Friday, August 4, 2017

Ending part 1

9 April 2017

Insyaallah akhir bulan ni konvo aku kat Jogja. Tengok ke belakang, dah 6 tahun aku tinggal kat Jogja. Macam dah tak percaya perjalanan kat sana dah hampir tamat. Aku ingat lagi dulu, excited gila bila lulus entrance exam UGM, since harapan aku tipis gila. Soalan dia memang susah namatey. 1 soalan betul, +2 markah. 1 soalan salah, tolak 0.5 markah. Passing mark dia aku dah lupa, tapi tips waktu exam tu, bahagian matematik tu kau tinggalkan je la soalan yang ekstrim, susah nak jawab. Memang matematik yang paling mencabar antara semuanya.

9 September 2011 tarikh aku fly ke Jogja. Time naik pergi tu, aku takde idea pun kat mana location tempat aku belajar ni dalam peta. Yang aku tau, bandar dia ni pernah ada letusan Gunung Merapi tahun lepas. Btw, selama 3 tahun setengah, batch aku belajar teori (ada lecture, praktikum bla3 tu) atau nama lainnya S1, dan 2 tahun selebihnya adalah koas (clinical phase). Walaupun time S1 dulu aku banyak kali repeat exam macam anatomi, histologi, microbio, dan blok 3.2 Chest Complain (yang ni aku repeat 2 kali haa), tapi somehow aku lulus osce compre, iaitu ujian yang tentukan kita boleh lanjutkan ke koas ataupun tak. Secara rasmi aku termasuk dalam gelombang 1 a.k.a. first wave.

Cuti lepas habis S1 tak lama, 3 minggu je kot. Kena balik ke Jogja semula untuk proses pendaftaran koas. Aku dapat groupmate baru, aku seorang je dari program inter, yang lain dari reguler semua. Basically aku tak kenal sesiapa la. Ambil masa jugak untuk aku kenal diorang satu-satu ni. Ahli kelompok ada 12 orang semuanya, 8 laki dan 4 perempuan. Majoriti lelaki. Ada kelompok lain yang lelaki cuma 1 orang, atau 2 orang. Pembahagian memang tak rata la.

Stase pertama aku, dapat neurologi (saraf). Kata orang ni stase kecik yang paling penat, sebab waktu jaga (shift) yang ketat. So.. hari pertama di bangsal neurologi, kami semua berkumpul kat TU Saraf (Tatausaha) untuk briefing, dapatkan log book dan jadual jaga bangsal. Habis briefing, kami ke bahagian bangsal untuk lapor ke para perawat, doktor2 residen dan ikut ward round dari doktor spesialis. Untuk residen pembimbing, aku dapat dr. Novi, bagi aku orang dia agak sempoi la, tak banyak sangat suruh koas buat kerja, borak2 pun macam santai je. Apa-apa soalan yang aku tanya insyaallah dia jawab.

Tugas harian untuk koas neuro ni basically :
5.30 am : Dah sampai di bangsal untuk follow-up patient yang residen pembimbing kita jaga. Kena ambil tau ada berapa banyak patient, nama, diagnosis, cek TTV, pemeriksaan neurologi

6.00 am : Mula follow up dengan dr. Novi. Basically doktor akan tanya apa perkembangan terkini patient ni, ajar apa yang sepatutnya kita tau dengan patient, cara pemeriksaan, ubat dll.

7.00 am : Laporan pagi, biasanya dihadiri koas, doktor2 residen, dan para doktor spesialis neuro. Tergantung hari, ada yang presentation dari residen, koas, atau case menarik yang nak dibincangkan.

8.00 am : Tandatangan absen di TU, sarapan. Lepas tu doktor spesialis untuk ward round. Dari pukul 8 sampai 12 siang ni sebenarnya fleksibel. Kita boleh gunakan untuk cek2 patient, atau pergi ke klinik neuro, dan ada jugak yang berpeluang masuk ke operating room ikut doktor pembimbing masing-masing. Time ni pun boleh guna untuk kegiatan refleksi kasus, mini cex atau turorial dengan doktor pembimbing.

1.00 pm : Laporan siang / laporan kematian / case menarik / tazkirah jumaat lepas solat untuk muslim

3.00 pm : Kembali ke bangsal untuk apa-apa kegiatan

4.00 pm : Boleh balik ke rumah

atau.....

4.00 pm - 6.00 am : Kalau kau ada jaga malam, ni la waktu kerjanya.


Jaga malam ni basically kat 3 tempat ; ICU, bangsal neuro, atau bangsal lain yang ada patient neuro.
Yang paling santai kalau dapat jaga ICU, sebab tempat dia ber air-cond, patient jumlah dala 8 orang je, tugas tak berat sangat. Tapi memang dengar banyak cerita la pasal hantu kat dalam ICU ni. Seram jugak time sorang2 kat situ. Jaga kat bangsal kerja boleh jadi sangat berat, tergantung condition patient2 yang ada. Tugas utama adalah cek TTV dan BC (balans cairan), sebab banyak jugak patient sini yang koma, dan tenat. Jadi kena ada pengawasan ketat. Memang berpeluh habis sebab bangsal neuro kipas slow gila, dan patient pulak banyak badan yang berbau sebab tak mandi (koma). Pernah ada satu malam tu, patient perlukan bagging yang berterusan, sampai kawan2 koas yang lain kat rumah kena datang berganti-ganti untuk bagging. Memang berat jaga malam dia, dan biasanya cuma 1 orang je yang jaga 1 bangsal.

Stase neuro ni berjalan 4 minggu. 2 minggu (minggu 1 dan minggu 4) kat hospital universiti, 2 minggu lagi kat hospital luar (minggu 2 dan minggu 3).
Minggu 2 dan minggu 3 ni aku dapat kat hospital Klaten, lebih kurang 40 minit jarak dari Jogja. Kerja kat sini lagi santai, sebab patient neuro lagi sikit, takde jaga malam. Klinik neuro pun tutup dalam pukul 1 siang, jadi banyak jugak masa free. Tapi tu lah, exposure kita dengan case neuro sikit, jadi ilmu yang dapat pun sikit haha. Ada kawan dapat neuro kat hospital angkatan udara, kerja kat unit kecemasan dah macam doktor betul (padahal baru je mula koas). Balik pun boleh sampai pukul 10 malam. Tapi diorang lagi cekap handle patient, dan lagi banyak hafal ubat dari group aku yang neuro kat Klaten haha.

Minggu keempat adalah minggu ujian. So semua tugas kita macam refleksi kasus, tutorial, mini cex kena settlekan cepat. Penguji untuk setiap koas semua lain-lain. Tapi dari banyak2 doktor, ada 2 doktor killer neuro (susah nak passkan koas). Dan.. aku dapat salah 1 dari doktor killer tu haha. Memang berdebar habis aku bila dapat tau penguji aku. Kawan aku yang lain semua doktor yang baik, lemah lembut je.

So ujian aku dengan doktor tu kat klinik Neuro dia hari Jumaat tu. Dah appointment jumpa pukul 10 pagi, tapi akhirnya mula pukul 4 pm jugak. Aku nampak la doktor tu kepenatan. So doktor tu pun tanya aku macam2 soalan yang berkaitan dengan neurologi macam definition penyakit, ubat apa yang kena pakai, time bila takleh bagi ubat ni etc. Banyak jugak soalan yang aku main hentam. Alhamdulillah lulus jugak, walaupun dapat markah sekadar lulus je.

Kawan aku yang dapat killer nombor 2 ni rupanya tak lulus. Doktor dia suruh buatexam neuro kat salah seorang patient dia. Banyak jugak dia kena marah. Last2 doktor suruh dia buat refleksi kasus 5 kali, kena hantar hari Ahad tu. So kami sekelompok semua tolong dia siapkan PR dia tu, dan alhamdulillah lulus.

Stase neuro ni memang mencabar jugak, sebab ni stase pertama aku. So rasa macam culture shock la. Dengan waktu jaga yang membebankan. Jaga hari Sabtu pagi. dari 7 pagi sampai 7 malam, dan besok Ahadnya jaga 7 malam sampai 6 pagi, sambung kegiatan harian biasa, balik pukul 4 petang. Memang stres sikit sebab weekend pun tak rasa macam cuti haha. Dan masa hari 2nd mula stase neuro tu, ada doktor residen suruh aku yang present case, sebab konsulen yang ada hari tu suka orang Malaysia. Tapi akhirnya teruk jugak aku kena marah time present tu. Haha.


No comments:

Update

Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...