Kalau ada kawan-kawan aku yang baca, plis jangan gelak. Haha curahan hati dan imaginasi kat sini.
Saturday, October 27, 2012
Rantau 2005
Teringat pasal arwah Amirul, teringat pulak nak tengok gambar masa kecik-kecik dulu. Hehehe banyak jugak memori manis aku masa kat Rantau dulu...~
Ni masa bila eh... Tak ingat. Yang pasti ni dalam surau(obvious). Yang baju hijau tu Syed Syafiq, ketua pengawas aku. Aku rasa muka dia macam Aznil Nawawi. Tapi dia ni kecik-kecik lagi da pandai bergaya nak pakai spek perpel. Hahaha anyway dia ni banyak pencapaian bagus weiii. Tak silap dia boria kot, then doktor muda. Banyak gila kem yang dia gi. Eh kenapa aku citer pasal dia je ni
Awwww comelnya Bemer masa kecik dulu :3
Kawan sekelas aku masa dia mula-mula masuk Rantau tahun 2004.
Dulu duk Sura, dekat-dekat ngan Dungun.
Haha dia hensem gila skarang bhaiiii...
Aku panggil dia Bemer sebab adik-adik dia panggil dia camtu.
Hahaha kadang2 aku panggil dia PB.. Pergaulan Bebas.
Dia ni malu sikit nak cakap ngan pompuan.
Ex-MRSM PC, so boleh dianggap la dia ni genius gila..
Point penting pasal dia ni, pembersih gilaaa
Dia ni pantang kalau baju dia kotor kena makanan ke, hape2 ke... Cabut terus baju skolah tu, pakai singlet je.
Kantin sekolah Rantau meninggalkan banyak memori kot. Aku suka gila ngan kantin dia. Luas kottt. Yang baju kuning tu nama dia Alia Sam. Kadang-kadang tu panggil dia 'Sam' je. Padahal Sam tu nama bapak dia :3 Tapi dia ok je :) Umpphhh.. sedapnya nasi lemak kantin. RM 1.50 je..
(Gambar Alia Sam lagi)
Cikgu Wan Suria. Ajar aku matematik dulu. Aduhh cubitan cikgu memang sangat pedas. Kalau tak kena cubit, kena round satu padang la. Hahaha dah la padang tu kat tengah-tengah sekolah. Jadi bila kena lari tu, kiranya satu sekolah tengok kau lari.. Tapi cikgu ni baik kot. Rindunya cikguuu :3
Hehe childhood friendss aku. Yang hitam manis tu Maryam, skang tinggal kat Aussie. Yang peace tu nama dia Marsya. Orang panggil Marsya Caramello. Aku ngan dia dulu memang rapat gila la. Ye la, rumah pun dekat-dekat. Aku selalu gi lepak-lepak rumah dia. Masa darjah dua dulu kitorang semua kelas sesi petang. So masa nak dekat-dekat tengahari tu aku lepak dalam rumah dia tengok tv. Dia ada astro, aku lak takde. Enjoyla tengok tv sama-sama :p Hahaha masa sekolah agama kat surau tu, kitorang belajar sekali la. Ada satu pokok ni dekat surau. Tiap-tiap hari kitorang tanam 50 sen sorang kat bawah pokok tu, nak jadikan simpanan untuk beli aiskrim tiap-tiap kali sebelum kelas. Gilanya kitorang masa dulu.
Kelas 6 Iman 2005. Alhamdulillah ramai yang dapat 5A. Masa ni semua kontot-kontot lagi. Hehehe comelnyaaaaa. Aku ni dari dulu sampai skang mesti yang paling pendek kalau nak banding ngan kawan-kawan lain =='
Gambar feveret aku dari dulu sampai sekarang :D
Time anugerah pelajar darjah 5 dulu. Kitorang kelas 5 Naim, and kelas second. Ni lah the one and only time aku dapat anugerah. Budak laki 2 orang ni memang kawan rapat aku masa sekolah rendah dulu. Yang baju hijau muka comel tu Arif, yang hitam manis tu Afiq, dan dia gak kawan taekwondo aku. Start ngan aku dapat no 1, Arif no 2, Afiq no 3. Haha ni ranking kelas je eaa.. The one and only time aku dapat no 1. Entah la aku tak tau camne aku boleh terer sangat masa ni (bajet) :p
Haisyy tapi aku takde pulak koleksi gambar arwah masa sekolah rendah dulu, sebab kitorang tak sama kelas dulu. Tapi aku ingat time lepas UPSR tu, cikgu ada buat 2 lawatan. Satu lawatan gi Melaka. Satu lagi lak gi Agro Resort kat Besut kalau tak silap. Entah aku tak ingat. Yang lawatan Melaka tu kebanyakan yang gi tu budak2 kelas Iman ngan Naim, kelas no 1 ngan 2. Aku ni mesti la nak gi lawatan yang ni kan, sebab kebanyakan kawan-kawan yang rapat ngan aku kat sini. Disebabkan hal-hal yang tak boleh dielakkan, aku terpaksa gi yang Agro tu T_T
Tapi lawatan yang kat Agro tu memang best. Sebelum ni aku memang tak rapat sangat ngan budak-budak Ridzuan, Takzim ngan Makmur (kelas no 3,4,5), tapi kat kem ni aku start rapat ah ngan diorang. Haha perangai semua gila-gila. Arwah pun ada sekali join kem ni. Kat Agro tu banyak buat aktiviti. Absceiling, Flying Fox, Night Walk, lawat muzium Kuala Terengganu. Kebanyakan aktiviti tu la the first and only time aku merasa. Kat mana lagi eh dapat aku rasa absceiling ngan flying fox tu.
Anyway Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas ni tempat aku membesar, dan banyak benda aku belajar sepanjang aku kat sini. Arwah Amirul yang schoolmate aku ni perangai gila-gila je. Selalu buat lawak, and takde pun orang yang benci dia. Semua selesa ngan dia kot.
Hmmm aku rindu pulak dengan arwah sekarang ni. Menyesal pulak dulu aku tak try nak kenal arwah ngan.. errr... mendalam? eh sori aku takde idea nak letak perkataan apa == ..Ok kitorang pernah la lepak sama-sama, ramai-ramai ngan bebudak laki lain. Dia pun sama rumah sukan biru ngan aku. Pernah kitorang lawan petanque masa form 2. Siapa yang menang aku tak ingat. Hehehe dah lama kot :p
Pasal Elin lak, gf dia and one of best firend aku masa sekolah dulu, nampaknya still bersedih dengan pemergian arwah. Even aku tak dapat bayangkan macam mana kesedihan dia, tiba-tiba hilang orang yang tersayang sekelip mata je. Selama aku kawan ngan Elin ni, dia selalu nampak ceria, hepi-hepi je. Tapi aku tengok post fb dia, tweet dia, aku takleh bayang rupa dia tengah bersedih. Aku pun belum tegur Elin lagi sejak kehilangan arwah, takut dia rasa sebak. Sebenarnya aku nak.. NAK sangat chatting ngan kau, mungkin cuba tenangkan perasaan kau, tapi aku tau aku tak mampu buat semua tu, sebab aku ni bukanla sweet talker. Aku harap kau faham Elin, aku tak tegur kau bukan sebab aku sombong, tak ambik care pasal kau, tapi sebab aku tak sanggup nak dengar kau bersedih.
Takpelah Amirul, semoga kau ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Update
Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...
-
Benda ni dah jadi virus kan? Siap orang buat remix pulak tu. Haha lawak gila. Tujuan entry kali ni nak komen sikit pasal situasi ni. Apa ya...
-
Suatu malam lepas aku balik dari Malaysia, aku start kemas dapur rumah tu. Sepah gila. Nak dipendekkan cerita masa aku kemas bekas-bekas mak...
-
Post untuk Ita, ex-klasmet masa form 4 dulu. Sebenarnya tak tau nak tulis pasal apa. So main hentam je la. Firstly, nervous cells are cal...
2 comments:
gambar syed syafiq tu kalau x salah aku dalam library laa...
Ye ke? Tapi x silap kat library xde karpet camtu la. yang tu kan karpet masjid. Aku rasa la :3 eh3 tree hugger ni alia ke sape?
Post a Comment