Daripada berpuluh-puluh kuliah yang aku dapat, aku faham bahawa dunia semakin dipopulasi warga tua. Jangan pulak fikir sebabnya tu perancangan keluarga semata-mata, tapi ia disebabkan bidang perubatan dan teknologi yang semakin berkembang dan maju. Kalau pada masa dulu ramai orang meninggal disebabkan suatu penyakit, tapi pada zaman sekarang banyak penyakit yang dah dijumpai terapi sesuai dan cara penanganannya.
Berdasarkan carta ni, populasi orang tua semakin meningkat seiring dengan pertambahan tahun |
Orang lanjut usia ni kalau ikut WHO bermaksud orang yang umur lebih dari 60 tahun. Bila seseorang makin tua, bermaksud ada penurunan dari fungsi badan, termasuklah fungsi organ-organ penting macam jantung, hati, dan jugak penurunan dari segi sistem imuniti. Sebab tu orang tua senang nak kena penyakit.
Aku rasa nak belajar lebih mendalam dalam bidang geriatrik ni sebab.. beberapa tahun lagi ibu ayah aku dah mula masuk usia lanjut. Sekurang-kurangnya aku boleh berbakti kat parents aku ni bila aku dah besar nanti. Insyaallah kalau tiada aral yang melintang.
Wahai pemilik gambar, izinkan aku meminjam gambar ini. Lulz. |
Being old doesn't mean that you're not healthy. It's all about your lifestyle. |
No comments:
Post a Comment