Malam hari Sabtu, prep malam.
Waktu hari biasa mungkin kelas-kelas jadi sangat bising, dengan bebudak berbual, bergurau, lepak-lepak, merayau-rayau sekitar maktab. Tapi bukan malam ni. Pelajar form 1 dengan form 4 tengah cuti. Pelajar tingkatan 5 pulak ada trial SPM lusa, hari Isnin. Walaupun still kecoh kat blok tingkatan lima, tapi kebanyakannya semangat belajar.
Di kelas 5 Cemerlang.................
"Pst!! Sini la..", bisik Syahir di pintu belakang kelas 5C kat seseorang.
Seorang perempuan kecik, pendek, berkulit putih pun datang mendekati Syahir.
"Awak, dating jom!", ajak Syahir.
"Ok! Emm.. kita gi kat depan lab bio tu. Aman sikit", balas Khadila (bukan nama sebenar).
"Jhumm..."
Mereka berdua pun bawak buku teks bio dengan sejarah. Peliknya combination belajar! Bagai langit dengan bumi eh kedua subjek tu. Mereka berdua pun berjalan perlahan melintasi kelas 5 Dinamik, dan terus menuju ke makmal biologi ikut jalan tepi padang. Jalan situ gelap, jadi tak payah risau dengan warden, memang tak nampak ah.
Makmal biologi ada kat tingkat 2 bangunan blok tingkatan satu. Situ jadi tempat sesuai untuk melepak/dating sebab tertutup dengan blok form 4, walaupun padahal dekat gila dengan rumah ayahanda pengetua Haji Khalil.
"Ok wak, cuba bagitau saya, apa je isi dalam Perlembagaan Malaysia?", tanya Syahir sambil membaca buku teks sejarah.
"Emm... dia ada pasal... kerajaan Persekutuan, negeri, jemaah menteri. Agong? Alaa tak ingat la!", kata Khadila sambil menumbuk perut Syahir. Niatnya cuma tumbuk manja, tapi sebenarnya Syahir rasa senak tu, Badan kecik, tapi tenaga memang power. Syahir pura-pura nampak biasa je, nak kontrol macho depan Khadila. Mereka pun berhuhuhu..
"Haha jangan la macam tu. Nanti masa SPM kalau semua dapat bagus, kecuali Sejarah dapat C nanti macam mana. Kan dah rugi sangat tu.", kata Syahir.
"Ok, turn saya pulak tanya. Err... cuba bitau... Ciri-ciri tamadun Mesopotamia!"
"Eleh. Kacang je tu. Ada zigurat, center dari bandar-bandar besar dia. Ada Raja Naramsin tu suruh orang panggil dia raja empat penjuru alam. Tengok. Terer kan saya. Saya kan dah belajar..."
Sambil budak berdua tu "study" depan lab bio, ada kelibat yang memerhatikan mereka dari tingkat 3 blok form 4, blok yang berhadapan dengan blok form 1. Bila kelibat tu tengah nak pergi..
Sreeettt!!
"Eh? Awak! Bunyi apa tu? Macam bunyi orang terlanggar meja je.", tanya Khadila.
"Tak payah risau la. bebudak junior kot tu."
Diorang terlupa yang bebudak form 4 dengan form 1 tengah cuti.
Sementara itu di ruang tingkat atas DS, ada 4 orang sedang duduk atas kerusi melingkar, macam tengah membincangkan sesuatu.
Ting-ting!
Handphone salah seorang dari kumpulan berempat tu berbunyi.
Bersambung.....