedai makan. Wahhh ada jual ayam kremes. Terliur jap. Aku masuk kedai tu.
"Ibu! Ibu! Mau makan."
"Woof woof!!"
Aku tergamam. Terus aku lari dari situ. Aku terlupa, yang Jakarta tak sama ngan Jogja. Kalau kat Jogja, insyaallah mostly makanan dia tu halal. Tapi kat Jakarta ni, kena hati-hati sikit. Syukur la aku tak makan kat situ.
Untuk perjalanan balik, kitorang naik tren kelas ekonomi. Aku tanya Azam kenapa tak ambik kelas bisnes je. Azam cakap biarla kita merasa sikit seat kelas rendah ni. Sebenarnya ok jugak kelas ekonomi ni, sebab ber-aircond. Yang tak bestnya kerusi dia 90 darjah. Memang kena sewa bantal buat alas belakang kalau nak selesa sikit.
Hehe itu sajalah perjalanan ke Jakarta. Memang penat, tapi berbaloi la. Sekurang-kurangnya dapat jugak merapatkan ukhwah ngan pelajar-pelajar Jakarta. Insyaallah bulan 12 pergi lagi sebab ada program HAMKA, yang melibatkan semua pelajar Malaysia Muslim di Indonesia :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Update
Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...
-
Post untuk Ita, ex-klasmet masa form 4 dulu. Sebenarnya tak tau nak tulis pasal apa. So main hentam je la. Firstly, nervous cells are cal...
-
Suatu malam lepas aku balik dari Malaysia, aku start kemas dapur rumah tu. Sepah gila. Nak dipendekkan cerita masa aku kemas bekas-bekas mak...
-
Benda ni dah jadi virus kan? Siap orang buat remix pulak tu. Haha lawak gila. Tujuan entry kali ni nak komen sikit pasal situasi ni. Apa ya...