Lepas satu, satu lagi berita buruk yang aku dapat. Hmm... yang terbaru ni ada keluar surat khabar. Aku tak tau la korang ada baca ke tak, tapi yang ni pasal ada pelajar Malaysia universiti aku yang kena tangkap sebab dadah. Kalau baca berita tu, tarikh kena tangkap tu masa hari Sabtu lepas, masa kitorang semua tengah bergembira ngan majlis sambutan raya.
Aku ni sebenarnya baru tau pasal berita ni pun kat twitter, kawan bagitau. Umur pelajar Malaysia yang kena tangkap tu 22 tahun, so aku suspek dalam batch 2009, tengah 4th year sekarang. Mula-mula aku was-was nak percaya berita tu, tapi melalui sumber yang soheh, memang betul la berita tu. Dum dam dum dam, lepas sembahyang Isyak tadi, ada berita yang lagi baru. Ternyata senior aku yang kena tangkap tu sebenarnya tak bersalah. Mula-mula aku tak tau siapa senior tu, tapi bila aku tengok je kawan aku post "baru lepas pembedahan", terus hati aku sebak. Aku tau dah senior tu. Aku sayang dia macam dia tu abang aku sendiri. Dia memang baik gila lah. Aku respect kat dia. Actually semua orang senang je dengan dia. Tak sangka benda macam ni boleh jadik kat dia.
Hmm... Tak taulah macam mana lepas ni. Aku harap pihak polis dapat lepaskan abang senior tu. Tak boleh nak bayang apa perasaan abang senior tu sekarang ni. Baru lepas pembedahan, then kena tahan polis sebab dadah lak. Aku harap abang sabar menghadapi dugaan ni ye. Aku tak tau lah kalau abang senior ni nak sambung belajar lagi kat sini ke tak. Tapi aku harap sambung lah je kat sini, sebab aku betul-betul sayangkan kau. Kalau kau pergi nanti memang semuanya rasa tak sama dah. Tapi tu semua keputusan kau kan. Semuanya cuma terserahlah kat Allah.
Aku doakan kau supaya proses mahkamah dapat berjalan lancar, dan kau dapat dibebaskan semula. Insyaallah
Kalau ada kawan-kawan aku yang baca, plis jangan gelak. Haha curahan hati dan imaginasi kat sini.
Tuesday, October 9, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Update
Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...
-
Benda ni dah jadi virus kan? Siap orang buat remix pulak tu. Haha lawak gila. Tujuan entry kali ni nak komen sikit pasal situasi ni. Apa ya...
-
Suatu malam lepas aku balik dari Malaysia, aku start kemas dapur rumah tu. Sepah gila. Nak dipendekkan cerita masa aku kemas bekas-bekas mak...
-
Post untuk Ita, ex-klasmet masa form 4 dulu. Sebenarnya tak tau nak tulis pasal apa. So main hentam je la. Firstly, nervous cells are cal...
No comments:
Post a Comment