Saturday, December 7, 2013

Lalu~

Aku mula membaca blog ni zaman lepas SPM. First sekali masa Nani, klasmet aku bagi link blog The Other Khairul tu. Dari blog tu, aku dapat banyak lagi link ke blog-blog lain. Ditambah lagi dengan blog kawan-kawan aku semua tu. Masa tu enjoy gila baca. Semua penulis (penaip?) blog tu macam ada idea yang gila brilian la. Hari-hari jugak la aku gi kat page blogger ni nak tengok update yang terbaru.

Tapi... Kenapa sekarang macam dah sunyi sepi~ *krik krik*

p/s : Sedih gak ah.

Syurga!

Dulu aku membesar di Terengganu. Kampung kedua-dua belah parents aku pulak semua jauh-jauh dari situ. Boleh dikatakan selalu jugak la travel beratus-ratus kilometer pergi balik kampung. Sambil travel kat highway tu, kan banyak hutan-hutan situ.

Masa aku kecik dulu, tengah-tengah tengok pemandangan dari highway tu, bapak aku ada cakap: "Orang Arab kalau datang Malaysia kan, dia mesti cakap "Jannah! Jannah!", sebab kat tempat dia tu semua padang pasir, takde pokok macam kat Malaysia. Sebab tu, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni". (Cuba bayangkan orang Arab tengah pakai serban tadah tangan kat langit cakap jannah bila nampak pokok).

 Disebabkan masa tu aku kecik lagi, aku percaya je la.

Semakin aku membesar, aku semakin ragu-ragu. Tak nampak pun orang arab yang datang sini cakap "Jannah! Jannah!". Aku pun tanya mak aku. Apa lagi, mak aku pun ketawa berdekah-dekah sambil cubit bapak aku.


Hampeh betul kena tipu dengan bapak aku =,=

Jannah! Jannah!


Monday, December 2, 2013

Fuhah... *tetiba*

Dah lama tak update kat sini. Kalau hari tu aku post guna android, kali ni pakai lumia lak. Hehe testing2... Housemate2 aku ni diorang da start main dota 2. Kalau dulu kitorang main dota 1 sama-sama. Tapi yang problemnya laptop aku xleh main dota 2. Gambar semua warna hitam, x nampak apa pun. Gila sedih. Ye la, laptop lama kut. Sejak hari tu aku dah tak main dota, mungkin sebab dah takde mood. Tapi bagus gak, sekurang-kurangnya masa yang ada ni boleh aku buat benda lain yang lagi berfaedah. *Kononnya la* Aku ada tiga hari lagi untuk study block exam. Menakutkan sungguh. Betul2 takut.

Bai.

 p/s : Mood malas

Tuesday, November 12, 2013

Propanolol

Dulu masa aku darjah 3 aku start masuk taekwondo, buat kat gimnasium atau "gim" kat sekolah aku, Sekolah Rantau Petronas, Kerteh. Tu pun punyalah mak aku gi paksa. Mak aku dulu bukan macam sekarang, lemah-lembut. Dulu kalau buat perangai sikit mula kena cubit pedih, dengan kuku yang tajam, memang khas untuk mencubit. Aku pun follow je, tapi dengan berat hati yang amaaaat..

Tapi setiap kali sesi tu, memang langsung takde mood. Aku dok fikir, kenapa kena buat pattern bodoh ni? Macam menari aku tengok. Buat apa nak tendang ngan tumbuk kat angin? Serius rasa macam orang bodoh. Tapi walaupun dengan hati yang malas, aku pun ikut je la apa yang Sir aku ajar. Aku pernah sekali je dapat "double" masa grading, dari tali pinggang kuning calit hijau stret away jadi hijau calit biru. Serius happy gila, meskipun ada jugak jeles dengan kawan yang dapat "triple".

Masa mula-mula belajar taekwondo, ramai jugak la kawan batch aku yang join sekali. Tapi bila masuk tingkatan satu, ramai gila budak seumur ngan aku dah takde. Ada yang masuk sekolah berasrama, ada yang pindah keluar dari Kerteh, ada yang malas. Jadi masa aku dah form 3, tahun 2008, boleh dikatakan aku antara salah seorang senior minoriti kat kelas taekwondo tu. Yang lain semua budak kecik cinonet je. Masa tu jugak aku dah tali pinggang merah. Tapi serius, bila dah start takde kawan tu, semangat ke-taekwondo-an aku memang hilang terus la. Aku pun stop.

Sampailah aku masuk MRSM tahun 2009. Aku kelab taekwondo. Malangnya semangat aku still zero. Dan bila aku form 5, memang tak terlibat langsung la. So sekarang aku dah jadik budak universiti ni, barulah rasa keseronokan taekwondo tu, lepas aku try mengingat memori aku masa lampau tu. Aku excited gila. Belajar ikut youtube kut. Berlatih sorang-sorang macam orang gila dalam bilik. Aduh. Sekarang memang aku rindu la nak belajar ni. Tapi... dah takde kawan-kawan macam dulu. Kalau ada kawan yang nak join sekali, kan best :')

Friday, October 18, 2013

Kunci

Entah dari mana la orang boleh tetiba sampai kat blog aku ni. Buat sementara ni aku privatekan dulu. Malu jugak bila post-post mengarut aku ni orang baca. Hahaha.

Nak masuk isu lain ni. Pasal Sabah dengan Sarawak. Ada isu di mana orang nak kedua-dua negeri borneo ni untuk berpisah dari Malaysia. Alasan politik la nak dikatakan. Biasala pemerintah kondem, tak majukan, duit rasuah bla3.

Tapi.. sedih gila wei. Bukan ke lagi baik kalau kita kekal bersatu? Aku ada ramai kot kawan2 dari borneo ni. Tup tap tup tap nanti tengok2 diorang ni dah jadi warganegara asing. Serius aku sedih. Benci pada pemerintah tak semestinya kita benci kat negara. Dah setengah abad kita ni bersama lepas tu nak pulak berpisah. Bila ada orang cadangkan macam tu, aku rasa macam tali silaturrahim tu terputus. Serius. Sebak jugak bila baca berita2 pasal isu ni. Bagi aku kita ni sama je. Kata nak jadikan Islam sebagai ustaziatul alam, tapi nak negara kita berpecah?

p/s : Berharap sangat Sabah dan Sarawak tak keluar dari Kerajaan Persekutuan ni.

Wednesday, October 16, 2013

Penantian seorang bapa

Aku menyangka aku akan menjadi seorang bapa. Sebaik sahaja aku mendengar berita bahawa ada baby kembar lima yang baru dilahirkan, terus hati aku berbunga-bunga. Banyak yang aku dah fantasikan apa yang aku nak buat dengan mereka-mereka ni. Aku nak jaga baik-baik, besarkan dia dengan sihat. Jadi aku pun amik flight balik ke rumah untuk melihat baby2 ni, dan juga emaknya. Aku terus menuju masuk ke dalam bilik aku. Betapa gembiranya mahu melihat baby2 yang comel tu. Namun aku lihat, dan lihat, dan lihat. Eh? Kenapa tak gerak ni?

Tidak... Tidak.. Tidak...

Aku segera check ibunya. Ahh.. Dah ketentuan ilahi. Ibunya, dan anak-anaknya semua sudah mati. Apakan daya, nyawa setiap makhluk ada di tangan Allah. Aku redha dengan apa yang terjadi. Namun begitu, hati ini sentiasa sedih memikirkannya.

p/s : Hamster aku mati T_T


Tuesday, October 8, 2013

Rag

Berkibar hati saya seperti rama-rama.
Lutut saya berkembang lemah.
Perut saya berasa semacam-macam.(?)
Fikiran saya pergi menjadi kosong.
Mulut saya tidak dapat menuturkan kata-kata.
Muka saya menjadi lebih coklat dari kelapa.(?)
Kaki saya mahu berjalan kepada anda.
Cinta saya ke arah anda tumbuh sedikit,
Setiap kali saya melihat anda.

Apabila saya mula-mula melihat anda, saya tahu bahawa anda benar-benar baik.
Anda tahu bagaimana untuk bercakap dengan junior anda.
Saya tidak pernah berasa begitu selamat menjadi sekitar kanan sehingga saya bertemu dengan abang.
Mata anda menuturkan satu juta perkataan.
Ia seperti anda telah melihat dunia lebih lama daripada ia telah melihat sendiri.
Ketinggian anda mengingatkan saya terhadap pencakar langit yang tinggi.
Kita akan pergi ke atas bersama-sama suatu hari nanti.
Senyuman anda bukan sahaja mencerahkan hari saya, ia juga memberi saya harapan, untuk bangun setiap pagi dengan senyuman.
Saya tidak terfikir hari saya akan disimbahi cahaya matahari sehingga saya bertemu dengan anda.
Anda telah membawa kesan-kesan yang baik dan positif dalam hidup saya.
Saya harap saya boleh menyatakan lebih daripada cinta saya kepada anda, tetapi baki sembilan perkataan tidak mencukupi.(?)
Sehingga lagi abang, sehingga lagi(?)

................................................................................................................................

Tergelak besar aku baca benda ni. Hahaha. Ayat ni aku jumpa kat kertas yang ada atas meja. Ni semua dari malam tadi la, sesi senior me-ragging bebudak junior. Adoi macam-macam la perangai senior ni. Ayat dia aku tengok pelik semacam. Apa pun memang power la.


Sunday, October 6, 2013

Pelanduk

Alhamdulillah dah habis MSK selama 2 hari ni. Padat gila woi jadual dia. Penat-penat pun sekurang-kurangnya enjoy jugak. Haha lawak woi atribut bebudak junior ni, terutama sekali yang dapat atribut shisha tu. Tak taulah budak 2012 mana yang bijak sangat buat atribut tu.

Tahun ni tak ramai student Malaysia yang belajar sini. Takde student JPA. Yang datang sini semua biasiswa FaMa (Father Mother). Masa MSK tu, salah sorang junior baru tu muka cam aku. Aduh.. Aku rasa student Malaysia yang belajar kat sini dah kena suatu sumpahan. Tiap tahun ada je junior yang muka seiras. Start dari batch 09, Hidir. Pastu Zawir, aku, Meor, last sekali ni Anas. Hahaha --'

Ok, takde la serupa sangat, tapi ada gak iras sikit-sikit. Macam aku tembam sikit, kalau Hidir keding sikit. Kalau Zawir tinggi sikit dari aku. Macam tu la. Tapi yang paling serupa dengan aku tu Zawir la. Dia pernah pegang jawatan presiden persatuan student internasional kat sini. Satu hari tu aku masuk pejabat fakulti aku nak urus pasport. Tetiba orang ofis cakap kat aku "Nanti tetamu khasnya datang jam 10." Terkejut aku. "Eh, ni bukan Zawir ya?". Isk3  T.T

Agak-agak tahun depan ada lagi tak student yang menjadi sebahagian daripada sumpahan ni? Lol

p/s : Pelanduk 5 serupa

Saturday, October 5, 2013

Dauuunnnn (Down)

Hari ni dapat aku tengok gambar kahwin abang kepada kawan aku. Abang dia tu aku kenal dari sekolah rendah lagi. Bila aku tengok gambar dia kahwin tu......

Hahahaha :'D

Bila la giliran aku nak nikah. Persoalannya, ada ke orang yang nak kat aku?

Thursday, October 3, 2013

Memecahkan Ais 2

Haa ingat lagi tak entri aku yang ni? Ni aku nak sambung lagi.. (Malas gila aku. Dah 7 bulan terbengkalai. Hehe)

Berkisar pasal masalah penderaan dadah (drug abuse). So ada beberapa remaja lelaki yang jadi ahli panel jemputan kat majlis memecahkan ais ni. Semuanya dulu mantan/bekas penagih dadah tegar. Masa diorang bagi talk tu, memang dapat dengar la dia macam hidung tersumbat-sumbat, cakap cam menggigil-gigil sikit. Dia citer cane dia start dari umur 13 tahun lagi (muda gila). Sebenarnya memang environment tempat tinggal dia camtu. Kat tempat terpencil, ramai bebudak sebaya dia yang dah start hisap dadah.

Blahblahblahblah...... (Dah 7 bulan kot. Aku dah tak ingat cane citer dia)

Sebenarnya key point kat sini tu, masa sesi tanya soalan. Aku tanya dia, "Apa yang membuatkan anda berhenti dari hisap dadah?" *konon ayat formal*

Dia jawab.. "Sebenarnya.. Saya dah bosan hidup begini. Saya nak ubah diri saya, supaya ahli keluarga dapat terima saya semula, dan supaya diterima masyarakat seperti dahulu" (selepas ditranslate ke bm)

Masa dia jawab tu.. aku tersentak jugak la. Azam dia nak berubah tu betul-betul kuat. Semua orang tau kan, bila dah ketagih dadah tu, memang susah betul nak pisah. Nak contoh tengok la kawan-kawan atau ahli keluarga kita yang merokok tu. Susah kan nak berhenti? Sekurang-kurangnya dia dah berjaya jauhi dadah 100% dengan keazaman dia yang kuat tuu. Kalau aku? Azam nak study.. nak study... last-last tido gak. Hehehe..

Tuesday, September 10, 2013

Inappropriate

Seminggu lagi nak mula kelas sem kelima. Lebih kurang 2 minggu jugak terperap dalam rumah kontrakan sini. Nak balik Malaysia tak dapat sebab nak siapkan permit balik Malaysia lama gila. Tapi sekurang-kurangnya dapat gak rilek lepas exam osce hari tu. Dalam masa 2 minggu ni aku dah sharpkan skill dota aku, di samping layan telenovela-telenovela masa kecik dulu, biarpun takde subtitle (jasa Ijoi sebab dia post pasal citer Rosalinda kat instagram). Haha layan je, sebab aku cuma nak ingat balik cane opening dia, background music, muka pelakon dia. Kalau jalan citer dulu aku da tau. 

Kalau tak silap aku start tengok telenovela masa darjah 2,3 gitu. Rosalinda lah yang first sekali. Lepas tu Secreto de Amor. Ada pulak La Intrusa (orang luar), La Hija del Jardinero (Anak tukang kebun), La Mujer En El Espejo (Wanita dalam cermin), Rubi (satu-satunya citer yang mana orang jahat tu watak utama dia, dan takde hepi ending), Pobre Diabla (citer pasal syarikat surat khabar gitu). Lawak gila wei. Aku tengok balik sebenarnya banyak jugak scene yang tak sesuai dengan umur aku masa tu. Hehehe kecik-kecik lagi dah pandai tengok citer orang bercinta. Lepas Pobre Diabla tu aku tak tengok telenovela dah, sebab masa tu aku dah masuk MRSM.

Carlos Alberto

Marcos 

Yang mana satu telenovela feveret korang? Hehehe

p/s : Aku tak post gambar heroin dia, sebab diorang tak tutup aurat. Hahaha (gay gila aku)

Monday, September 9, 2013

Katak

Suatu malam lepas aku balik dari Malaysia, aku start kemas dapur rumah tu. Sepah gila. Nak dipendekkan cerita masa aku kemas bekas-bekas makanan kosong bawah almari, tiba-tiba aku terpegang samting yang yang lembik. Nak tercabut nyawa aku. Besar gila katak yang aku terpegang tadi tu. Dia lompat.. lompat.. lompat... Pup! Dia melekat kat dinding. Woi geli gila tahu..

Biasanya aku tak geli dengan katak. Mana taknya, masa kecik dulu aku selalu tangkap berudu dalam longkang rumah aku. Lama-lama tu dia tumbuh jadi katak dewasa. Hahaha zaman bebudak dulu~
Lepas tu masa MRSM dulu cikgu Syahmi pernah suruh aku tangkap katak 10 ekor nak bawak gi kem. Rilek je aku tangkap ngan tangan. Cikgu cakap katak tu guna nak denda budak-budak. Tapi last-last katak tu terbiar mati gak dalam kotak. Ish ish ish kesiannn..

Lebih kurang gini katak tu

Eh berbalik semula ngan citer aku. Aku amik jaring ikan tepi kolam rumah aku, try tangkap katak yang tengah melekat kat dinding tu. Sekali melompat tinggi dia. Semua lari bertempiaran nak elak katak tu. Tup tap tup tap hilang pulak katak tu. Maka selepas itu kerja pembersihan dapur pun diteruskan.

Beberapa hari lepas tu, housemate aku dia gi potong lalang kat tepi kolam tu. Rupa-rupanya banyak katak bersarang dalam lalang tu. Dari mana entah mereka-mereka ni masuk rumah. Patutla aku tengok dalam kolam tu kekadang ada buih putih. Buih tu hasil persenggamaan mereka-mereka ni la (teruk gila bm aku).
Tapi sekarang tak nampak pulak mana kawanan katak tu pergi. Lesap di sebalik angin malam yang dingin~~

Sunday, August 18, 2013

Bahaya?

Dah lama ni. Baru sekarang aku dapat lepaskan kau pergi. Hati terasa berat, tapi nak buat camne kan. Things just happen. Ni lah rasanya patah hati :')

#taklehtuitterlalubahaya

Sekian lama berpisah

Lamanya tak bukak blog aku yang satu ni. Sebenarnya boleh dikatakan aku terlupa kewujudan blogger.com nih :p 
Banyak benda dah jadi masa cuti ni. Dengan semua tu, aku dah tak selesa nak tuit.

Besok flight aku balik ke bumi nusantara, ada osce 2nd year lak. Debar gila ni. Cuti pun belajar sikit2. Harap-harap jarak masa 11 hari dari osce ni aku dapat buat persiapan cukup :)

p/s : first time post entri pakai android
p/s 2 : rumah sedang didominasi kakak aku dan konco-konconya. Lapar gila wei..

Monday, June 24, 2013

Pertukaran minat

Dari awal lagi sejak SPM tu aku menyimpan hasrat. Kalau takde apa-apa rintangan, aku nak amik spesialis kardiologi lepas habis belajar nanti. Tapi bila dah masuk blok yang baru ni, topik elderly, heh, rasa macam ada rasa minat pulak kat bidang geriatrik, ataupun bidang kesihatan orang tua.

Daripada berpuluh-puluh kuliah yang aku dapat, aku faham bahawa dunia semakin dipopulasi warga tua. Jangan pulak fikir sebabnya tu perancangan keluarga semata-mata, tapi ia disebabkan bidang perubatan dan teknologi yang semakin berkembang dan maju. Kalau pada masa dulu ramai orang meninggal disebabkan suatu penyakit, tapi pada zaman sekarang banyak penyakit yang dah dijumpai terapi sesuai dan cara penanganannya.

Berdasarkan carta ni, populasi orang tua semakin meningkat
seiring dengan pertambahan tahun

Tapi bila bertambahnya populasi warga tua, ataupun kalau kat indonesia dipanggil 'lansia' (lanjut usia), ni bermaksud pada masa depan para tenaga kerja kesihatan akan berdepan dengan banyak kes yang berkaitan dengan orang tua.

Orang lanjut usia ni kalau ikut WHO bermaksud orang yang umur lebih dari 60 tahun. Bila seseorang makin tua, bermaksud ada penurunan dari fungsi badan, termasuklah fungsi organ-organ penting macam jantung, hati, dan jugak penurunan dari segi sistem imuniti. Sebab tu orang tua senang nak kena penyakit.

Aku rasa nak belajar lebih mendalam dalam bidang geriatrik ni sebab.. beberapa tahun lagi ibu ayah aku dah mula masuk usia lanjut. Sekurang-kurangnya aku boleh berbakti kat parents aku ni bila aku dah besar nanti. Insyaallah kalau tiada aral yang melintang.

Wahai pemilik gambar, izinkan aku meminjam gambar ini. Lulz.
Being old doesn't mean that you're not healthy.
It's all about your lifestyle.
Sekian.

Thursday, May 30, 2013

Mende eh

Hurei.. Exam dah habis.....

Ops. Assalamualaikum.

Disebabkan sistem sini pakai komputer, maka dengan otomatiknya kita dapat tengok markah kita stret ewei lepas submit jawapan. Kalau masa aku sekolah menengah dulu mesti aku suka gila dapat tengok result secara fresh, sampaikan aku selalu menyibuk kat bilik guru nak tengok cikgu tanda kertas. Tapi bila dah belajar kat uni ni, err... taknak la dapat berita buruk lepas ujian. Isk3 nak cuti pun takde semangat T_T
Markah ok pun tapi kalau tinggal satuuuuuu je lagi markah nak naik gred, frust gila woi. Frust tahuuu. Takpelah, aku syukur dengan result aku. At least dapat maintain pointer lagi buat setakat ni.

"Aku berazam masuk je blok baru, aku nak stadi sungguh-sungguh dari week 1!"

*Tetiba*


Semua orang akan cakap macam ni. Cakap je la. Nak laksanakan tu memang susah. Biasanya bertahan sampai week 1, 2 je la. Lepas tu mula la lagha semula. #notetoself
Dari blok 1.1, sampai blok 2.5, azam yang sama. Tapi tak menjadi pun. Ni kena ada pakatan dari semua housemates la kalau nak jadikan benda ni suatu realiti. Semua kena tunjuk semangat, baru la tak terbabas dari landasan.


p/s : Sumber gambar first dari sini . Haa jangan nak nuduh aku plagiat lak.

Sunday, May 19, 2013

#98

Betapa laghanya aku dalam 2 hari cuti ni. Bila aku muhasabah diri tu rasa menyesal sangat. Terasa diri ni sangat tak berguna. Ni gara-gara game yang aku baru mula main tu la. Kena stop nih. OSCE pun minggu depan. Report ada 2 bijik berlonggok atas meja.

Besok tutorial yang bertajuk 'God's Messenger'. Heh, dia nak suruh kita bincangkan pasal schizoprenia la tu.  Memula sekali aku dengar perkataan schizophrenia ni masa form 5 dulu. Teacher chemistry aku, teacher Aini cakap nak nama fesbuk yang sedap, gempak, gunalah nama schizophrenia. Lepas tu si Nije ni letak la nama Nizam Schizophrenia kat fesbuk dia. Haha lawak gila.

Ya Allah, tolonglah aku untuk fokus dalam belajar dan bantulah aku unuk meninggalkan perkara-perkara yang lagha. Amin.

Tuesday, May 14, 2013

2 years agoooo~

Found this old pic in facebook. Abang Amir was still here with us. Kinda miss him. Hope you're doing well.


Sunday, May 12, 2013

3!

2013. Haaah... Dah 3 tahun berlalu.

Memang aku tak percaya. Sangat-sangat tak percaya. Apa yang sebenarnya dah lama berlalu aku rasa segar dalam kepala hotak aku ni. Apa yang aku lalui sepanjang bersekolah kat Kuantan tu antara benda yang sangat-sangat aku syukuri. Banyak yang aku belajar. Banyak kawan-kawan yang boleh aku bergantung-harap. Banyak kenangan pahit manis yang dah aku lalui. Hah yang kenangan pahit tu terfokus masa kem kadet polis tu. *Rahsia* Pengalaman aku bersekolah kat sini tu tak pernah aku rasa kat tempat pengajian aku yang lain, sama ada Rantau ke, Kolej 'P' ke, tadika ke, UGM ke. Dia macam sesuatu yang lain tau, sesuatu yang bagi kesan hebat kat diri aku ni.

Aku meng-usha balik album lama tu. Tarik nafas panjang. Hembus. Tak taulah macam mana nak gambarkan perasaan aku ni. 



Alhamdulillah.

Berumur

Bila dah beberapa lama tengok orang lain tak meng-hupdate belog masing-masing, rasa agak malas jugak nak bukak laman web blogger ni. Tapi tujuan aku membina(?) blog ni pun sekadar berkoya seorang diri. Hoho tak nak orang lain tahu pom --' Salah satu sebab lain, blog ni bukanlah blog ilmiah, tapi blog aku mengarut dan emo seorang diri. Ngeh. Malu kalau orang baca. Apatah lagi kalau femili yang baca.

Beberapa hari lepas alhamdulillah dah umur 20 aku ni (kalender Masihi). Agak tak sangka orang lain boleh ingat. Aku harapkan takde orang yang tau sebenarnya. Hahaha tapi alhamdulillah kawan-kawan semua bawak makan luar, siap ada beli kek tu. Agak malu sebenarnya, atas beberapa sebab yang harus dirahsiakan. Heh. Dah agak lama aku tak sambut hari lahir aku, sebab... aku dah tak kisah sangat lah mende-mende gini.

Beberapa hari lepas gak PRU ke-13 Malaysia dah berlangsung(?). BN menang. PR kalah. PRU-14 dalam masa 5 tahun lagi. Maksudnya aku ada 5 tahun lagi untuk mengundi. Tiba-tiba terdetik dalam hati aku, apa yang aku nampak pada diri aku dalam masa 5 tahun lagi? Masa tu umur aku dah mencecah 25 tahun. Adakah perut aku kekal bentuknya seperti sekarang? Ataupun mungkin dah tubik six pack? Hahaha. Adakah aku berjaya grad dalam kos medic di UGM ni? Adakah aku berjaya menjadi seorang doktor? Adakah.... Ah cliche sangat la pulak guna adakah banyak-banyak ni.

Terfikir jugak, dalam 5 tahun nanti, aku dah nikah ke belum? Or mungkin masa tu dah ada anak? Ataupun aku kekal membujang? Bila fikir semua ni aku dah rasa gelisah. Masa depan, atau future ni sangatlah tidak dapat dijangka. Mana tau mungkin aku meninggal dunia dalam masa 5 tahun ni. Cuma Allah yang tau. Aku berharap sangat dalam masa 5 tahun ni hidup aku akan jadi lebih berjaya, dan mengharapkan pasangan hidup. Hahaha risau gak kot-kot tak jumpa si dia, ataupun kalau versi Lina tu dia panggil sebagai 'Pian'.

Penutup? Takdop....


Monday, May 6, 2013

al-Kahfi

Alhamdulillah dapat jugak visit-visit Goa Jepang (Gua Jepun) di Kaliurang, yang terletak di bahagian tanah tinggi. Jungle trekking yang agak best. dan penat. Hohoho silap langkah boleh jatuh ke gaung tu.


Gua ni bukanlah gua semulajadi yang berstalaktit-stalagmit gitu. Ni gua buatan yang katanya digali secara paksa oleh masyarakat tempatan sendiri masa zaman penjajahan jepang/jepun dulu.

Para pemuda ashabul-kahfi.. Eceehhhh

Gambar dari Tok 'G'

Syukur dapat menikmati hutan hujan semulajadi yang cantik ni. Subhanallah :)

Saturday, April 27, 2013

Nos-tak-gia

Kusangka gambar ni tunjuk kitorang pegang slip SPM, rupa-rupanya slip bayaran hutang. Hahaha baru sedar =='

Hutang aku la rasanya paling banyak. Mana taknya, berbelas buku teks aku hilang masa kemas kelas untuk persiapan dewan peperiksaan SPM.


Friday, April 26, 2013

Jangan baca. Tidak bermanfaat.

Nak komen jap pasal komik Detective Conan / DC ni.

1. Kenapa Vermouth tu dia tak tua-tua? Dia ada makan jugak ubat Silver Bullet macam Conan dengan Haibara ke?

2. Vermouth dah tau rahsia Shinichi dengan Shiho Miyano (Haibara). Kenapa dia sembunyikan benda tu dari kumpulan dia?

3. Apa kaitan Subaru Okiya dengan semua ni? Betul ke pasal ura-ura yang mengatakan Subaru tu sebenarnya Shuichi Akai yang dah mati tu?

4. Agak-agaknya Bourbon dah tau ke rahsia Conan?

5. Ni yang paling aku tak faham. Dah berbelas tahun sejak first chapter DC ni kuar. Sampai sekarang umur Conan 7 tahun. Sampai sekarang Ran tak graduate dari sekolah dia. Apa kes?



The Alternate Story : Part 12

Aku terjaga dari tidur. Keringat membasahi badanku yang tidak berbaju ketika itu.

"Astaghfirullahal'azim!"

Aku tak ingat bila kali terakhir aku bermimpi buruk. Sebenarnya masa ni aku pun tak ingat apa yang aku mimpi tu. Aku melihat sekeliling aku. Aniq tengah tidur. Sama juga dengan Tengku dan Mokh. Lantas aku check phone aku yang berada di bawah bantal. Pukul 4.30 pagi rupanya. Aku pun lantas turun ke aras JA. Macam tadi, kelihatannya semua yang menginap di situ sedang lena dibuai mimpi. Aku melihat ke sebuah katil di kiub JA 34. Katil itu kosong tidak berpenghuni ketika itu. Cadar sudah ditegangkan. Selimut sudah dilipat.

Aku membuka langkah menuju ke masjid Ar-Rahman. Di sudut masjid tu aku nampak seseorang sedang duduk bersila sambil menghadap buku yang berada di depannya.

"Asalamualaikum.", sapa aku.

"Waalaikummussalam.", dia pun menjawab salam aku.

"Awal ko bangun hari ni ya."

"Haha dah biasa sebenarnya."

Selepas itu aku pun segera mengambil wuduk, dan setelah itu langsung mengerjakan solat sunat tahajjud. Usai solat, aku pun segera duduk bersila di sebelahnya.

"Woi lain kali nak turun study tu bitau la aku! Nak join gak. Ni pun aku terbangun sebab dapat mimpi buruk tadi.", aku memulakan perbualan pada subuh itu.

"Alah, ko tak ingat ke dulu aku kejut ko tu tak bangun pun! Hahaha."

"Ok lah, aku try berubah. Sekarang, tak kira apa jadik, ko buat la apa-apa nak kejutkan aku. Janji tau!"

"Haha bereh boh! Kang kalau ko tak bangun aku tarik seluar ko. Haaa so baik ko bangun."

"Woi takyah la sampa camtu! Haha. Wei amacam, boleh faham tak apa yang ko tengah baca tu?"

"Boleh la sikit-sikit. Ahh aku rasa tak masuk la baca sejarah pagi-pagi ni. Jom la buat math mode!"

Sebenarnya semua buku yang diperlukan sememangnya dah tersedia di sudut masjid. Kiranya tempat ni dah jadi 'port' kitorang untuk belajar dan melepak. Maka kitorang (eh ke nak guna kami semula) pun sama-sama mengerjakan soalan SPM tahun 2008. Math mode memang menjadi pilihan kerana subjek tersebut sangat senang dan menyeronokkan untuk dijawab. Enjoy la buat math mode ni.

"Allahuakbar Allahuakbar"

Laungan azan dari masjid Tok Sira dah berkumandang. Jadi kami berdua mengambil wuduk semula dan masuk ke ruang solat masjid.

Aku pun duduk di saf hadapan sambil mendengar dia melaungkan azan. Setelah laungan azan itu kami pun mengerjakan solat sunat Rawatib sebelum Subuh.

"Eh, kamu berdua je ke yang ada? Yang lain pergi mana?", tanya Ayahanda Pengetua yang baru tampil di pintu sisi masjid. Sebenarnya dah 10 minit berlalu sejak azan dilaungkan, tapi still takde yang datang. Mana perginya Ijoi, Pendi, Akram dengan yang lain-lain tu?

"Ok la ayahanda, saya gi kejut diorang jap eh.", aku pun segera mencepatkan langkah menuju ke blok J semula. Jadi masa aku baru je kat sampai kat depan pintu JA West, terdengar lah...

PIN PIN PIN! PIN PIN PIN!

Baba Lan membunyikan hon sambil menunggang motornya perlahan di depan blok J. Masyaallah gila annoying dengar. Dah la bunyi hon tu macam dah semput. Hahaha rasa lawak pun ada gak dengan hon semput Baba Lan tuh.

Di dalam JA West, beberapa lampu dah dihidupkan. Terdengar bunyi spray air. Dah sah tu mesti Ustaz Syahmi. Maka para pelajar pun berpusu-pusu keluar dari blok J menuju ke masjid.

"Haa cepat cepat jalan gi masjid tu! Dah lama azan tau? Eh apa yang awak semua terhegeh-hegeh tu. Lawak bodo ni! Lawak bodo!", celoteh Baba Lan sambil menunggang motor kapcainya. Nak dipendekkan cerita, solat Subuh pun dijalankan seperti biasa, dengan pembacaan surah Yaasin selepas solat.

Tangguh lu meta~~

p/s : Panje molek kea aku tulih ni @.@

Ayam Shuffle

Siapa ingat ni lagii?

 Mempersembahkan.... *drum rolls*

Ayam shuffle Azri dan Tat (Azra'i)....


Tetiba rasa rindu pulak kat 2 LDP tuh.

Saturday, April 20, 2013

Gunung Merapi

Antara salah satu gunung berapi yang paling aktif di Indonesia. Jarak antara bandar Jogja dengan Merapi ni boleh dikira agak jauh la, tapi still boleh nampak dengan jelas. Tapi selalunya tak nampak sebab gunung tu kena tutup dengan kabus. Orang tempatan menjadikan Gunung Merapi sebagai 'kompas' untuk bandar Jogja. Kalau tanya arah nak gi mana-mana, diorang akan gunakan istilah 'Utara, Selatan, Barat, Timur'. Arah yang menghadap gunung Merapi tu lah arah Utara. Convenient gila tuuu.



Kali terakhir Merapi meletus tahun 2010 dulu. Diramalkan gunung ni akan meletus 4 tahun sekali. Jadi agak-agaknya tahun depan dia meletus lagi?

Kata senior aku, dulu masa Merapi meletus satu bandar tu diliputi abu dari gunung tu. Langit gelap, bangunan semua jadi hitam sebab berdebu. Semua pelajar Malaysia masa tu kena hantar gi Solo dulu, lepas tu baru balik ke Malaysia dengan kapal terbang tentera. Huihh cam best je naik kapal terbang tu @.@

Ada seorang supir (driver) yang tolong bawak aku ngan family aku travel kat kawasan Yogyakarta cerita pasal kepercayaan orang Jawa sini terhadap Gunung Merapi. Katanya ada seorang 'pemegang kunci' di mana dia dapat berhubungan roh yang tinggal kat Gunung Merapi. Kiranya dia macam ketua orang-orang sekitar, di mana dia dapat bitau sama ada Merapi tu akan meletup atau tak. Tapi pemegang kunci tu meninggal dunia dalam letusan Merapi tahun 2010. Dengar cerita sekarang ni anak dia yang jadi pemegang kunci yang seterusnya. Whooo.



Indahnya ciptaan Allah. #syukur

p/s: Nak lagi banyak informasi, klik sini

PT #3

One test where you seriously dont know what are the answers for the questions and you just go in and begin using your creative skills by drawing nice patterns of answers and the test is called PROGRESS TEST!

-Karthik-

Progress test aku kejap lagi. Ayuh baham apa saja soalan yang kuar!

p/s : Bagi aku progress test ni pointless lorh.

Pusat beli-belah

Teluk Cempedak, Kuantan - Akhbar Berita Haruan hari ini menyiarkan berita tentang pembukaan sebuah pusat beli-belah terbaru di kawasan Kuantan iaitu Godzilla Firebird. Dikatakan bahawa pusat beli-belah tersebut bakal menjadi 'hotspot' para remaja yang juga diramal dapat menyaingi pusat beli-belah terkenal KL-Sisi iaitu i-syeitan.

Pemilik pusat beli-belah tersebut, yang hanya mahu dikenali dengan Mr. Muscle, mengatakan bahawa dia berharap bandar Kuantan dapat berkembang maju dan dapat menjadi ibu begara kedua Malaysia. Mr Muscle juga mengatakan bahawa pembukaan pusat beli-belah ini dapat memudahkan penduduk untuk ber-shopping sakan tanpa perlu memandu ke Kuala Lumpur yang mana jaraknya lebih dari 2 marhalah, dan perjalanannya sangat memakan masa dan tenaga.

Dikatakan bahawa Mr Muscle berkolaborasi dengan 2 teman akrabnya iaitu, yang mahu dikenali dengan nama Ajim dan Pomen dalam penjayaan projek ini. Dari temu-duga dengan Ajim, dia berkata bahawa pusat beli-belah ini diharapkan dapat memudahkan para pelajar MRSM Kuantan dan Sekolah Teknik Kuantan untuk fly pada malam harinya, sekaligus memberikan solusi untuk para pelajar yang lapar pada larut malam. Dan dengan itu pusat beli-belah ini akan dibuka 24 jam sehari dan 7 hari seminggu (24/7).

"Dulu saya pun bekas pelajar MRSM Kuantan. Saya faham akan diskriminasi yang dilakukan terhadap kami. Semasa kami SPM dulu, ramai antara kami yang sangat lapar setelah belajar sehingga larut malam.Apabila ada antara kami yang keluar fly, mereka kecewa kerana tidak banyak warung makan yang dibuka pada waktu itu. Jadi dengan pembukaan pusat beli-belah ini, saya berharap para pelajar dapatlah datang dan mengisi perut mereka dengan pelbagai jenis makanan enak di banyak restoran disediakan di dalam pusat beli-belah ini.", katanya lagi.


Sekian itu sahaja berita dari akhbar Berita Haruan.

Sunday, April 14, 2013

Flight

Ada suatu masa ni, atas kehendak bapak aku, aku pun amik flight balik Malaysia, walaupun block exam sebenarnya dalam masa beberapa hari lagi. So dalam flight tu aku duduk kat seat tengah, B. Sebelah kiri aku pakcik pakai kopiah, sebelah kanan lak ada makcik yang baju dia style cam ala-ala dalam drama tv3.

"Jadi mas mau ke Malaysia atas urusan apa aja?", tanya pakcik kopiah tersebut masa aku tengah sibuk-sibuk membelek majalah yang ada disediakan dalam pesawat tu.

"Oh, saya mau pulang ke rumah. Saya orang Malaysia."

"Oh, orang Malaysia. Masnya kuliah di mana?"

"Saya kuliah di UGM. Fakultas Kedokteran pak."

Kitorang pun mula berbual rancak. Aku dapat tau pakcik tu ustaz kat sekolah pondok mana entah. Isteri pakcik tu tengah belajar kat UM. Jurusan apa tu aku tak ingat. Peristiwa ni berlaku beberapa bulan lepas kut. Jadi plannya pakcik tu nak ziarah isteri dia. Sambil kitorang berbual tu, makcik stylo sebelah aku ni pun mula menyelit dalam perbualan kitorang.

"Oh pak. Sebenarnya saya ada hantar anak saya ke sebuah sekolah pondok. Tapi sekolah pondok XXX.". Aku tak ingat apa nama pondok tu.

"Oyaa.. Pondok itu ya. Dulu saya ada mengajar di sana.", balas pakcik tu.

"Auntie, emm... Umur anak auntie tu berapa eh?", aku pun bertanya kat makcik tu lepas dapat confirm dia tu orang Malaysia dari gaya percakapannya. Nasib baik aku guna panggilan auntie. Kalau panggil 'makcik', errr entah la macam mana dia kerjakan aku.

"Anak auntie baru 14 tahun."

Masyaallah. 14 tahun? Baru form 2? Aku ingatkan budak lepasan SPM datang jauh-jauh gi belajar sini. Eh pengetahuan baru ni!

"Auntie hantar anak auntie kat sini sebab memang sekolah pondok tu bagus. Sistem belajar dia ni kiranya lagi bagus dari sistem belajar Malaysia bla3..."

Aku dapat tau sebenarnya ada ramai jugak orang Malaysia hantar anak diorang sekolah pondok bagi belajar agama kat sini. Feedback dari auntie tu pun positif je. Tapi memang la, sistem belajar kat Malaysia pun memang ada banyak kelemahannya.

Jadi masa dah habis flight tu, auntie tu pun bagi kat dia kat aku ngan pakcik tu.



Lawyer rupanya makcik ni @.@

Anyway kalau ada apa-apa masalah dan perlukan peguam, boleh la calling-calling nombor yang ada kat kad ni. Bukan apa, makcik tu nampak profesional, pastu baik. Apa salahnya aku promote untuk dia kan ^ ^

p/s : Best berbual dengan orang dalam flight

Tadop kijo


"Sementara kita kebosanan dengan sesi tutorial ni, ayo kita jadi dentist jap."

The Alternate Story : Part 11

HUAAAHHH...

Aku menguap. Sila bayangkan mulut aku dibuka seluas mulut badak air. Ya Allah tak sopannya! Bukan apa, first time kot aku fly malam tadi, dengan kawan baru aku Syahir. Nak tunjukkan jiwa memberontak seorang remaja lettewwww.. (Style Ijoi).

Suasana dalam kelas macam biasa. Huhhh 3 orang klasmet aku cuba elakkan dari bertemu dan bersapa. Terutama sekali Encik presiden tu, atas sebab-sebab yang sebenarnya agak tidak jelas. Sebelum perselisihan faham aku dengan dia tu, aku selalu je menyelit duduk tepi dia, study sama-sama. Sekarang... Haa nak tengok pun tak sanggup. Tapi sebenarnya aku rasa agak bersalah terhadap dia. Last time aku bertegur-sapa ngan dia masa dia dengan Elia duduk dalam kelas order mekdi. Secara kebetulan masa tu aku pun ada order mekdi dan planning nak makan dalam kelas. Kelakar kan? Kelakar kan? #takkelakarpun

Cerita dilanjutkan pada masa prep petang pukul 3. Macam biasa ada beberapa orang pelajar lelaki tengah berlari keliling padang sambil mengusung tilam masing-masing. Ni confirm la kena denda ngan ustaz Syahmi sebab tak turun prep. Ok, so aku pun melawat kelas 5A dengan harapan nak lepak ngan Tat. Oh, Azri pun ada dengan dia.

"Gila betul la. Habis satu bakul boxer aku tu hilang. Entah sape yang bodoh sangat gi curi.", kata Azri kepada Tat. Aku pun dengan perasaan tak malunya menyelit tepi Tat nak mendengar cerita Azri.

"Dah tu ko pakai boxer sape sekarang ni?", Tat bertanya.

"Aku tak pakai boxer sekarang.", Azri memperlahankan suaranya.

Aku rasa macam nak tergelak je. Sebenarnya aku tau apa jadik dengan boxer Azri tu. Malam tadi masa aku baru je balik maktab dari TC (Teluk Cempedak)....

Aku ternampak kelibat manusia di depan tempat ampaian baju blok J. Aku, Syahir dengan Syuk pun mendekati manusia tersebut.

"Woi fly tak ajak! Hahaha"

"Huk aloh, mu ke Dean. Buat apa kat sini? Malam buta kot ni.", tanya Syahir kepada Amirul Dean. Aku lupa orang panggil 'Din' ke 'Diyan'. Tapi aku rasa dua-dua panggilan tu digunakan. Kalau tak silap la.

"Haha ko nampak tak ni? Ada orang basuh boxer sampai satu bakul.", balas Dean. Bila aku dengar dia cakap ni, aku dah agak mesti dia nak buat dajal dengan boxer-boxer tersebut. Dia ni nakal sikit orangnya.

"Dah tu ko nak buat apa?", tanya Syuk pula.

"Aku nak letak bakul ni depan dorm pompuan. Hahaha". Dean memberitahu pelan jahatnya. Maka aku pun naik ke blok J untuk tidur dan membiarkan Dean dengan pelan jahatnya.

Berbalik semula ke kelas 5A.

"So cane sekarang Azri? Bila ko nak kuar outing beli boxer baru? Outing ada berapa hari lagi ni.", tanya aku.

"Entah la. Tapi kalau boleh aku suruh mak aku post je la boxer hantar gi sini. Lagi cepat. Hahaha"

"Haha gila maju suruh mak hantar boxer guna pos!", kata Tat.

Sambil kitorang bertiga rancak berbual, Alia yang ada dalam kelas tu pun berbisik ke Erin.

"Psstt.. Erin. Haha aku dah tau boxer sape yang ada depan dorm kita tu!"

Dua pelajar tu pun ketawa berdekah-dekah.

Hai. Saya Erin

Indah



"Abang sayang sangat dekat awak.", kata aku sambil memeluk pinggang isteriku dari belakang. Dia melepaskan dirinya dari pelukan aku. Berlalu pergi dari aku seperti meminta dikejar. Ahh macam-macam pulak la perangai si isteri ni! Nak tak nak aku pun kejar dia dalam slow motion. Sila bayangkan macam dalam citer blooywood gitu. Aha dapat tu tangkap tangan dia!

"Abang... Saya mengidam nak makan burger la. Boleh tak bawak saya pergi McZ? Hihihi", katanya dengan suara yang comel. Yang sebenarnya perut aku ni pun dah berbunyi bak godzilla yang mengaum. Aku dan si isteri pun berjalan menuju ke McZ. Sambil berjalan tu kitorang tengok matahari terbenam. Langit bertukar menjadi merah. Ah indah sungguh langit pada waktu senja!

Aku dan si isteri duduk berhadapan di meja sambil mengunyah burger masing-masing. Aku renung mata dia. Ah berbunga-bunga hati aku. Syukurlah aku dapat isteri secomel dan sebaik dia ni.

"Em.. Kenapa abang tengok saya macam tu? Jangan la, malulah saya nanti.", katanya sambil menutup mukanya dengan tudung bawalnya yang berwarna merah.

"Kan abang dah cakap tadi, abang sayang sangat kat awak."

"Eleh abang ni mengada-ngada la! Pandang la burger tu!"

Eleh-eleh dia suruh aku tengok burger tu padahal dia sendiri tengah senyum malu.

Lepas makan tu kitorang pun jalan berdampingan sambil berpegangan tangan. Indahnya hidup berumah-tangga ni. Aku pun memejamkan mata. Tiba-tiba aku terdengar bunyi tembakan senapang. Aku terkejut, lalu membukakan mata aku.

"Woi Lep! Cepat amik senapang tu! Tentera zionis dah kepung kita! Apa yang kau duk termenung tu?", kata 'A'. Aku tersedar aku tengah berdiri di tengah medan peperangan.

Tamat.

p/s : Mimpi hanyalah mainan tidur semata-mata :p

Wednesday, April 10, 2013

Explosion

Pertama sekali, alhamdulillah.. Habis pun block exam blok 2.4. Soalan dia agak pelik, mencabar, mengelirukan, tapi dapat lah jugak markah yang agak tidak mengecewakan. #bajet

Ada beberapa isu meletup, atau explosion kat internet ni. Mula-mula sekali pasal pilihan raya umum Malaysia, yang kedua pasal ketua kelas kena buli, atau kena belasah la dengan 'kawan-kawan' dia. Scene dia bermula dengan beberapa budak laki berbaju sekolah, dalam kelas menari tarian firaun apa entah. Lepas tu ada sorang budak tengah menggalas beg berdiri kat penjuru kelas tu. Habis budak tu kena belasah ngan 2-3 orang budak ke. Yang tak tahannya ada yang menjerit 'Lan Todak' tuu. Aku tengok komen-komen kat video tu. Heh, Ijat Syafiq eh salah sorang pembuli. Padan muka kau sekarang satu Malaysia dah tau perangai buruk ko.

Aku baca banyak blog, link website semua tunjuk gambar-gambar si budak ni. Tetiba aku rasa.. err.. entah la. Kesian pulak. Ni dah masuk cam kes Ayuni Planet Matoki tu dulu. Aku ni bukan apa, aku cepat kesian la dengan orang. Aku kesian ngan ketua kelas nerd yang kena buli tu, tapi bila aku tengok si pembuli ni dah kena buru kat laman sosial ni, aku dapat rasakan macam mana perasaan dia dalam ketakutan tuh. Tembelang pecah. Sekarang boleh dikatakan takde tempat dia boleh sembunyi. Haha teruk ah perangai aku ni =='

Nampak tak dia tengah cemas? Muahahaha

Sama lah jugak masa aku tengok citer 'La Mujer En El Espejo' masa darjah 4 dulu. Barbara Montesinos ni orang jahat dia. Maritza Ferrer ni pulak orang baiknya. Jadi Barbara ni banyak la buat dajal dalam cerita tu. Tapi time muka dia habis terbakar, lepas tu orang sibuk gi buru dia, kesian lak ngan dia. Aku ni memang 'pengesian' dengan orang camni. Eh apa pulak tiba-tiba masuk telenovela nih. Tapi kalau nak tau sinopsis klik sini

Selamat bercuti kepada kawan-kawan yang baru habis blok exam tadi :)

p/s : Agak-agak kalau aku terlibat dalam kes polis ke hape, nanti orang sibuk-sibuk tak gi promote blog aku kat fesbuk macam si Ijat Syafiq tu? Hak3

Monday, April 1, 2013

Lagi

Al-Fatihah kepada sahabat satu batch SMKRP dulu, Feko. Malam semalam cuma dapat tau berita arwah kemalangan. Tiba-tiba petang tadi dapat tau arwah dah tak dapat diselamatkan. Yang aku tau lagi, katanya arwah cedera parah. Aku baca tu pun tak sanggup. Sedih sangat. Arwah dulu rapat sangat dengan arwah Amirul Mazlan.

 Apa yang paling dekat dengan kita? MATI.

Innalillahiwainnailaihirrajiun.



p/s : Aku tak tau sama ada nak share gambar arwah masa sekolah dulu atau tak. Aku tengok tu sedih sangat. Tak boleh.


Thursday, March 28, 2013

Setajam-tajam pedang memancung kepala, tajam lagi lidah yang menghiris hati

Gambar sekadar hiasan

Bila terlepas kata, buruk padahnya. Astaghfirullahal'azim.

Tipu

Maka pada suatu petang yang indah, aku telah disuruh oleh housemateku yang bernama 'A' untuk pergi membeli beras di kedai runcit yang berhampiran. Aku pun pergilah dengan berat hatinya #ngantukweii

"Beras 3 kilo pak"
"Baik."

Sambil bapak tu menimbang beras, bapak tu cakap kat aku pasal sejarah rumah aku ni. Rumah aku (kami) dah lama tak berpenghuni. Yang tu aku tau, sebab bapak rumah tu yang cakap sendiri. Berapa puluh tahun dah yang tu aku tak tau.

"Dulu rumah itu dihuni orang papua. Kalo dulu itu selalu aja ada yang menjerit, dirasuk hantu."

Entah celah mana tempat yang jadik pusat pemancungan tu. LOL

Lepas tu bapak tu citer apa hentah. Aku sendiri tak paham sangat. Tapi dari apa yang aku dengar, rumah aku ni dulu tempat orang kena pancung kepala dengan Belanda apa entah. Aku macam... wadefan.... Ni rumah la, bukan penjara oiii =='

Ke dalam kolam ni? Hak3

Setakat ni alhamdulilah takde apa-apa kejadian paranormal kat sini. Aku tak tau la bapak tu saja nak menakut-nakutkan aku ke hape.

p/s : kerja aku masak nasik

Tuesday, March 26, 2013

Memecahkan Ais

Salah satu sesi yang ada dalam blok 2.4 : Adolescent ni (Ice breaking lorh). Dah nak sama dengan panel discussion, cuma dia ada jemput tetamu-tetamu jemputan (duhhh) yang berkaitan dengan topik memecahkan ais hari tersebut.

1. Sexually Transmitted Infection



Ada 3 orang tetamu panel yang datang. Seorang tu doktor yang merawat pesakit HIV, 2 orang lagi pulak ialah penderita penyakit HIV. Ni first time aku berdepan dengan orang yang terinfeksi ngan HIV ni. Aku tak boleh nak reveal nama sebab benda tu konpidensyel. Kedua-dua penderita HIV tu ialah wanita yang boleh dianggap muda lagi laaaa.

Salah sorang dari ibu tu, aku panggil X lar, dia cakap dia terinfeksi dari bekas suami. Aku agak playboy la kut si suami tu. Jadi masa dia hamil anak pertama tu, anak dia memang dah terkena infeksi tu, dan lepas tu meninggal dunia. Tapi sekarang ibu X tu dah kahwin lain, sekarang tengah hamil anak kedua. Sebenarnya penularan HIV dari ibu ke anak ni dapat dihindarkan dengan langkah-langkah yang dapat diambil oleh doktor. Tapi aku konpius gak.. Si suami tu tak terkena pulak ke penyakit HIV tu?

Ibu yang sorang lagi tu, Ibu Y, dia cerita yang suami dia sakit tenat, lepas tu meninggal dunia. Meninggal sebab AIDS. Disebabkan risau, so ibu Y ni pun gi buat test HIV, dannn... darah dia HIV postif. Aku tak ingat sangat sama ada anak ibu tu tak kena HIV ataupun kena HIV, tapi hidup sihat sekarang ni. Siyes tak ingat. 3 minggu yang lepas kot.

Doktor yang merawat dua orang ibu ni ada bitau, dia pernah diarahkan untuk tinggal serumah dengan penderita-penderita HIV selama sebulan. Alhamdulillah, dia takde pun dapat HIV. HIV cuma menular dengan 3 cara iaitu : cairan dari alat kelamin, transfusi darah, dan transmission ibu ke anak semasa melahirkan. Jadi kalau kita sharing-sharing sudu ke, garpu ke, peluk, tu semua takkan menularkan virus ni. Memang la virus HIV ada dalam air liur, tapi jumlah dia sangat sikit sampaikan tak mampu pun nak bagi efek kat orang lain. Kalau nyamuk hisap darah penderita HIV, lepas tu gi hisap darah orang yang sihat pun takkan  tertularnya virus tu. Kenapa? Sebab macam yang aku cakap tadi, seseorang tu cuma akan menderita HIV kalau jumlah virus dalam darah tu banyak. Kalau ada sikit je takkan bagi efek.

Kesimpulannya, hmm.. Penderita HIV / AIDS ni sebenarnya kita sendiri susah nak bezakan dengan orang yang sihat, sebab diorang memang nampak sihat pun. Diorang ni jugak terpaksa makan ubat setiap hari, sepanjang hidup diorang untuk membantu melemahkan virus tu, sekaligus memanjangkan jangka hayat mereka  (tapi sebenarnya semua tu Allah yang menentukan). Ubat tu bagi banyak side effect, macam pening yang maha hebat, rambut gugur, muntah-muntah, kuku menghitam. Kalau aku tengok ibu-ibu tu memang kesian la, tapi semangat diorang memang kuat untuk teruskan hidup ni. Semoga hidup diorang tu dirahmati Allah.

p/s : Nanti aku buat sambungan sedikit demi sedikit
p/s 2 : Bajet ada orang nak baca. LOL

Saturday, March 23, 2013

Friday, March 22, 2013

Keramat

23 Mac.



Hmm.. Tarikh yang boleh dianggap keramat buat aku.

Tarikh aku meninggalkan Sekolah Rantau Petronas, sekolah di mana aku menuntut ilmu selama 9 tahun. Lama tuu..

Tarikh aku meletakkan jawatan sebagai pengawas sekolah. #koya

Tarikh aku ucap selamat tinggal kat kawan-kawan aku yang kenal dari zaman budak hingusan dulu.

Tarikh aku pertama kali menjejakkan kaki sebagai pelajar MRSM Kuantan. Aku ni budak seken intake. Teringat betapa berdebarnya aku pertama kali mula bersekolah di tempat selain Rantau.

Tarikh aku amik slip keputusan SPM aku.

Tarikh terakhir aku lepak dengan kawan-kawan maktab, terutamanya 'Z' ,sebagai seorang remaja. (lepas ni jumpa dewasa dah semo)

Tarikh bapak aku bersara setelah bekerja dengan pelbagai syarikat petroleum selama hampir 30 tahun.

Dan....

Tarikh lahir bapak aku.

Selamat hari jadi yang ke-59 ayah :')



p/s : Lantak la aku nak post ni masa 22 Mac pun :p

Tuesday, March 12, 2013

1, 2, 3 Cinta..



Hidup belajar di universiti ni agak bosan (bagi aku). There's so much free time that I don't know what to do. Nak belajar? Mimpi la. Takde orang yang paksa aku untuk belajar sekarang macam zaman MRSM dulu. Kau nak belajar? Kau malas belajar? Mapuh mu aa. Kena ada dorongan sikit dari diri sendiri ni untuk belajar memandangkan dah takde kawan yang boleh aku ajak belajar macam dulu. Pandai-pandai la mengawal diri dari melagha di depan laptop. Aku nak sambung story yang berlambak terbengkalai tu. Tapi tulis separuh jalan, habis blank. Otak dah tak se-kreatif dulu. Mungkin sebab dah kurang bergaul dengan orang. Nati la aku try cari idea kat luar.

p/s : Tajuk tiada kaitan

Sunday, March 10, 2013

Lawok Ganu




"Sebelum akad nikoh, tok kadi nok ngesoh name IC pengantin laki. Kadi kabo nok tanya soklang skit. Pengantin laki debor nyak nyak doh ning."

Kadi: Lame doh ke knal hok puang ni?
Pengantin: Dalam 2 tahun doh saya kenal dia ustak.
Kadi: Hoo molekla..mesti gi dating sokmo ork?

Pengantin: Kadang2 je ustak. Dia duk Teghanu, saya duk KL.
Kadi: Doh, dok jupe, org muda lening kalu ngorat duk wat sek sokmo la ni?

Pengantin: Manade Ustak! Harang kang tu! Astopirullah, wat sek mende Ustak.
Kadi: Bakpe harangnye?Kang ada niat nok nikoh? wat sekla...barang free!

Wali pengantin: Hoii!! mung tok kadi! jgn wat aib anok nantu aku depang org rama gining!!!!

Kadi: Cer wak mari talipong mung aku nok cek. (Kadi mintak hp pengantin).
Pengantin: Tepon saya, ikut suka saya la nak save mende pong!!

Wali: Wi la ke ustak tepong mu Awang, takut mende kalu mu dok wat sek. **pengantin ketor abih pale lutut**

**Kadi muke meroh merang tahang maroh tengok isi tepong**

Kadi: Doh ni fail natang mende ni? wat sek la ning! ke orang panggil mende?

***Wali dgn jemputang bikah bangun bejerebak atah blakang kadi nok tgk fail dlm tepon pengantin".. rama-rama pakat kata, "Horrr..WHATSAPP!!"

p/s : pesbuk

Monday, March 4, 2013

LeuKorea

Leucorrhea ialah keluarnya cairan putih dari vagina. Baru belajar dalam lecture tadi di bawah tajuk Sexually Transmitted Infection (STI). Terlebih semangat sikit. Tapi kali ni aku bukan nak cakap pasal leucorrhea, tapi nak cerita pasal perjalanan ke sebuah restoran Korea di Jogja.

Baru siang tadi kitorang serumah gi keluar jalan-jalan kat Galeria. Galeria ni mall la. Tapi banyak jual baju. So aku ngan Ali yang belum lunch ni pun kelaparan. Kat Galeria ni tak banyak restoran yang sedap. Jadi kitorang pun pergiaa kat restoran terkenal. Es Teler namanya. Aku order menu simple-simple je. Nasi goreng ikan masin dengan milo ais, dengan harapan saving duit. Tengok-tengok jumlah harga 46,000 rp. Masyaallah, harga dia mengalahkan mekdi dengan keepsi. Nyesal..nyesal.. Oh ya, Es Teler ni sebenarnya macam ABC, cuma ada letak buah nangka, dan banyak laa buah-buahan lain. Sedap gak. Bukan aku yang order, tapi Ali eh.

Aku rasa dah menyimpang jauh dari tujuan asal entri ni. Jadi malam tu, aku dah bersiap-siap nak gi makan dinner kat burjo, kedai makan yang ada kat depan rumah tu. Tiba-tiba Man ajak aku gi kat restoran Korea pulak daa. Ahh layan je la (biarpun tengah bankrap). Man nak motor ngan Ding, aku bonceng dengan Ali. Man pun bawak motor laju, aku ngan Ali cuba mengekori dari belakang.

"Masyaallah, kita terlepas simpang tadi la. Kenapa la aku ikut Man tu, dia tak masuk simpang tadi.", kata Ali.

"So apa ko nak buat sekarang? Nak u-turn tak boleh. Ni jalan sibuk", kata aku.

"Emm.. Kita try masuk jalan ni. Nak carik u-turn balik semula kat simpang tadi."

Yang sebenarnya Man dengan Ding dah lama hilang dari pandangan. Jadi Ali pun masuk ke simpang kiri. Jalan dan jalan dan jalan...

"Eh, kita kat mana dah ni?", kata aku. Masa tu dah masuk jalan kampung mana entah. Gelap, jalan kecik, ada sungai kat tepi jalan tu.

"Haha entah la. Aku pun tak pernah lalu kat jalan ni."

Maka kitorang pun bergerak menyusuri jalan tu. Punya jauh lah berjalan (sebenarnya menunggang motosikal), akhirnya sampai lah ke suatu jalan besar. Aku ingatkan mimpi ngeri tu dah berhenti, rupa-rupanya...

"Aik? Aku ingatkan ni Jakal (Jalan Kaliurang). Ko pernah lalu kat sini tak Li?"

"Tak pernah. Alamak, kita dah sesat ke!"

"Chill dulu. Chill.. Emm.. apa kata kita tanya orang jap jalan nak gi Jakal."

Ali pun memberhentikan motornya depan kedai roti bakar bandung. Lepas bertanya tu, rupa-rupanya jalan nak gi Jakal cuma belok kanan je. Kiranya dekat dah ni.. Oh ya, masa ni dah setengah jam kitorang sesat.
So kitorang pun lalu ikut jalan tu, dan berhenti di lampu isyarat. Ahh panjang sangat nak cerita. Aku skip je lah part kitorang sampai kat restoran tu.

"Fuyoohh.. Gila besar weh!"

Aku terpegun bila masuk je dalam restoran tu. Besar gila, nampak kemewahan dia. Di ruang makan utama dia ada satu skrin besar. Masa aku datang tu dia tengah play citer korea. Restoran ni ada 2 ruang makan. Pertamanya ruang makan 'public', iaitu tempat yang ada skrin besar tadi. Yang keduanya pulak ruang makan private. Dia macam satu bilik yang kita reserve khas. Jadi kitorang pilih makan kat bilik private ni la.

Eh lupa nak bitau. Nama restoran ni ialah Dae Jang Geum.

Ruang makan public

"Woi lambat gila korang ni.", kata Ding.

"Haha tadi kitorang tersesat jap. Wei Man, ko punya pasal la, tak masuk simpang tadi. Habis aku pun terikut kau.", kata Ali.

"Hahaha sori sori sori. Masa tu aku tak tau. Ding tak cakap pun kena belok kanan kat traffic light tu.". balas Man.

Ni dia rupa ruang makan private. Ada tv tuuu

Jadi aku pun mula membuka menunya....


Pening kepala aku. Semua ejaan yang pelik-pelik. Eun Hyuk, Mat yai sam apa benda entah.
Lepas tu masuklah seorang pelayan restoran. Dia mintak order.

Style~~

"Em... Saya mau yang sama kayak mas ini.", kata aku sambil menuding jari ke arah Ding. Dah tu nak buat camne, aku tak faham satu benda pun menu dia tu. Ali pun ikut sama. Hahaha dah tu memang kitorang bingung nak order apa.

Tak lama kemudian pelayan tu pun masuk semula. Bawak kuali yang besar. Aku dah pelik. Dia bukak kuali pelik tu, lepas tu letak daging mentah. Ohh... dia masak secara live.


Beberapa ketika lepas tu, datanglah menu aku yang diorder oleh Ding. Serius aku tak ingat apa nama makanan ni. Insyaallah makanan kat sini halal belake.

Kertas hitam tu sebenarnya rumpai air @.@
Secara kesuluruhannya, memang puas la makan kat sini. Restoran yang mewah, besar, bersih, makanan sedap. Pakej yang lengkap! Aku sedar kat Jogja laa aku banyak gi restoran mewah macam ni. Mana pernah aku merasa benda-benda gini kat Kerteh atau kat Klang dulu.

Penutup : Terbang 70,000 aku.

Sekian.

Friday, March 1, 2013

Itu benda yang betul

Dah 2 tahun aku belajar kat Indonesia. Banyak pengalaman yang aku dapat. Salah satunya diperkenalkan dengan halaqah usrah. Aku tau, usrah ni sangat banyak dan aktif dijalankan oleh pelajar-pelajar Malaysia di luar negara. Indonesia, Amerika, Rusia, Timur Tengah dan lain-lain.

Murabbi, atau orang yang handle usrah aku ialah Azam, senior aku batch 2010. Dia sekarang tengah belajar dalam third year. Boleh dikatakan saudara Azam ni ialah penggerak atau pencetus usrah antara pelajar-pelajar UGM sini. Masa aku first year dulu, Azam dengan housemate2 dialah yang rapat dengan kitorang pelajar Muslim ni. Azam jugaklah yang jadi murabbi untuk usrah kitorang first year ni.

Usrah ni memberi pemahaman kepada kita tentang agama Islam, dan jugak supaya kita sedar dengan keadaan umat sekarang. Kita yang dah menerima tarbiyah melalui usrah ni ada tanggungjawab supaya mengajak orang sekeliling kita supaya kembali kepada Islam.

Aku ni sebenarnya.. bukanlah seorang yang alim. Aku ni biasa-biasa je. Aku cukupkan solat 5 waktu, cukupkan puasa ramadhan, tapi ramai orang ingat aku ni alim. Tapi sebenarnya tak. Banyak sangat kekurangan aku. Aku solat tu sebab aku sedar tu suatu kewajipan, tapi selalunya aku solat pun tak dapat khusyuknya. Boleh dikatakan aku ni sekadar solat, tak mendalami, tak cuba menghayati solat tu sendiri. Al-Quran pulak berapa surah je yang aku boleh hafal.

Aku sedar semua tu, dan aku cuba nak ubah diri aku jadi orang yang mendalami ilmu agama macam Azam, Hamdi dengan yang lain-lain. Sebab tu aku cuba paksa diri aku pergi usrah tu. Kadang-kadang tu memang aku malas. Tapi aku paksa jugak, sebab aku tau, tu benda yang betul. Tapi dah 2 tahun aku ikut usrah. Ilmu agama aku ni masih cetek. Perangai pun tak berapa elok lagi. Aku tak pernah salahkan Azam pasal ni. Keberkesanan usrah tu sebenarnya tergantung kat usaha individu tu sendri, sama ada dia nak atau tak nak je. Aku sedar aku still belum bagi tumpuan penuh kat usrah tu, anggapnya sambil lewa je.

Aku harap lepas aku tulis entry ni, aku dapat fikirkan balik semuanya. Kenapa aku join usrah? Aku ni tak nak ke jadi macam Azam tu? Semoga Allah berikan hidayah kat aku supaya aku dapat berubah jadi yang lebih baik.

Assalamualaikum.

p/s : Kalau-kalau ada kenalan dari UGM yang terbaca ni, harap-harap tak salah faham. Aku bukan nak cakap aku malas nak join usrah, cuma aku nak bagi motivasi kat diri aku supaya dapat jadi lebih serius dalam usrah ni. Sekian.

Tuesday, February 26, 2013

Berjuang!

Habis cuti sem, maka naiklah sem baru, dan naiklah blok baru. Buat masa sekarang aku tengah belajar dalam blok 2.4 : Adolescent.



Adolescent ni bolehlah kita panggil sebagai remaja. REMAJA. Hmmm.. Ni lah sebenarnya waktu yang paling menarik dalam kitaran hidup kita (pendapat aku). Biasalah kan, hormon tak stabil. Mulalah buat benda-benda bodoh. Aku ada buat banyak benda bodoh masa sekolah dulu. Tapi aku tak berniat nak cerita semua tu. 

Boleh dikatakan blok ni adalah blok yang paling best untuk dipelajari. Untuk minggu pertama, kitorang akan belajar pasal perubahan fizikal dan psikologi semasa remaja. Lepas tu tentang sexual behaviour in adolescence gitu-gitu, eye and skin problems in adolescence, social-behavioural problems dan sebagainya. Aku ni pun boleh dikatakan masih remaja, tapi dalam kategori late adolescence( remaja lewat?) lah.

Sepanjang 9 kali aku amik bloc exam sebelum ni, aku ada belajar satu benda : Aku kena hafal A sampai Z lecture slides tu, dan kena betul-betul menguasai topik-topik dalam tutorial. Aku dah serik la block exam dapat markah yang tak berapa nak buatkan aku senyum je. Harap-harap dapat skor la untuk blok kali ni. (padahal aku dah pernah cakap benda yang sama dalam blok 2.2 dulu).

Janganlah bersikap hangat-hangat 'najis' ayam. Hehehe ayat tu biar dengar 'friendly sikit' :p

I Say No!

Meh kali ni entri ketiga dalam bahasa Inggeris. Mohon-mohon takde orang tegur kesalahan grammar ataupun past tense present tense gitu.

This time I'm gonna tell a story(?) on family planning. What is family planning? Family planning is when you and your family is planning to have a picnic elsewhere to bond with each other.

NOT.

Family planning is the planning of when to have a children, and the use of birth control methods (wiki). There are several birth control methods that may be implemented by women and men.

1.  Intrauterine Device (IUD)

IUD is a small device inserted into the uterus and act as a contraception. Intra means inside, and uetrine means, duhh.. uterus. So there are several types of IUD. One of it is IUD with copper. So copper IUD's mechanism involves in preventing fertilisation between an ovum with a sperm. This is done by the actions of copper, which is a natural spermicide (sperm killer).

The second type is hormonal IUD. Oh yeah, copper IUD is classified as non-hormonal IUD. HIUD (abbrv) contains the hormone progestogen. Do you remember progestrone? So progestogen is similar to it. The type of progestogen used is levonogestrel (Zzzz...). It inhibits fertilisation by :

-thickens cervical mucus
-inhibit sperm activity
-suppresses endometrium



IUD is usually inserted by doctors. Mind that. And the size of IUD is very very small.

2. Condoms

Condoms are a rubber/latex covering that is worn on the male's penis to prevent semen from entering the uterus of a woman, as well as reducing the risk of sexually transmitted infections (STI). Besides that, it can also be used as :

- Pop ice-cream #eh
Condoms have multiple flavour such as apple and strawberry. So what you do is.. Fill drinking water inside the condom, and then put it into the freezer. Then, tadaaah. Your ice-cream is now ready to be served when the water is frozen. #joke

3. Birth control pills

They are pills containing hormones which suppreses the level of female fertility. Hormones used are estradiol and progestogen. They may helps to avoid pregnancy, but has a handful of side effects such as breakthrough bleeding (mid-cycle vaginal bleeding), dysmenorrhea (painful bleeding), acne, etc.

4. Contraceptive Implant

It is a small tube-shaped device which is inserted into the skin near the axilla through minor surgical procedure performed by doctors.. Implant contains hormones which prevents ovulation and thickens the cervical mucus. Thus, preventing pregnancy. It can last for years, but may also removed at any time by the doctor.



Well, that's all I got to say about family planning / birth control methods. Just a simple reminder. Be careful when using hormonal contraceptive methods. Please consult to the doctor carefully about this  :)

p/s : "I say no" means I say no to baby. Hahaha

Saturday, February 23, 2013

Citer 5D : Part 10




“Eh, biar betul? Kenapa muka Yunis boleh tetiba ade kat depan surat khabar lak?”, tanya Mokh dengan penuh kehairanan. Yup, memang luar biasa bila dapat tau yang kawan kita yang dah hilang seminggu boleh masuk paper muka depan. Tapi.. berita apa pasal Eyunis Zalik yang ada kat front page tu?

‘PELAJAR MRSM MENJUARAI PERTANDINGAN INESPO DI AMSTERDAM, NETHERLANDS’

Lepas je Aniq baca kuat2 berita tu, Nur Ellia Anuar pun tetiba meraung dengan kuatnya. err… seram aku tengok~
“Waaa!!! Rupa2nya ni la sebab tetiba je ak x leh gi kat Amsterdam tu!!! Tak aci!!!!”, jerit Ellia.
“Laaaa, macam tu pulak jadiknya..”, kata Attira.

Din : Kalau gitu, sape yang cakap Yunis kena culik hari tu?
Nani : Kalau x silap aku, Leha yang cakap..
Ummi : Doh tu, Leha mana Leha??
Anam : Kan Leha masuk hospital sebab tekanan jiwa.
Nije : Aik?? Konpius ak..~
Olang : Hebat ahh Yunis loni..

So, memang satu kelas tu kecoh disebabkan berita yang sangat ganjil tu…. Macam mane Yunis yang hilang masa kat bazar ramadhan tu tetiba boleh wakil negara gi Amsterdam lak? Macam mana dia boleh replace Ellia ?? Pastu, masa bila lak dia fly gi Amsterdam ? Oh, memang banyak ah persoalan yang timbul dalam fikiran budak2 5D.. So untuk mendapatkan penjelasan lanjut, Nije sebagai presiden kelas pun segera bergegas gi jabatan bahasa untuk jumpa Teacher Laili.. Mana tau la kot-kot Teacher Laili tau pasal berita ni..

“Weh Nije, asal lak kau nak jumpa Teacher Laili? Ak rasa lagi ok kalau kita jumpa cikgu Amin je dulu…Kan cikgu Amin yang temankan kita masa kat padang MPK malam Yunis hilang tu….”, kata Arif kepada Nije.
Nije terdiam sebentar… Hmmm.. ada betul jugak apa yang Arif cakap tu…
“Rep, jom ah kita gi jumpa cikgu Amin.. Biasanye cikgu kat kafe sekarang ni…”, kata Nije. So then diorang berdua pun bergerak gi kafe biarpun masa tu waktu rehat dah sejam abes… Masa diorang berdua lalu kat depan peta dunia tu, tetiba diorang terserempak dengan seseorang...


Wednesday, February 20, 2013

Surau

Assalamualaikum.

Memandangkan aku menyambung cuti selama seminggu lagi, haaa baru sekarang ada kesempatan nak update blog :3 Eh Lina entry ko aku buat nanti eh. Hehehe

Nak cerita sikit pasal surau yang terletak di kawasan perumahan aku Taman Aman Perdana, Klang. Kawasan Perumahan ni baru dibangunkan 3 tahun lepas. Boleh dikatakan masih segar dan baru. Tapi masa awal pembukaan kawasan ni, takde surau yang dibangunkan! Aku pun tak taulah kenapa takde. Tapi lepas tu penduduk-penduduk Muslim sekitar pun sama-sama berganding bahu menyewa sebuah rumah untuk dijadikan surau sementara.


Terpaksa buat size kecik sebab
resolution dia

Sembahyang raya puasa buat kat sini. Sembahyang raya korban pun buat sini. Bapak aku cakap ada buat ibadah korban jugak, tapi tak pasti buat kat tepi masjid ni ataupun tempat lain. Then ramai jugak la penceramah yang datang kat sini, ada jemput imam-imam luar. Boleh dikatakan surau ni sangat aktif la dalam aktivitinya. Sebahagian dari jemaah surau ni jugak dari golongan pakcik-pakcik yang pencen, tapi masih sihat-walafiat. Jadi diorang ada banyak masa la nak uruskan surau ni.

Lepas tu pihak AJK surau pun mula mengutip derma untuk pembinaan surau baru yang official sedikit-demi sedikit. Dan akhirnya.....

TARAAAA~~




Boleh dikatakan surau ni lah yang paling cantik dan paling elegan (?) kat kawasan sini. Saiz yang besar, kawasan yang luas, reka bentuk yang moden, cantik. Fuhh memang semua orang terpegunlah tengok surau ni lepas siap dibangunkan. Tapi aku baru solat kat surau ni beberapa kali je sebab aku jarang ada kat rumah.

Tapi terkejut jugak kan bila terdengar berita yang surau ni kena tembak masa solat Isyak. Nasib baik takde yang tercedera. Tak taulah kenapa ada orang yang dengki sangat pasal surau ni. Harap-harap kejadian tu tak berulang lagilah.

Sekian.

Update

Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...