Wednesday, October 31, 2012

Citer 5D Part 6

Citer ni asalnya dari fesbuk aku. Atas permintaan Hasif ngan Lina, aku pun post la sambungan dia kat sini.


Previously...(perghh macam tv series lak)

Yunis dikatakan hilang lepas majlis bukak puasa kat Padang MPK Kuantan. Di kala kelas 5D tengoh kecoh-kecoh ngan gelagat Nani dan Tira, tiba-tiba Leha ternampak Yunis di depan pintu kelas..

..........................................................................................

“Weh, Leha tengah cakap dgn sape tuu???? Aku tgk takde sesape pun kat sana… “ , kata Faruq Frank sambil melihat Siti Zulaiha menuju ke pintu kelas, seolah-olah macam ada orang kat situ.. tapii, orang lain tengok takde pape pun!!!! “Sian..sian…. Rasa2 Leha dah kena tekanan jiwa sebab tak nampak Yunis dua hari daa..”, kata Olang dengan kejamnya…

Keesokan harinya, cikgu Rosmaliza gi bawak Leha ke hospital untuk merawat tekanan perasaannya..(err… leha, sori arr… dun take it seriously ok =p).. “Huh…boring laa hari ni!!! Leha takde, Yunis takde… kelas ni x macam dulu dah..”, kata Faruq dengan bahasa bakunya… So masa ni tengah kelas bio Cikgu Timah a.k.a Kak Tim… biasa arrr Faruq akan duduk bermalas2 sebab dia x suka bio.. Time Kak Tim tgh mengajar, tetiba…. TOKTOKTOK!!! Pintu lab bio diketuk dari luar… dengan cepatnya Ekin Darling selaku vice pres kelas pun dengan segeranya membuka pintu tersebut….Alangkah terkejutnya Ekin apabila mendapati Cikgu Syahmi sedang berdiri di depannya sambil mengeluarkan aura yang menakutkan….

Cikgu Syahmi memandang Ekin dengan pandangan yang kejam… Serta-merta Ekin pun berundur perlahan-lahan dari cg LDP tersebut.. “Emmm…cikgu, sini kejap..”, Cikgu Syahmi memanggil Cg Fatimah untuk berdialog sebentar.. Setelah cikgu2 tersebut habis berbincang, Cikgu Tim terus cakap : “Ekin,. Faruq, meh sini jap~”.. Satu kelas terus memandang kedua2 murid tersebut…

Faruq bercakap dalam hati : MAMPUSLAAA AK!!


Tuesday, October 30, 2012

Cerita pendek di Mesra Mall

Mesra Mall, Kerteh masa awal bukak dulu..

"Hari ni atuk bawok cu semo makan kat mesra mall"
"Tok, nak makan kat starbucks!"
Jadi si atok ni pun bawak la cucu-cucunya gi kat Starbucks.
Banyak benda ah yang diorder. Kopi berapa cawan entah.
Kek, sandwich segalanya dipesan.
Masa nak bayar tu... "Semuanya RM 125 pak cik."
Atok tu pun berkata.. "Aduhh, tobak, tobak!! Tak moh gi starbuck pah ni!"
Pengajaran: Jangan bawak seangkatan family gi starbuck. Abis pitih nanti. Hehehe

p/s: Dengar citer Starbucks kat Mesra Mall da tutup

Sunday, October 28, 2012

The Alternate Story : Part 4


Suatu petang di JA West...

"Lep, ko tolong bagi duit ni kat Nije. Hari tu aku hutang dia, tapi aku malu pulak nak bagi kat dia. Ko bagi kat dia tu jangan bagitau dia duit ni dari aku eh? Thanks..", kata Muzamil kat aku. Aku tak ingat kenapa masa ni Muzamil cuba mengelak nak jumpa Nije. Diorang gaduh kot? Entahhhh..

Semua pelajar MRSM Kuantan wajib tunaikan solat Maghrib ngan Isyak kat masjid maktab. Antara waktu Maghrib dengan Isyak tu ada sesi ngan ustaz-ustaz. Kadang-kadang tu Ustaz Syahmi, Ustaz Ridhu. Tapi malam ni dihandle Baba Lan. Biasanya ada sesi soal-jawab la antara pelajar ngan ustaz. So ada satu soalan ni.. "Ustaz, apa hukumnya kalau ada cikgu tu larang kita tidur masa khutbah jumaat, tapi cikgu tu sendiri yang tidur masa khutbah tu.", Soalan dari M.D.kelas 5X..

So Baba Lan pun jawab. "Laa, cikgu-cikgu pun ada tanggungjawab sendiri. Nak handle awak semua, nak handle keluarga sendiri, uruskan hal maktab. Jangan awak samakan cikgu tu dengan awak pulak.." Hahaha aku tergelak dengar soalan tu, sebab ni saja nak nganjing cikgu. Tapi siapa eh cikgu yang tidur masa khutbah tu? Entah. Hehehe aku fokus dengar khutbah.

Lepas solat Isyak, semua pelajar kena datang kelas untuk sesi prep. Waktu prep ni sepatutnya digunakan untuk study, tapi kebanyakan dari pelajar-pelajar ni semua biasanya gi lepak-lepak kat kelas lain, borak-borak and some ada yang tolong Kak Ila jual nasi lemak kat kafe.

Dalam kelas 5D..

"Ambik ah Je.. Orang tu ikhlas bagi kat kau ni!", kata aku sambil memasukkan RM 2.00 tu dalam poket baju Nije.

Nije pun amik duit tu then masuk balik dalam baju aku. Lepas tu dia gi lari. Aku pun apa lagi, kejar la dia, masukkan semula duit tu. Kitorang pun bergelut. Attira kebetulan gi record pulak..
"Hahaha gay la korang dua ni", kata Tira lepas dia play semula video tu. Masa tu aku ngan dia dah penat bergelut. Tengok video tu, aduhh malu!

Tiba-tiba aku ternampak budak-budak form 1 kumpul depan masjid. Eh apa da jadik ni.

Argh!!! (macam bunyi dinosaur lak)

Dari dalam masjid, ada sorang budak form 1 tengah menjerit. Kawan-kawan dia yang lain cuma tengok dari luar masjid, tak berani nak dekat ngan dia. Aku nampak sebab kelas 5D ni betul-betul depan masjid. Then kitorang yang laki ni terus gi kat masjid.

"Wei apa dah jadi ni?", tanya Ijoi kat salah sorang budak form 1 tu.
"Entah la, tadi kitorang tengah study dalam masjid tetiba dia meracau. Semua pun lari la."
Tanpa membuang masa, kitorang yang ada ni gi tahan budak tu, pegang kaki ngan tangan dia.



Argh!!!
Semua yang tengah pegang dia terkejut. Budak tu dapat gerak walaupun satu badan dia dah kena pegang. Mata dia mula nampak warna putih. Lepas tu aku dengar ada orang yang cakap.. "Eh, jangan tengok mata dia! Nanti korang pun kena rasuk gak!" Entah boleh caye ke tak ni.



Lepas tu laki lain yang tak pegang budak tu pun amik wuduk, lepas tu terus keliling budak tu dalam masjid baca Yaasin. Isy.. seram sejuk tengok budak tu terus meracau. Mana warden-warden ni?
"Lepaskan aku! Lepaskan aku!", kata budak tu dengan nada yang menakutkan.
Keadaan semakin cemas!
Budak tu bertindak dengan lebih ganas. Dia dapat lepaskan diri dari cengkaman budak-budak laki form 5 yang pegang dia.

Tiba-tiba, Encik Azmin, HEP MRSM Kuantan muncul di pintu bahagian tepi surau dengan sorang pak guard.

Adakah semuanya kerana kubur ni?


Saturday, October 27, 2012

Rantau 2005


Teringat pasal arwah Amirul, teringat pulak nak tengok gambar masa kecik-kecik dulu. Hehehe banyak jugak memori manis aku masa kat Rantau dulu...~


Ni masa bila eh... Tak ingat. Yang pasti ni dalam surau(obvious). Yang baju hijau tu Syed Syafiq, ketua pengawas aku. Aku rasa muka dia macam Aznil Nawawi. Tapi dia ni kecik-kecik lagi da pandai bergaya nak pakai spek perpel. Hahaha anyway dia ni banyak pencapaian bagus weiii. Tak silap dia boria kot, then doktor muda. Banyak gila kem yang dia gi. Eh kenapa aku citer pasal dia je ni


Awwww comelnya Bemer masa kecik dulu :3
Kawan sekelas aku masa dia mula-mula masuk Rantau tahun 2004.
Dulu duk Sura, dekat-dekat ngan Dungun.
Haha dia hensem gila skarang bhaiiii...
Aku panggil dia Bemer sebab adik-adik dia panggil dia camtu.
Hahaha kadang2 aku panggil dia PB.. Pergaulan Bebas.
Dia ni malu sikit nak cakap ngan pompuan.
Ex-MRSM PC, so boleh dianggap la dia ni genius gila..
Point penting pasal dia ni, pembersih gilaaa
Dia ni pantang kalau baju dia kotor kena makanan ke, hape2 ke... Cabut terus baju skolah tu, pakai singlet je.


Kantin sekolah Rantau meninggalkan banyak memori kot. Aku suka gila ngan kantin dia. Luas kottt. Yang baju kuning tu nama dia Alia Sam. Kadang-kadang tu panggil dia 'Sam' je. Padahal Sam tu nama bapak dia :3 Tapi dia ok je :)  Umpphhh.. sedapnya nasi lemak kantin. RM 1.50 je..


(Gambar Alia Sam lagi)
Cikgu Wan Suria. Ajar aku matematik dulu. Aduhh cubitan cikgu memang sangat pedas. Kalau tak kena cubit, kena round satu padang la. Hahaha dah la padang tu kat tengah-tengah sekolah. Jadi bila kena lari tu, kiranya satu sekolah tengok kau lari.. Tapi cikgu ni baik kot. Rindunya cikguuu :3


Hehe childhood friendss aku. Yang hitam manis tu Maryam, skang tinggal kat Aussie. Yang peace tu nama dia Marsya. Orang panggil Marsya Caramello. Aku ngan dia dulu memang rapat gila la. Ye la, rumah pun dekat-dekat. Aku selalu gi lepak-lepak rumah dia. Masa darjah dua dulu kitorang semua kelas sesi petang. So masa nak dekat-dekat tengahari tu aku lepak dalam rumah dia tengok tv. Dia ada astro, aku lak takde. Enjoyla tengok tv sama-sama :p Hahaha masa sekolah agama kat surau tu, kitorang belajar sekali la. Ada satu pokok ni dekat surau. Tiap-tiap hari kitorang tanam 50 sen sorang kat bawah pokok tu, nak jadikan simpanan untuk beli aiskrim tiap-tiap kali sebelum kelas. Gilanya kitorang masa dulu.


Kelas 6 Iman 2005. Alhamdulillah ramai yang dapat 5A. Masa ni semua kontot-kontot lagi. Hehehe comelnyaaaaa. Aku ni dari dulu sampai skang mesti yang paling pendek kalau nak banding ngan kawan-kawan lain =='


Gambar feveret aku dari dulu sampai sekarang :D
Time anugerah pelajar darjah 5 dulu. Kitorang kelas 5 Naim, and kelas second. Ni lah the one and only time aku dapat anugerah. Budak laki 2 orang ni memang kawan rapat aku masa sekolah rendah dulu. Yang baju hijau muka comel tu Arif, yang hitam manis tu Afiq, dan dia gak kawan taekwondo aku. Start ngan aku dapat no 1, Arif no 2, Afiq no 3. Haha ni ranking kelas je eaa.. The one and only time aku dapat no 1. Entah la aku tak tau camne aku boleh terer sangat masa ni (bajet) :p

Haisyy tapi aku takde pulak koleksi gambar arwah masa sekolah rendah dulu, sebab kitorang tak sama kelas dulu. Tapi aku ingat time lepas UPSR tu, cikgu ada buat 2 lawatan. Satu lawatan gi Melaka. Satu lagi lak gi Agro Resort kat Besut kalau tak silap. Entah aku tak ingat. Yang lawatan Melaka tu kebanyakan yang gi tu budak2 kelas Iman ngan Naim, kelas no 1 ngan 2. Aku ni mesti la nak gi lawatan yang ni kan, sebab kebanyakan kawan-kawan yang rapat ngan aku kat sini. Disebabkan hal-hal yang tak boleh dielakkan, aku terpaksa gi yang Agro tu T_T

Tapi lawatan yang kat Agro tu memang best. Sebelum ni aku memang tak rapat sangat ngan budak-budak Ridzuan, Takzim ngan Makmur (kelas no 3,4,5), tapi kat kem ni aku start rapat ah ngan diorang. Haha perangai semua gila-gila. Arwah pun ada sekali join kem ni. Kat Agro tu banyak buat aktiviti. Absceiling, Flying Fox, Night Walk, lawat muzium Kuala Terengganu. Kebanyakan aktiviti tu la the first and only time aku merasa. Kat mana lagi eh dapat aku rasa absceiling ngan flying fox tu.

Anyway Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas ni tempat aku membesar, dan banyak benda aku belajar sepanjang aku kat sini. Arwah Amirul yang schoolmate aku ni perangai gila-gila je. Selalu buat lawak, and takde pun orang yang benci dia. Semua selesa ngan dia kot.

Hmmm aku rindu pulak dengan arwah sekarang ni. Menyesal pulak dulu aku tak try nak kenal arwah ngan.. errr... mendalam? eh sori aku takde idea nak letak perkataan apa == ..Ok kitorang pernah la lepak sama-sama, ramai-ramai ngan bebudak laki lain. Dia pun sama rumah sukan biru ngan aku. Pernah kitorang lawan petanque masa form 2. Siapa yang menang aku tak ingat. Hehehe dah lama kot :p

Pasal Elin lak, gf dia and one of best firend aku masa sekolah dulu, nampaknya still bersedih dengan pemergian arwah. Even aku tak dapat bayangkan macam mana kesedihan dia, tiba-tiba hilang orang yang tersayang sekelip mata je. Selama aku kawan ngan Elin ni, dia selalu nampak ceria, hepi-hepi je. Tapi aku tengok post fb dia, tweet dia, aku takleh bayang rupa dia tengah bersedih. Aku pun belum tegur Elin lagi sejak kehilangan arwah, takut dia rasa sebak. Sebenarnya aku nak.. NAK sangat chatting ngan kau, mungkin cuba  tenangkan perasaan kau, tapi aku tau aku tak mampu buat semua tu, sebab aku ni bukanla sweet talker. Aku harap kau faham Elin, aku tak tegur kau bukan sebab aku sombong, tak ambik care pasal kau, tapi sebab aku tak sanggup nak dengar kau bersedih.

Takpelah Amirul, semoga kau ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.


Thursday, October 25, 2012

Block Exam 2.1 Tamat!


Menunggu ajal...
Sebelum mula apa-apa, aku nak ucap dulu lah selamat hari raya Aidil-Adha! (besok). Aku sedih sebab tak dapat balik rumah sambut raya dengan keluarga T_T  Korang yang dapat sambut raya dengan keluarga tu manfaatkanla masa tu dengan sepenuhnya. Jangan dok ngadap laptop je (terasa).

Ok, kita ke post yang sebenarnya...

Pagi tadi dah habis block exam.. Yay! Walaupun markah yang aku dapat cuma sederhana (kitorang straight away dapat tau markah), tapi still syukur la. Tapi yang aku pelik kan, bila aku jawab soalan-soalan tu, aku expect aku dapat markah yang mungkin tinggi sikit dari markah yang aku dapat. Bukan aku je, orang lain pun cakap macam tu gak. Banyak kot soalan dari past years, dan aku hafal semua jawapan-jawapannya. Tak tau la kot-kot skema jawapan dia salah ke tak kan. Kitorang ni jawab soalan dalam komputer, so kitorang takleh la nak bincang soalan-soalan tu, yelaa sebab tak dapat pun kertas soalan dia(hardcopy). Tu yang aku rasa problem sikit kot belajar kat sini. I mean, kita tak boleh la nak belajar dari kesilapan, sebab kita tak tau apa silapnya kita masa jawab soalan tadi. Kalau masa sekolah dulu kan senang je kita nak check kesalahan kita, sebab kertas exam tu kita dapat semula.

Ah lupakan semua tu Lep! 



Cantik gila design buku dia. Haha gembira rasa bila dapat lab manual untuk blok 2.2. Aku dah selak-selak sikit buku ni, agak menarik! Adalah belajar pasal labor, pasal baby-baby semua tu. Memang rasa tak sabar nak start blok 2.2. Kali ni aku nak fokus betul-betul, biar block exam dapat 70++ (hangat-hangat taik ayam).. Harap-harap aku dapat skor blok ni ler.. Insyaallah...


Gambar ni takde kaitan

Aduh , memang Jogja panas gila tengahari gini (Kesian kat panas orang cakap dia gila). Dalam bilik aku pasang kipas nombor 3 pun terasa lagi bahang matahari. Hari tu hujan kejap je, then berhenti. Semuanya dari kesan global warming la ni. Ei takde ke kawan-kawan aku yang nak jadi saintis ni. Tolong la cipta apa-apa alat atau mesin untuk kurangkan kesan pemanasan global ni. Bumi memerlukan anda...




Semua tau kan kesan pemanasan global ni. Suhu yang meningkatan akan menyebabkan pencairan iceberg, pastu paras air laut akan meningkat, then dunia akan tenggelam (macam dalam movie). Tapi panas-panas Jogja pun, panas lagi api neraka. Nauzubillahiminzalik. Aku ni baik berhenti merungut. Dahhh, malam ni bukak puasa rumah Azam. Sangat teuja. Salleh masak sedap malam ni > <

Kbai


Wednesday, October 24, 2012

Hilang!

 Isy3... Sedih.. Aku betul-betul sedih ni.
Nyesal pulak aku gi hantar semua kertas exam aku masa SPM tu kat orang kitar semula.
Bila tengok kertas exam kawan-kawan, teringat aku zaman aku tengah bodoh-bodoh lagi.
Especially bila teringat essay english aku, cerita gila-gila semua yang aku buat.
Add Math pulak, kalau aku teringat balik, punya la teruk markah aku, haha nampak sangat aku tak study :p
Dah la gambar kelas pun secara tak sengaja ada kat celah buku yang hantar kitar semula tu ==

Satu hal lagi, semua baju aku masa MRSM dulu hilang gi mana entah..
Aku letak semuanya dalam bagasi lama ni.
Then aku bawak bagasi tu gi Indon.
Tapi bila balik Malaysia, cari-cari baju yang lama-lama tu tak jumpa pulak.
Aku tanya mak, kakak, adik aku semuanya tak tau.
Kenangan weii semua tu.

Hari tu hard disk aku kena virus.
Fail-fail yang ada dalam tu semua tak dapat detect.
Masa tu aku dah cemas.
Semua koleksi gambar aku masa MRSM dalam tu.
Kalau yang tu pun hilang, memang sedih gila la.
Tapi alhamdulillah, nasib baik dapat recover semula :)

Tapi bila aku fikirkan balik, takpelah kalau aku hilang semua tu.
Apa yang penting hidup aku 2 tahun kat sana dah tinggalkan kenangan manis untuk aku.
Memori yang kita semua share tu yang paling berharga.
Terima kasih korang semua :)

The Alternate Story : Part 3

Burung berkicauan di pagi Sabtu... Ahh indah sungguh pagi ini...(ayat keling sikit)

POMPOMPOM!!!

Baba Lan memukul loker yang ada kat JB West ngan rotan kayunya. Rotan tu Baba Lan amik dari ayahanda kot, sebab setahu aku Baba Lan mana ada rotan sendiri.  "Haaa bangun bangun! Apa, awak ingat hari Sabtu takde morning call lah ya? Cepat gi morning call! Tak payah awak semua sibuk-sibuk nak mandi. Ni bukan lawak bodo ya.."

Aduh, Baba Lan ni tak sporting langsung la. Sepatutnya hari cuti ni biarlaa bagi orang rehat. Tapi nama tu pun duduk asrama. Semua peraturan kena larrr ikut. Tapi sebenarnya aku ni dah siap mandi, pakai baju. Kalau nak diikutkan, akulaa orang first bangun kat JB, dan orang yang paling awal mandi. Yang lain tu ada la yang bangun sembahyang Subuh, tapi lepas tu tidur balik la. Jadi budak-budak blok J semua pun terhegeh-hegeh turun gi morning call. Eh, Blok J je ke yang lambat? Yupss, sebab blok J ni dihuni pelajar Form 5, so x heran la kalau kitorang semua lambat turun. Hehehehe...

Morning call macam biasa la, menyanyi, zikir asmaul-husna, dengar cikgu bercakap kat depan. Biasanya BWP berdiri kat depan kan. Tapi aku tengok BWP laki yang ada cuma Amirul, Aiman Wong, Fendi ngan Anis. Eh, mana Tat ngan Tengku haa? Oh, aku tengok budak-budak bilik H1 yang lain pun takde. Aku rasa ni mesti diorang tidur lagi kat Blok H tuu.. Tengku sebenarnya blok J, tapi entah kenapa, dia ada hal kot gi tidur H1 malam tadi.

"Ok, jadi semua balik dorm masing-masing, gi gotong royong"
Eh?
"Ustaz, gotong-royong hari Ahad la ustaz.", kata M.D.
"Takpe, kita gotong-royong hari ni, kita gotong-royong esok jugak. Barula dorm bersih"
Ahhhhhhhhh....... Terpaksa la ikut cakap Baba Lan. Semua orang pun dengan rasa berat hatinya balik gi dorm masing-masing dan bersedia untuk gotong-royong.

Dalam perjalanan ke blok J, aku terdengar Aizad cakap ngan Arifi.
"Ha'ah. Nanti aku teman Aqeel gi klinik dengan Ustaz Ridhu. Kalau ada pape kat maktab bagitau aku tau."
Oh, rupanya Aqeel sakit. Sakit apa aku tak tau. Aku tak pulak tanya diorang. Hmm, lantakla. Malas pulak nak layan.

Cerita dilanjutkan ke waktu tengahari, lepas solat Zohor...

Tengku tengah bercakap ngan Tat dalam masjid.
"Alaaa, aku dengar dia demam sikit je la. Mesti sebab sejuk tidur dalam kelas.", kata Tat.
"Yela kot. Takpe la, nanti bila dia dah balik dari klinik tu aku jumpa dia kejap la."
Tengku ngan Tat dapat tau berita Aqeel demam pun dari Aizad. Tapi diorang lega sebab Aizad tak cakap apa-apa pun pasal diorang kat cikgu.

Tengtengtengteng~ (bunyi loceng)
"Kepada pelajar form 4 yang bernama Aqeel, sila ke BK sekarang kerana ibu anda sedang menunggu. Saya ulangi, kepada pelajar form 4 yang bernama Aqeel, sila ke BK sekarang kerana ibu anda sedang menunggu. Terima kasih."
Ada pengumuman dari BK. (Tak sure BK tu apa. Balai Ketibaan? Entah..) Tengku ngan Tat yang dengar pengumuman tu pun terus gerak gi BK, tertanya-tanya pasal Aqeel.

Bila diorang berdua sampai je kat BK, tak nampak pulak parent sesape kat situ. Jadi Tengku pun tanya kat mak guard(?) yang jaga kat situ.
"Oh, baru je tadi Aqeel gi keluar dengan mak dia naik kereta..", kata mak guard(?) tu.
"Aduh Tat, kita terlepas pulak nak jumpa Aqeel.", kata Tengku.
"Takpe la, kita tunggu je la. Aku rasa dia ok je...", balas Tat.

Malam tu, ada suatu kejadian menggemparkan berlaku di MRSM Kuantan ~~


Sunday, October 21, 2012

Pagi Ahad


Semalam aku tidur awal gila. Habis je smayang Isyak terus terlelap atas lantai. Aku saja nak tidur awal, sebab besok boleh lerr bangun awal tak ngantuk-ngantuk.


Bangun pagi macam biasa la. Smayang Subuh, baca quran beberapa helai jap. Biasanya lepas tu aku sambung tidur balik la. Tapi kali ni aku pun siap-sedia nak gi joging. Korang tau kan perut aku ni dah membusung macam Baba L*N. Hehehe dengan azam yang kental, aku pun gosok gigi, kosongkan vesica urinaria jap sebelum mula jog. Kalau korang tak kencing sebelum gi joging kan, nanti mesti kat tengah jalan tu tercari-cari pulak tandas. Aku tau la, dah beberapa kali kena macam tu.


Gambar tu ialah Jalan Kaliurang (JaKal) masa pagi-pagi lepas subuh. Aku prefer joging masa pagi-pagi buta sebab masa ni lah tengah sejuk, pastu kenderaan pulak sikiiit je yang ada. Jadi aku pun berjoginglaa.. Bila dah separuh jalan tu, aku pun mula jalan kaki. Penat kot joging. Biasanya pagi Ahad ni ramai jugakla orang yang berjoging, dan naik basikal. Sambil aku jalan tu, tetiba aku nampak ada sorang awek baju biru tengah berjoging kat seberang jalan.

Bila aku tengok awek tu syok gila berjoging, dalam hati aku pun aku cakap : "Challenge Accepted!". Aku pun dengan segera mengumpulkan segala kekuatan, then sambung joging semula, nak lintas awek tu hahaha :p
Mula-mula tu aku dengan rileknya lintas awek tu, tapi bila dah beberapa minit lepas tu, aku dah penat gila. Kaki rasa macam nak cramp je. Kalau aku stop joging ni rasa malu pulak ngan awek tu. Aku paksa diri aku, then bila nampak simpang gi kanan, aku pun masuk la simpang tu, dan itulah ceritanyaaaa ~

Lepas tu aku balik rumah, minum air, baring-baring, then aku pun mandi. Plan aku lepas ni nak gi lepak-lepak jap kat SunMor (Sunday Morning). Sunmor ni special tau. Dia ni macam pasar pagi yang cuma bukak hari Ahad. Sunmor ni ada jual banyak barang-barang unik, makanan-makanan sedap. Memang syok ah kalau gi sana. Tapi janji gi awal pagi la, sebab pergi masa matahari dah naik, memang crowded gila la.



Haa, salah satu produk yang ada jual kat sunmor nih. Eh, sebenarnya ni first time aku tengok benda ni. Sebelum-sebelum ni takde pun. Mamat yang jual benda ni kalau aku tak silap la kan, sebelum ni dia jual hamster. Mungkin dia dah tukar hobi kot skarang. So, amende Angry Bird nih? Oh, ni bukan sekadar patung. Aku tak tau nama dia. Cuba korang tengok gambar bawah ni, then cuba guess. Hehehe


Haa, kat atas kepala dia tu ada biji benih. So kita siram air tiap-tiap hari, then pokok akan tumbuh atas kepala dia. Menarik kan? So aku pun beli satu. Alaa, saja-saja :p
Harga dia 10,000 satu, ataupun lebih kurang RM 3.50. Aku tak tau la sama ada mahal ke tak. Harap-harap aku punya tu boleh la tumbuh jugak > <



Banyak gilos hamster! Ahhhh aku gila bila tengok anak-anak hamster ni semua. Aku tanya kakak yang jual tu.. "Mbak, hamster ini berapa umurnya?".. "Baru sebulan umurnya".
Perghh.. muda lagi hamster-hamster ni. Dalam hati aku ni memberontak nak beli tau, sebab aku ni memang suka binatang yang comel-comel ni. Tapi lepas tu aku teringat hamster yang aku pernah beli dulu mati sebelum dapat bagi offspring. Masa dia mati tu aku rasa sedih gila. Aku batalkan niat aku...~ T_T

Ada gak yang jual figura. Syok ohhh

Makcik yang jual makanan pagi

Belambak lagi gambar aku nak letak, tapi nak upload satu gambar punyalaa lama =.=
Aduh, sejam lebih aku nak buat post ni. Hmm, aku rasa baik aku study lar. Exam Khamis ni. Mudah-mudahan aku dapat 'A' la kali ni, biar cGPA aku naik. Tatatititutu


Friday, October 19, 2012

The Alternate Story : Part 2

Malam tu di bilik H1.. (bilik Tat)

"Haaa.. Nasib baik ko datang Aqeel. Duduk la.", kata Tengku.
Tengku pun mula bercerita kat Aqeel. Setiap tahun, bakal presiden BWP yang baru kena bermalam kat blok akademik form 1 sebelum majlis watikah pelantikan. Mula-mula tu Aqeel nampak ragu-ragu, tapi akhirnya dia pun setuju.
"Alaa, ko takyah la risau sangat. Tahun lepas aku pun kena, tapi ok je.."., kata Tengku.
Lepas tu Aqeel pun balik semula kat bilik dia.

"Eh, ko ni biar betul Aqeel. Aku risau la kat kau.", kata Aizad, salah seorang dari calon BWP baru.
"Takpela Aizad, insyaallah la aku ok2 je nanti.".

 Aqeel pun dah bersiap-sedia untuk mengharungi malam tu di blok form 1. Dia takyah risau kalau terbangun lambat sebab besok hari Sabtu. Aqeel senyap-senyap keluar dari blok H. Kalau dia kena tangkap dengan warden, memang habisla sebab semua pelajar wajib stay dalam dorm lepas pukul 11 malam.
Bila sampai je kat blok akademik tu, Aqeel rasa tak selesa. Agak mengerikan jugak la. Semuanya gelap-gelita. Lampu jalan yang kat luar maktab tu pun tertutup. Tapi Aqeel pun endahkan semua tu, then terus susun-susun meja dalam kelas 1A untuk jadikan katil.

Bila dia baru je nak tutup mata, tiba-tiba dia terdengar ada bunyi orang naik tangga. Aqeel mula panik. Takkanla warden nak periksa sini? Kalau kena tangkap, habisla... Alamatnya jawatan tu kena tarik la. Dah la majlis pelantikan tu dah dekat. So dia pun cepat-cepat menyorok belakang pintu, sambil mengintai dari celah pintu yang ada.

Sementara tu kat bilik H1, Tengku ngan Tat still berbual rancak bersama-sama Azri dan Pok Jak. Apa entah yang dibualkan tu. Diorang ni takyah risau kalau nak stay late pun, sebab diorang ni macam dapat imuniti gitu la.

"Hahaha kau ni Tengku memang terbaikla! Nak start pulak buat tradition baru.", kata Tat.
"Biarlaa.. Aku buat camni pun nak bagi budak-budak kita tu tough sikit. Baru la mantap."
"Tapi takpe ke Tengku kita biarkan dia tido sana. Camana kalau ada warden jumpa dia. Susah pulak nanti.", tanya Pok Jak.
"Alaa ko ni Pok Jak, rilek la. Warden sume mana pernah check blok akademik memalam buta ni. Cikgu-cikgu check kat kawasan pagar je, nak tengok sape-sape fly ke tak. Hehe aku cakap dari pengalaman ni", Azri pun mencelah.

Kembali ke blok akademik form 1....

"Laa, ko rupanya Faiz! Apa yang ko buat kat sini ha? Pukul 1 pagi dah kot", kata Aqeel.
Faiz tu salah sorang junior form 1 yang Aqeel kenal. Faiz tak bercakap sepatah pun walaupun Aqeel berulang kali tanya dia. Aqeel mula rasa tak senang hati. Dia gerakkan bahu Faiz, tapi Faiz tetap diam. Dia sedar Faiz tu bukan macam Faiz yang dia kenal. Dalam hati tu, Aqeel zikir banyak-banyak. Dia mula panik. Dia harap sangat Faiz yang berdiri depan dia tu bukan 'benda' lain.

AAAAHHHHHH!!!!
Secara tiba-tiba Faiz menjerit..


Thursday, October 18, 2012

The Alternate Story : Part 1

"Kepada semua pelajar, sila berkumpul di tapak morning call sekarang juga. I repeat, to all students, please gather at morning call court right now.", kata Tengku selaku pres BWP (Badan Wakil Pelajar) sambil memegang mikrofon di depan tapak morning call.

Nama aku Alif. Umur 17. Aku ni pelajar form 5 MRSM Kuantan tahun 2010. Memang macam ni rutin kitorang setiap hari. Pagi-pagi Tengku akan panggil semua pelajar gi tapak morning call lepas habis sarapan, kira-kira dalam pukul 7 pagi. Walaupun Tengku dah buat pengumuman, tapi biasanya budak-budak ni still duduk relaks minum teh kat DS. LDP (Lembaga Disiplin Pelajar) pun ramai je yang tak nampak muka lagi (laki la). Keadaan masa tu tenang je. Tiba-tiba...

POMMM!!!

Baba Lan selaku ketua warden dan ustaz yang mengajar agama Islam menepuk meja DS. "Ha awak semua! Cepat beratur kat morning call sekarang. Awak ingat saya tengah buat lawak bodo?". So semua pelajar MRSM Kuantan pun cepat-cepat berkumpul kat tapak morning call yang terletak betul-betul kat depan DS.

"Wahai putra putri bangsaku, ayuh segera menuju..". Morning call biasanya dimulakan dengan nyanyian lagu.

"Haaa... Nyanyi kuat sikit! Lawak bodo ni.. Lawak bodo..", Baba Lan kelihatan tidak berpuas hati dengan nyanyian para pelajar. Sebenarnya dah nak hari-hari benda yang sama je lah jadik. Pergi morning call, kena ulang nyanyi banyak kali, dengar bebelan Baba Lan, LDP check kedatangan. Para BWP pulak biasanya berdiri kat depan morning call.

Kat depan morning call, Tat, salah sorang BWP pun cakap-cakap dengan Tengku.

Tat       :  Eh Tengku, minggu ni last kot kita jadik BWP. Lepas ni mesti rindu lah kan..
Tengku :  Tau dah. Lek ah Tat. Biar budak-budak junior ni amik keje kita. Aku ni pun dah penat sangat buat keje.

Minggu ni merupakan minggu last buat para BWP batch aku memegang jawatan diorang. Hari watikah perlantikan BWP akan dibuat minggu depan. Sebenarnya ahli-ahli BWP yang baru dah pun kena lantik dari kalangan junior-junior form 4, cuma majlis ni untuk perasmiannya jer. Aisyy.. rasa tua pulak bila budak-budak junior ni nak ambik alih. Aku rasa macam ajaib sangat, sebab secara kebetulan, Aqeel, salah sorang ahli BWP yang baru ni muka dia sebijik ngan Tengku. Dah la pegang jawatan yang sama pulak tu..

Habis morning call, semua pelajar pun balik kelas masing-masing. Dalam perjalanan gi kelas, Tengku pun cakap ngan Tat.

"Hehehe Tat, aku ada plan baik punya malam ni!"

Bersambung.....~

Wednesday, October 17, 2012

You must not trust Wikipedia!


Yang tu adalah kata-kata dari seorang pensyarah/dosen kat univ. aku. Kalau student-student medic yang kat Indonesia ni mesti tau, yang para dosen sini sangatlah pantang kalau dapat tau kitorang gunakan wikipedia untuk sumber rujukan. Bak kata kawan aku, N, "We medical students are taught not to trust wikipedia.". Hahaha kata dosen2, wikipedia ni bukanlah reliable source. Fakta-fakta yang kat dalam tu tak semestinya betul, sebab sesiapapun boleh edit page kat wikipedia.

Jadi kalau takleh guna wikipedia nak guna sumber dari mana? Dosen cakap boleh amik dari jurnal, reliable web source. Tapi semua tu sangat complicated, complex....

Pendapat aku? Hmmm nak setiap kali belajar memang wajib la aku bukak page wikipedia. Bukannya apa, tapi kalau aku search google pasal apa-apa, yang ada kat top page tu mesti wiki. Aku ada jugak tengok laman web lain pasal info yang aku nak carik tu, tapi kebanyakannya bagi info ringkas-ringkas. Ada yang maklumat panjang lebar, tapi aku tak tau kat mana nak carik point yang diperlukan. Sooo, wikipedia come to the rescue.

Wahai para dosen, korang cakap jangan guna wikipedia. Tapi tahulah yang sebenarnya semua maklumat-maklumat yang aku bagi masa tutorial session tu dari wiki jugak. Hehehe ........... :p

Tuesday, October 9, 2012

Penjelasan

Lepas satu, satu lagi berita buruk yang aku dapat. Hmm... yang terbaru ni ada keluar surat khabar. Aku tak tau la korang ada baca ke tak, tapi yang ni pasal ada pelajar Malaysia universiti aku yang kena tangkap sebab dadah. Kalau baca berita tu, tarikh kena tangkap tu masa hari Sabtu lepas, masa kitorang semua tengah bergembira ngan majlis sambutan raya.

Aku ni sebenarnya baru tau pasal berita ni pun kat twitter, kawan bagitau. Umur pelajar Malaysia yang kena tangkap tu 22 tahun, so aku suspek dalam batch 2009, tengah 4th year sekarang. Mula-mula aku was-was nak percaya berita tu, tapi melalui sumber yang soheh, memang betul la berita tu. Dum dam dum dam, lepas sembahyang Isyak tadi, ada berita yang lagi baru. Ternyata senior aku yang kena tangkap tu sebenarnya tak bersalah. Mula-mula aku tak tau siapa senior tu, tapi bila aku tengok je kawan aku post "baru lepas pembedahan", terus hati aku sebak. Aku tau dah senior tu. Aku sayang dia macam dia tu abang aku sendiri. Dia memang baik gila lah. Aku respect kat dia. Actually semua orang senang je dengan dia. Tak sangka benda macam ni boleh jadik kat dia.

Hmm... Tak taulah macam mana lepas ni. Aku harap pihak polis dapat lepaskan abang senior tu. Tak boleh nak bayang apa perasaan abang senior tu sekarang ni. Baru lepas pembedahan, then kena tahan polis sebab dadah lak. Aku harap abang sabar menghadapi dugaan ni ye. Aku tak tau lah kalau abang senior ni nak sambung belajar lagi kat sini ke tak. Tapi aku harap sambung lah je kat sini, sebab aku betul-betul sayangkan kau. Kalau kau pergi nanti memang semuanya rasa tak sama dah. Tapi tu semua keputusan kau kan. Semuanya cuma terserahlah kat Allah.

Aku doakan kau supaya proses mahkamah dapat berjalan lancar, dan kau dapat dibebaskan semula. Insyaallah

Wednesday, October 3, 2012

Tadop mende nak cerita lahh

Nama aku Al. Panggil saja Al. Umur 19 tahun. Dah setahun aku belajar kat bumi nusantara ni. Tapi aku ada benda nak cerita. Pagi tadi, ada progress test. P-R-O-G-R-E-S-S  T-E-S-T.

Rasa gembira sangat ngan progress test ni. Suka sangat dengan soalan dia. Ada 100 soalan. Bak kata Yonan, ex-groupmate aku, "kalau 100 soal tadi 100 pasien, entah berapa yang mati sekarang". Betul jugak, yang ditanya tu semua ubat yang sesuai untuk dibagi kat pesakit, diagnosis penyakit, rawatan yang mesti dijalankan. Baguslaaa sekurang-kurangnya dapat agak apa yang bakal aku jawab dalam exam 3rd year ngan 4th year nanti. 

Tadi Dr Santosa jaga dewan exam. "You must not go out, even if you finish early. You know, although this exam is not included in your marks, it has it's own goal. One is to train your endurance". Terima kasih doktor Santosa, sekarang saya rasa ketahanan badan jadi lagi kuat lepas menunggu selama sejam setengah tanpa berbuat apa-apa. Ketahanan mental tu.

Tapi risau jugak, tengok soalan-soalan tu, aku sedar betapa banyaknya benda yang kena aku belajar, ingat dan paham. Sekarang ni banyak buat benda lagha. Aisyyy kena ubah sikap ni. Semoga dapat jadik pandai macam Ding (senior dan housemate). Hehehe otak bijak camtu siapa yang tak nak kan :)

Bismillahirrahmaanirrahiim...... [Bukak buku William's Obstetrics and Gynecology]

Oh, kat bawah ni ada beberapa gambar kat sekitar bangunan pascasarjana, tempat aku amik test tadi.




Ni dia Doktor Santoso... Selalu senyum, tapi berwaspadalah... selalu failkan orang masa osce. Urghh 


Groupmates aku. Kiri tu Stef. Kanan tu Shin Sze, the girl with perfect cGPA (4.00) 


Tuesday, October 2, 2012

Menghadapi hari-hari yang mendatang

Entah kenapa, tapi aku ni dok terbayang-bayang je pasal Amirul. Sebenarnya sebelum ni aku kurang meng-flashback hidup aku masa kat Kerteh dulu, sebab aku tengah rasa rindu sangat dekat kawan-kawan aku kat MRSM Kuantan. Bila dengar je tentang arwah, baru aku mula cuba ingat semuanya, dari aku tadika sampai aku tingkatan 4 di Kerteh. Memang banyak kejadian pahit-manis dah aku lalui.

Kerteh la tempat aku membesar, tempat aku amik exam UPSR, PMR. Tempat aku lepak-lepak kat Mesra Mall. Tempat di mana aku dikelilingi kawan-kawan zaman kecik dulu. Bila dengar je berita tentang arwah ni buatkan aku sedar something. Aku tak pernah bersyukur dengan apa yang aku ada. Kan aku ada cakap yang aku accident motor lebih kurang sama dengan waktu arwah pun meninggal. Sebelum aku tau berita tu, aku banyak mengeluh. Sakit, sengal badan, tak tahan laa, tak gembira dengan life. Aku dengan arwah dua2 accident motor, waktu yang nak dekat sama. Syukurlah kepada Allah sebab aku masih hidup. Aku tak dapat nak bayangkan kalau aku pun meninggal macam arwah, sebab banyak sangat dosa yang aku buat, dan aku tak bersedia lagi nak berhadapan dengan Allah.

Aku dah tekad, aku nak ubah hidup aku. Aku tak boleh la nak complain sepanjang masa. Aku sepatutnya bersyukur sebab aku masih diberi peluang untuk hidup di dunia ni. Wahai sahabatku Amirul, aku berdoa untuk kau, aku bacakan tahlil untuk kau, semoga engkau selamat di alam kubur. Biarpun dulu kita tak berapa rapat, tapi aku tetap anggap kau salah sorang dari kawan-kawan aku. Dulu kita selalu jugak lepak sama-sama masa acara rumah sukan. Bakat kau dalam bidang lakonan baru je bersinar, tapi apakan daya, Allah lebih sayangkan kau. Aku tak pernah sangka drama "Masihkah ada Ramadhan" tu merupakan kali terakhir aku tengok kau dalam keadaan yang masih hidup. Aku akan sentiasa mendoakan kau.

Hmmm.. Aku sedih pasal arwah satu hal, tapi aku lagi sedih tengok kawan aku, E, yang memang nampak pilu sangat. Aku dapat tau arwah dengan 'E' mula berpasangan masa aku dah nak habis tingkatan 4 kat MRSM Kuantan. Masa tu aku tumpang gembira dengan diorang. sekarang aku cuba letakkan diri aku dalam situasi 'E', tapi aku tak sanggup. Tak sanggup nak bayang kita kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata je. Sememangnya mengambil masa untuk kita menerima hakikat yang telah ditetapkan Allah. Aku berharap yang 'E', salah sorang dari kawan rapat aku dulu dapat menerima qada' dan qadar Allah ini.

Memang banyak benda yang aku dapat dari kematian arwah ni. Aku akan ubah diri aku, cuba untuk menggunakan waktu hidup ni sebaik mungkin. Semoga kita semua selamat di akhirat kelak. Insyaallah

Update

Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...