Saturday, August 5, 2017

Koasmate

Koas.. Koas?

Apa tu koas eh?

Basically koas ni term yang dipakai untuk student medic yang sedang dalam praktikal kat hospital. Waktu koas kat universiti aku ni secara idealnya lebih kurang 2 tahun la. Jadi kita akan dapat groupmate baru yang akan join kita. Koasmate ni penting, sebab selama 2 tahun ni kita akan nampak muka sesama kita je dari awal sampai akhir. Kita semua yang akan bantu satu sama lain.

Alhamdulillah koasmates aku semua baik-baik, tolong-menolong, bertoleransi, basically hampir tiada masalah la yang kitorang kitorang hadapi, kecuali beberapa perkara kecil yang terjadi sebab salah faham hahaha. Aku sorang je budak malaysia dalam group aku ni, yang lain semua budak-budak local. Group aku unik sikit sebab majoritinya laki ; 8 laki 4 perempuan. haha. Jarang tengok group yang budak laki dominan ni.

Perkenalkan kelompok koas aku, kelompok 15111.

15 tu maksudnya masuk koas tahun 2015.
Angka 1 yang pertama tu maksudnya gelombang pertama.
Angka 11 tu adalah nombor group. Jadi kelompok aku ni kelompok 15 la.




1. Nata. Mamat ni la yang jadi wakil bacakan sumpah koas time briefing sebelum mula koas. Mudah dikenali dengan misai tebalnya, dan sering dipanggil Nata de Coco. Dia ada karakterisitik sebagai leader, decision maker, dan satu-satunya non-muslim dalam group aku. (Keturunan Bali). Chief stase Neuro.

2. Ledre. Salah satu dari senior tahun 2010. Mamat anime. Suka budak2. Orang dia fun, fleksibel, suka ajak jalan-jalan. Rajin jugak baca quran time waktu lapang. Chief stase Ilmu Kesihatan Masyarakat dan Radiologi. (sebab total 2 stase tu 4 minggu).

3. Fazax. Sorang lagi senior 2010. Mamat band. Sangat sempoi, tenang. SANGAT tenang. hahaha. Chief stase Obsgin.

4. Syafiq. Salah satu dari 3 laki pendek dalam kelompok aku. Suka buat lawak, lawak sangat spontan sampai aku pun takleh berhenti gelak. Basically mamat tech jugak ni. Jaga-jaga kalau bagi dia pinjam phone atau laptop kita. Senang dia cari maklumat haha. Dia ni partner aku time KKN dulu selama 2 bulan. So secara tak langsung dia orang yang paling rapat dengan aku dalam kelompok ni.  Chief stase Anak (pediatrik)

5. Husen. Salah seorang dari 2 manikom kelompok aku. Sangat rajin, serba tahu, kerja-kerja semua settle awal, dan dia yang pastikan kelompok tak tersasar jauh time kerjakan presentation. Chief untuk stase Interna (Medical).

6. Ilham. Pak Ustaz, femes dengan motor putih dia yang besar, dan chief untuk stase kulit. Orang panggil dia Omm...

7.  Ahmad. Muka macam pakcik, basically sangat mature haha. Bijak IT, apa-apa kerja komputer boleh serah ke dia. Dia antara orang yang paling bijak dalam kelompok aku. Chief stase Bedah.

8. Alif. Aku la ni haha, Selalu rasa antara orang yang paling lambat pickup dalam kelompok ni. Banyak bergantung kat orang lain kalau ada case yang tak faham. Chief stase jiwa (stase paling santai)

9. Vini. Happy go lucky. Sangat peramah, senang berkawan dengan orang, dan gemeli (partner) koas aku sebab selalu dapat dalam 1 group kecil. Orang yang selalu berikhtiar jadikan trip group kitorang menjadi. Chief stase Anestesi.

10. Arinda. Basically mbak ustazah. Banyak hafal ayat quran ni. Orang dia tenang, ilmu medik tebal gila kat dada. Chief stase Mata.

11. Uli. Orang panngil Bos, sebab walaupun badan kecik tapi banyak bagi arahan ke orang lain haha. Tak banyak bercakap, pemalu sikit, tapi dia banyak bersabar dengan perangai aku time stase luar kota. Chief stase THT (Ear Nose Throat).

12. Atul. Seorang lagi dari 2 manikom group aku (yang first tadi Husen). Time awal-awal banyak tak bersependapat dengan Husen, sampaikan Syafiq cakap "Husen vs Miatul episod 2". haha tapi dia ni baik, rajin, ilmu banyak jugak, just kadang2 kekok sikit kalau cakap dengan orang lain. Chief stase Forensik.

Ni lah orang-orang yang bersama dengan aku selama 2 tahun koas kat Jogja ni. Terima kasih semua untuk semua pengalaman yang korang share dengan aku. Semoga semuanya dapat kerja jadi consultant berjaya~


No comments:

Update

Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...