Tuesday, February 26, 2013

Berjuang!

Habis cuti sem, maka naiklah sem baru, dan naiklah blok baru. Buat masa sekarang aku tengah belajar dalam blok 2.4 : Adolescent.



Adolescent ni bolehlah kita panggil sebagai remaja. REMAJA. Hmmm.. Ni lah sebenarnya waktu yang paling menarik dalam kitaran hidup kita (pendapat aku). Biasalah kan, hormon tak stabil. Mulalah buat benda-benda bodoh. Aku ada buat banyak benda bodoh masa sekolah dulu. Tapi aku tak berniat nak cerita semua tu. 

Boleh dikatakan blok ni adalah blok yang paling best untuk dipelajari. Untuk minggu pertama, kitorang akan belajar pasal perubahan fizikal dan psikologi semasa remaja. Lepas tu tentang sexual behaviour in adolescence gitu-gitu, eye and skin problems in adolescence, social-behavioural problems dan sebagainya. Aku ni pun boleh dikatakan masih remaja, tapi dalam kategori late adolescence( remaja lewat?) lah.

Sepanjang 9 kali aku amik bloc exam sebelum ni, aku ada belajar satu benda : Aku kena hafal A sampai Z lecture slides tu, dan kena betul-betul menguasai topik-topik dalam tutorial. Aku dah serik la block exam dapat markah yang tak berapa nak buatkan aku senyum je. Harap-harap dapat skor la untuk blok kali ni. (padahal aku dah pernah cakap benda yang sama dalam blok 2.2 dulu).

Janganlah bersikap hangat-hangat 'najis' ayam. Hehehe ayat tu biar dengar 'friendly sikit' :p

I Say No!

Meh kali ni entri ketiga dalam bahasa Inggeris. Mohon-mohon takde orang tegur kesalahan grammar ataupun past tense present tense gitu.

This time I'm gonna tell a story(?) on family planning. What is family planning? Family planning is when you and your family is planning to have a picnic elsewhere to bond with each other.

NOT.

Family planning is the planning of when to have a children, and the use of birth control methods (wiki). There are several birth control methods that may be implemented by women and men.

1.  Intrauterine Device (IUD)

IUD is a small device inserted into the uterus and act as a contraception. Intra means inside, and uetrine means, duhh.. uterus. So there are several types of IUD. One of it is IUD with copper. So copper IUD's mechanism involves in preventing fertilisation between an ovum with a sperm. This is done by the actions of copper, which is a natural spermicide (sperm killer).

The second type is hormonal IUD. Oh yeah, copper IUD is classified as non-hormonal IUD. HIUD (abbrv) contains the hormone progestogen. Do you remember progestrone? So progestogen is similar to it. The type of progestogen used is levonogestrel (Zzzz...). It inhibits fertilisation by :

-thickens cervical mucus
-inhibit sperm activity
-suppresses endometrium



IUD is usually inserted by doctors. Mind that. And the size of IUD is very very small.

2. Condoms

Condoms are a rubber/latex covering that is worn on the male's penis to prevent semen from entering the uterus of a woman, as well as reducing the risk of sexually transmitted infections (STI). Besides that, it can also be used as :

- Pop ice-cream #eh
Condoms have multiple flavour such as apple and strawberry. So what you do is.. Fill drinking water inside the condom, and then put it into the freezer. Then, tadaaah. Your ice-cream is now ready to be served when the water is frozen. #joke

3. Birth control pills

They are pills containing hormones which suppreses the level of female fertility. Hormones used are estradiol and progestogen. They may helps to avoid pregnancy, but has a handful of side effects such as breakthrough bleeding (mid-cycle vaginal bleeding), dysmenorrhea (painful bleeding), acne, etc.

4. Contraceptive Implant

It is a small tube-shaped device which is inserted into the skin near the axilla through minor surgical procedure performed by doctors.. Implant contains hormones which prevents ovulation and thickens the cervical mucus. Thus, preventing pregnancy. It can last for years, but may also removed at any time by the doctor.



Well, that's all I got to say about family planning / birth control methods. Just a simple reminder. Be careful when using hormonal contraceptive methods. Please consult to the doctor carefully about this  :)

p/s : "I say no" means I say no to baby. Hahaha

Saturday, February 23, 2013

Citer 5D : Part 10




“Eh, biar betul? Kenapa muka Yunis boleh tetiba ade kat depan surat khabar lak?”, tanya Mokh dengan penuh kehairanan. Yup, memang luar biasa bila dapat tau yang kawan kita yang dah hilang seminggu boleh masuk paper muka depan. Tapi.. berita apa pasal Eyunis Zalik yang ada kat front page tu?

‘PELAJAR MRSM MENJUARAI PERTANDINGAN INESPO DI AMSTERDAM, NETHERLANDS’

Lepas je Aniq baca kuat2 berita tu, Nur Ellia Anuar pun tetiba meraung dengan kuatnya. err… seram aku tengok~
“Waaa!!! Rupa2nya ni la sebab tetiba je ak x leh gi kat Amsterdam tu!!! Tak aci!!!!”, jerit Ellia.
“Laaaa, macam tu pulak jadiknya..”, kata Attira.

Din : Kalau gitu, sape yang cakap Yunis kena culik hari tu?
Nani : Kalau x silap aku, Leha yang cakap..
Ummi : Doh tu, Leha mana Leha??
Anam : Kan Leha masuk hospital sebab tekanan jiwa.
Nije : Aik?? Konpius ak..~
Olang : Hebat ahh Yunis loni..

So, memang satu kelas tu kecoh disebabkan berita yang sangat ganjil tu…. Macam mane Yunis yang hilang masa kat bazar ramadhan tu tetiba boleh wakil negara gi Amsterdam lak? Macam mana dia boleh replace Ellia ?? Pastu, masa bila lak dia fly gi Amsterdam ? Oh, memang banyak ah persoalan yang timbul dalam fikiran budak2 5D.. So untuk mendapatkan penjelasan lanjut, Nije sebagai presiden kelas pun segera bergegas gi jabatan bahasa untuk jumpa Teacher Laili.. Mana tau la kot-kot Teacher Laili tau pasal berita ni..

“Weh Nije, asal lak kau nak jumpa Teacher Laili? Ak rasa lagi ok kalau kita jumpa cikgu Amin je dulu…Kan cikgu Amin yang temankan kita masa kat padang MPK malam Yunis hilang tu….”, kata Arif kepada Nije.
Nije terdiam sebentar… Hmmm.. ada betul jugak apa yang Arif cakap tu…
“Rep, jom ah kita gi jumpa cikgu Amin.. Biasanye cikgu kat kafe sekarang ni…”, kata Nije. So then diorang berdua pun bergerak gi kafe biarpun masa tu waktu rehat dah sejam abes… Masa diorang berdua lalu kat depan peta dunia tu, tetiba diorang terserempak dengan seseorang...


Wednesday, February 20, 2013

Surau

Assalamualaikum.

Memandangkan aku menyambung cuti selama seminggu lagi, haaa baru sekarang ada kesempatan nak update blog :3 Eh Lina entry ko aku buat nanti eh. Hehehe

Nak cerita sikit pasal surau yang terletak di kawasan perumahan aku Taman Aman Perdana, Klang. Kawasan Perumahan ni baru dibangunkan 3 tahun lepas. Boleh dikatakan masih segar dan baru. Tapi masa awal pembukaan kawasan ni, takde surau yang dibangunkan! Aku pun tak taulah kenapa takde. Tapi lepas tu penduduk-penduduk Muslim sekitar pun sama-sama berganding bahu menyewa sebuah rumah untuk dijadikan surau sementara.


Terpaksa buat size kecik sebab
resolution dia

Sembahyang raya puasa buat kat sini. Sembahyang raya korban pun buat sini. Bapak aku cakap ada buat ibadah korban jugak, tapi tak pasti buat kat tepi masjid ni ataupun tempat lain. Then ramai jugak la penceramah yang datang kat sini, ada jemput imam-imam luar. Boleh dikatakan surau ni sangat aktif la dalam aktivitinya. Sebahagian dari jemaah surau ni jugak dari golongan pakcik-pakcik yang pencen, tapi masih sihat-walafiat. Jadi diorang ada banyak masa la nak uruskan surau ni.

Lepas tu pihak AJK surau pun mula mengutip derma untuk pembinaan surau baru yang official sedikit-demi sedikit. Dan akhirnya.....

TARAAAA~~




Boleh dikatakan surau ni lah yang paling cantik dan paling elegan (?) kat kawasan sini. Saiz yang besar, kawasan yang luas, reka bentuk yang moden, cantik. Fuhh memang semua orang terpegunlah tengok surau ni lepas siap dibangunkan. Tapi aku baru solat kat surau ni beberapa kali je sebab aku jarang ada kat rumah.

Tapi terkejut jugak kan bila terdengar berita yang surau ni kena tembak masa solat Isyak. Nasib baik takde yang tercedera. Tak taulah kenapa ada orang yang dengki sangat pasal surau ni. Harap-harap kejadian tu tak berulang lagilah.

Sekian.

Tuesday, February 19, 2013

Neurons


Post untuk Ita, ex-klasmet masa form 4 dulu. Sebenarnya tak tau nak tulis pasal apa. So main hentam je la.

Firstly, nervous cells are called neurons. Neurons have a few structures such as :
1) cell body (soma)
2) Processes (projections) which consists of axons and dendrites

Both dendrites and axons are attached to the soma. Senang ceritanya dendrite ni sambung banyak2 gitu kat soma. Axon tu pulak dia sebatang gitu je.



Synapses are the gap junctions between one neuron and another. Synapse is the site where electrical impulse are transmitted between neurons.




The mechanism of synapse :
1) Action potential (electric impulse) reaches at pre-synaptic terminal
2) The impulse trigger the opening of calcium channel located at pre-synaptic knob.
3) Ca ion from extracellular space flows into the pre-synaptic knob.
4) Ca ion induce the synaptic vesicle to release a substance called neurotransmitter
5) Neurotransmitter through the synapse
6) It binds to receptor located at post-synaptic terminal, and trigger the generation of another electric impulse
7) The electrical impulse travels through many neurons until it reaches it's target (effectors such as muscles and glands)

Eh3 sebenarnya aku tak tau nak cerita apa lagi ni ==' Ada pape nak tambah cakap la.

Source : Lecture slide, Google


Sunday, February 17, 2013

Tuesday, February 12, 2013

Pendek

Assalamualaikum.

Haha aku ni mungkin cuti lama 3 minggu, tapi nak update pun tak berkesempatan =='
Apapun terima kasih la kat cik Lina sebab tolong buat design baru blog ni. Aku tak faham. Nama dia Lina, tapi blog guna 'Awan Nina'. Hahaha
Wei aku bagi ko password gmail, sekarang aku dah tukar password tau. Hehehe

Dengar-dengar cerita kat fesbuk sekarang Ustaz Redhuan dah bertunang. Tahniah ustaz! Haha kecewalah bebudak perempuan nampaknya. Eh tapi betul ke Attira cakap Ustaz Syahmi dengan budak batch aku? Ahh aku rasa tak kot. Tak mungkin.. Tak mungkin.. Tapi kan, KALAU betul, agak-agaknya siapa eh? Emm.. emm.. Eii, aku tak leh mikir langsung siapa.

Tukar topik. 5 orang kawan aku akan fly ke Aussie hujung bulan 2 ni under biasiswa MARA. Salah seorangnya Amir, kawan baik aku masa kat Kerteh dulu. Last time aku jumpa dia pun masa form 4 dulu, kat Masjid Besar Kuantan (tak ingat nama masjid tu) lepas smayang Jumaat. Yang kelakarnya tu bila aku ngan dia dua2 tengah pakai baju MRSM warna peach tu. Hahaha ==' Rupanya dia dalam perjalanan nak gi KL dari MRSM PC. Aku lak tengah nak balik Selangor dari MRSM Kuantan. Semalam aku ada gi Kerteh. Ingat nak lepak ngan dia sebelum dia fly, tapi tengok2 dia tengah kat Tumpat. Wuwu sedihnya aku. Dah 4 tahun tak jumpa :'(

Amir yang dengan aku tu.
Hahaha zaman muda-muda dulu =='

Yang sorang lagi lak Azra'i Jamal, presiden LDP Maktab 09/10. Tahniah kat kau Tat! Jaga diri baik-baik kat tempat orang eh :) Yang aku dengar, sepanjang Tat belajar kat KMKN ngan UniKL MFI, orang panggil dia 'Alai'. Aku tak tau kenapa. So mungkin tu explain kenapa nama twitter dia 'Yap Ah Lai'. Kalau kat maktab dulu, orang panggil dia 'Tat'. Sebabnya masa awal-awal kelas 4B dulu, Syahiran ni perasan dia ni suka cakap bantat, jadi dapatlaa nama Tat tu. Memula aku ingatkan Tat tu dari kuih tart. Hahaha. Aduh, mengimbau kenangan lepas betul. Aku ni tak boleh nak flashback masa dulu-dulu, kang tak pasal-pasal aku sedih.

Hamboi2 Mr Presiden


Err.. rasanya takde penutup kot. Chiaww.
Bismikallah hummaahyaa waamut. Amin.(eja dalam rumi macam pelik pulak)

Sunday, February 3, 2013

Wajah Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

sedangkan pantai pun berubah apatah lagi blog.
jika pantai dilambung arus ombak, blog dilambung arus modenisasi agaknya.
pada yang tertanya tanya, oh aku bukanlah Sofea Hana yang menge-hacked web rasmi JAWI itu, mungkin aku hanya Sofea Lina.
mungkinlah.

pada yang membaca ini sekarang, sudikah kamu sekiranya meninggalkan secebis kenangan kata kata di bawah agar saya tahu perubahan ini better atau more worse?

pada tuan belog, jika tak suka, anda boleh menghubungi saya di talian sesukahatimu. dengan rasa rendah dirinya, saya akan turunkan, dan kekalkan yang lama.




akhir kata, menarilah poco poco ketika mengemas ruang tamu. aher aher aher.

Update

Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...