Kalau ada kawan-kawan aku yang baca, plis jangan gelak. Haha curahan hati dan imaginasi kat sini.
Thursday, November 29, 2012
Tuesday, November 27, 2012
Berebut Remote TV
-Kopipes dari Fesbuk-
Sepasang suami isteri sedang berebut remote tv.
suami die suke tngk bola...manakala isteri die suka tengok
masak2...Gaduh punya gaduh sampai Channel tv asik bertukar-tukar...kejap bola kejap cite masak-masak... bunyi tv tu jadi tak menentu mcm ni..
" satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL...
5 ulas bawang putih BERDIRI OFSIDE....daging di rebus oleh REFREE sampai empuk....
masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk..
BOLA DIBAWA LALU di rebus
separuh masak....GOAL KEEPER ditusuk jadi sate...
PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah
masak.... "
jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu...pelik bebenor bunyinya...dunia2.
Saturday, November 24, 2012
Video Siamang
Ni salah satu video yang aku record masa kat Taman Komodo tu. Lokasi di Siamang Island. Well, pulau yang ada siamang lar. Siyes lawak tengok siamang-siamang ni. Kalau internet laju try la tengok :3
Masalah orang Malaysia
Kalau aku tweet benda ni kang memang ramai la yang terasa, so aku tulis je la kat blog. Sudah-sudah la korang hentam budak Ayuni tu. Dia budak sekolah lagi, tak deserve nak kena teruk-teruk ngan korang-korang yang dah belajar tahap IPT, atau yang dah tahap bekerja. Biasalah, budak sekolah kan pemikiran belum matang.
Aku setuju dia cakap tak mengaku orang Malaysia tu memang melampau, but again, she's just a 15 year old kid.
Ni yang korang gi caci, maki-hamun, post gambar dia ngan komen-komen yang ekstrem tu kan melampau sangat. Kita kan sama-sama orang Islam. Hmphhhh

Hari Asyura
Ah... 10 Muharram 1434 Hijrah. Malam ni ada masak-masak bubur Asyura. Dah lama kot tak merasa. Excited gila :)
Semua maklum kan, berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram adalah sunat untuk kita berpuasa, sebab banyak fadhilatnya. So apa yang istimewa pasal hari Asyura ni? Aku pun search kat wikipedia bahasa Melayu.
PERISTIWA BESAR 10 MUHARRAM
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Adam a.s. dicipta.
- Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
- Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
- Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
- Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
- Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
- Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
- Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.
Nampak kusut-masai sikit. Maklumlah sebab kopipes je dari wiki. Ada banyak amalan sunat yang boleh kita buat pada hari Asyura ni. Tau tak?
AMALAN SUNAT PADA HARI ASYURA
1) Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
2) Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
3) Memuliakan fakir miskin
4) Menahan marah
5) Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
6) Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
7) Bersedekah
8) Memelihara kehormatan diri
9) Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9) Bercelak
10) Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
11) Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12) Menjamu orang berbuka puasa
Sebenarnya aku nak puasa hari Asyura ni, tapi masa aku tengah makan nasi telur, tiba-tiba boleh pulak azan Subuh. Aduh rasa rugi gila. Tu lah padahnya lupa nak kunci jam ==
Pada pendapat aku, sebenarnya kebanyakan amalan sunat ni pun sebenarnya boleh dibuat masa lain kan. Tu sajalah, sekadar perkongsian ilmu. Maaf kalau ada yang tersalah, maklumlah ni cuma maklumat yang dikopipes. Hehehe :p

Friday, November 23, 2012
Ada Apa dengan Pok Jak
Ok jugak seat kereta api untuk kelas bisnes ni. Selesa. Tapi disebabkan travel waktu malam, tak dapat pulak nak tengok pemandangan kat luar ==' Satu benda yang semua kena tau bila dalam tren indonesia ni, setiap kali tren berhenti kat mana-mana stesen, konfem ramai penjaja dari luar masuk dalam gerabak, pastu melelong produk yang diorang jual. Dari makanan, minuman, ada jugak yang jual mainan2 berlampu. Tapi masa menjual tu, memang menjerit habis la.
"Nasi nasi nasi!!" "Aqua Aqua Aqua!"
Oh, Aqua tu jenama air mineral kat sini. Masa penjual tu masuk, mesti semua penumpang yang tengah tidur tu terbangun. Ye la, diorang menjerit kuat habis. Rasa macam kat pasar je.
Suasana tren kelas bisnes |
Jadi kami-kami ni mula mencari teksi nak gi rumah bebudak Jakarta masa pepagi buta. Almaklumla tren sampai pukul 4 pagi. Masyaallah, 80,000 satu teksi. Gila mahal. Lepas negotiation, dapat la turun sampai ke 60,000. Kenapa mahal? Sebab biasanya teksi ni takkan guna meter masa pepagi buta. Kalau delay nak cari teksi, masalah pulak sebab jalan akan jamme teruk menjelang waktu pagi.
Dah skip gi aktiviti. Gi kat taman ecopark ke apa entah. Tak ingat nama dia. Macam taman rekreasi. Banyak facility yang disediakan.
Haa nampak tak semangat ke-emareseman aku? Hehehe aku suka baju tu. memula tu main paintball dua round. Tapi aku main seround je sebab kaki aku melecet pakai but dia yang ketat gila. Ramai gak junior-junior 2012 yang belajar kat Jakarta ni. Maksud aku junior Melayu la. Sebab kalau kat Jogja tu junior Melayu laki cuma 5 orang je, kalau nak banding ngan Jakarta, 30 lebih kot.
Lepas paintball, kitorang gi ke taman komodo. Ni nama yang aku bagi sendiri, sebab kat taman tu banyak sangat patung komodo. Komodo kot yang jadi theme dia. Eh? Aku dah hilang la gamba patung komodo tu ==
Lesap gi mana pulak gambar-gambar masa kat taman komodo ni. Isy kena tukar phone baru ni. Ah, letak je la mana-mana gambar yang tinggal.
Haa patung dinosaur yang buat pakai rotan |
Pelajar2 Jogja ngan Jakarta dalam sesi beramah-mesra(?) |
Masa naik bot, mendarat jap kat Pulau Rusa. Bulu dia macam karpet Tanduk pulak macam ranting kayu |
Sape nampak kesalahan dalam papan tanda ni? :p
Itu conclusion untuk trip ke ecopark ni. Hari besoknnya, kitorang yang dari Jogja ni dibawa melawat ke kota Jakarta. Tengok je Jakarta, teringat KL. Sebak jugak la. Jakarta ni masalah dia jamme la, lagi-lagi masa awal pagi atau lewat petang. Memang kenderaan tak bergerak. Anyway memula tu kitorang gi melawat ke Monas dulu. Monas ialah "Monumen Nasional".
Gambar dari Tok G |
Gambar dari Vivaz aku |
Nampak tak orang tidur bawah patung tu? |
Masa tangkap gambar kat patung ni, aku ternampak satu family ni. Ahh tengok tudung yang si isteri pun dah tau ni mesti dari Malaysia.
"Pak cik asal Klate. Kamu semua ni asal mana?"
Hehehe tak sangka gak ada orang Klate visit Jakarta.
Jadi dalam Monas tu, ada muzium. Muzium yang menceritakan semuanya pasal sejarah Indonesia. Dari zaman manusia purba, zaman Belanda, sampailah ke zaman sekarang. Cool kot, semuanya dia ceritakan dalam bentuk patung. Tak paham?
Kat puncak Monas ni ada restoran, tempat untuk tengok2 bandar Jogja. Macam KL Tower la. Tapi disebabkan orang yang terlampau ramai, maka hajat kami dimatikan. Lepas Monas, gi jap sembahyang Jumaat, lepas tu shopping-shopping jap. Kat sini serious banyak shopping complex, kalau nak bandingkan dengan Jogja.
Terjumpa seekor tikus yang comel~~ Haha amacam Lina? :p |
Oh ya, masa aku tengah lepak-lepak kat rumah bebudak Jakarta ni kan, aku keluar la jap tengok-tengok area situ. Aku ternampak sebuah kedai makan. Wahhh ada jual ayam kremes. Terliur jap. Aku masuk kedai tu.
"Ibu! Ibu! Mau makan."
"Woof woof!!"
Aku tergamam. Terus aku lari dari situ. Aku terlupa, yang Jakarta tak sama ngan Jogja. Kalau kat Jogja, insyaallah mostly makanan dia tu halal. Tapi kat Jakarta ni, kena hati-hati sikit. Syukur la aku tak makan kat situ.
Untuk perjalanan balik, kitorang naik tren kelas ekonomi. Aku tanya Azam kenapa tak ambik kelas bisnes je. Azam cakap biarla kita merasa sikit seat kelas rendah ni. Sebenarnya ok jugak kelas ekonomi ni, sebab ber-aircond. Yang tak bestnya kerusi dia 90 darjah. Memang kena sewa bantal buat alas belakang kalau nak selesa sikit.
Hehe itu sajalah perjalanan ke Jakarta. Memang penat, tapi berbaloi la. Sekurang-kurangnya dapat jugak merapatkan ukhwah ngan pelajar-pelajar Jakarta. Insyaallah bulan 12 pergi lagi sebab ada program HAMKA, yang melibatkan semua pelajar Malaysia Muslim di Indonesia :)
Saturday, November 17, 2012
Citer 5D Part 8
TRUUTT… TRUUUTT…
Telefon cikgu Syahmi berbunyik sesaat sebelum rotan besi yang dipegang cikgu menyentuh punggung Faruq…
“Eiii!!! Sapo pulak tepon maso ni!!!”, kata cikgu.. Faruq pulak tengah menadah tangan untuk memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi sebab timing yang sangat tepat itu…
“Hello, assalamualaikum….. Ya saya… …Apa dia??.....…tapi saya ada kerja sekarang…. .. emmmm…. Baik….. saya datang sekarang…..”, cikgu Syahmi pun dengan cepat masukkan semula henset 3310 nya dalam poket lalu berkata :
“Kamu berdua nasib baik hari ni… Lain kali saya tak nak dengar kamu berdua buat masalah.. Kalau tak, lagi teruk yang saya bagi kat kamu lain kali… FAHAMMM!!!”, jerit cikgu Syahmi, dan terus blah dari lab bio dengan rasa yang tak puas hati…
Then dengan gembiranya Ekin dan Faruq masuk semula dalam lab dengan senang hati…. Ramai orang mengucapkan tahniah kat diorang berdua sebab terselamat daripada libasan maut cikgu LDP tersebut..
“Ekin, congrats !!!! “, kata Attira Insyiraah dengan hepinya…..
“haha tengs!!! Nasib baik tak kena tadi… hehehe suka3!!”, Ekin menjawab dengan penuh riang..
“Isyy!!! Teke ak tadi!!! Nasib baik cikgu Syahmi gi!! “, kata Faruq lalu terus meletakkan kepalanya atas meja lab (nak tido)… Sejurus kepala Faruq menyentuh meja, tiba-tiba…..
POMM!!!
Semua bebudak 5D terdiam seketika tatkala melihat Cikgu Tim menepuk meja dari depan lab… Cikgu pun tersenyum lebar bila tengok budak2 5D tengah ketakutan…. “Baiklah, cikgu nak bagi tau kamu semua sesuatu!!”
Cemas
"Mukhayyam? Wah bestnya. Last time rasa khemah pun masa perkhemahan Kadet Polis form 4 dulu. Ok-ok aku on!", kata aku kepada Azam. Mukhayyam ialah 'perkhemahan' dalam bahasa Arab. Mukhayyam ni bertempat di Bogor, dekat-dekat dengan Jakarta. Mukhayyam ni disertai ikhwah-ikhwah pelajar Malaysia yang dari Jakarta, Jogja ngan Surabaya. Aku memang excited gila la. Dapat jugak keluar dari kota Jogja ni. Bosan dah kut.
Pada suatu hari...
"Laaaa, aisyy... sedihnya aku"
Perkhemahan ni dibatalkan sebab pelajar-pelajar dari Jakarta ni ada perubahan jadual kuliah masa last-last minit. Perasaan aku masa tu memang tengah bergelora, bagaikan ombak di lautan memukul kuat badai di pantai. Eh apa aku mengarut ni.
"Sebab kita dah beli tiket, kita kena la pergi jugak kan kat Jakarta. Takpe, kali ni kita buat jaulah sikit ya. Nanti kita tidur kat rumah budak2 Jakarta ni. Malam tu nanti kita buat pengisian. Ok tak?", macam tu la sms Azam kat aku.
Sekurang-kurangnya dapat jugak melawat ibu negara Indonesia. Lebih kurang 5 p.m. tu bebudak laki batch aku ngan batch 2010 pun berkumpul kat rumah diorang. Tiket kereta api tu pukul 6.30 pm.
"Truutt..Truutt.."
"Alamak, tak dapat call teksi pulak. Doh tu cane ni Zang? Pukul 6 dah ni.", tanya Izhar.
Masa tu semua dah kelam-kabut. Kalau miss tren tu maksudnya burn la duit tiket tu.
Jadi semua orang pun bersiap-sedia naik motor untuk gi kat stesen kereta api tu.
"Alamak, helmet tak cukup la."
"Takpe, kita gi je. Lantak ah kalau kena saman ke tak"
Maka semua pun laju memecut motor masing-masing. Aku bonceng kat motor Baim. Memang laju gila la Baim bawak.
Bila dah sampai kat parking, Azam suruh siapa-siapa yang dah sampai ni gi masuk dulu dalam kereta api. Yang naik kereta api masa tu cuma aku, Syam dengan Toriq. Masa tu wisel dah bunyi. Kereta api dah start jalan.
"Toriq, cane ni? Takkanla kita bertiga je gi Jakarta ni?"
"Entahla, diorang naik tren yang lain kot. Babai Jogja....", jawan Toriq sambil melambai-lambai kat tingkap tren tu.
Masa kitorang dah duduk kat seat tu, Azam ngan yang lain-lain pun sampai kat seat kitorang. Oh, rupanya diorang sempat naik tren. Hisyy kalau kitorang bertiga je tadi, emm... takleh bayang lah cane!
"Macam drama Hindustan pulak kitorang tadi. Masa tren dah start gerak tu, kitorang terus la lari gi kat pintu, Hahaha memang rasa macam dalam movie.. ", kata Azwan menceritakan pengalaman dia ngan yang lain-lain tu.
Alhamdulillah takde sorang pun yang tertinggal. Maka perjalanan tren ke Jakarta pun bermula..
Penpennn...... Bunyi kereta api kuat terdengar.
Saturday, November 10, 2012
The Alternate Story : Part 6
"Hoi, apa yang ko termenung lagi tu? Majlis da start la. Bangun cepat kena nyanyi lagu ni", kata Fendi ke Tengku.
Semua orang sekarang tengah kat dalam Dewan Ilmu, DI, untuk acara pelantikan BWP baru. Tengku temenung kejap tadi, teringat balik peristiwa beberapa hari sebelum ni. Banyak kejadian paranormal terjadi. Dari mula-mula Aqeel kena gangguan, lepas tu budak form 1 histeria dalam masjid, Mokh ngan Father ternampak 'benda' tu, beberapa orang budak pompuan form 4 histeria masa prep. Tapi alhamdulillah lepas Ustaz Syahmi conduct bacaan ayat-ayat al-Quran ramai-ramai dalam masjid, benda-benda tu semua pun dah berkurang.
"Saya berjanji akan melaksanakan tugas saya sebagai ahli Badan Wakil Pelajar dengan penuh tanggungjawab dan amanah."
Para BWP baru yang terdiri dari pelajar-pelajar form 4 membacakan ikrar masa majlis tu. Aqeel, Aizat, Arifi dan Sabihah adalah antara BWP baru yang bakal memimpin pelajar-pelajar MRSM Kuantan. Aku rasa macam tak percaya. Aku rasa macam baru je mendaftar masa mula-mula kat MRSM ni dulu. Pejam celik pejam celik sekarang junior-junior dah ambik alih jawatan-jawatan budak form 5 sebagai BWP, LDP (Lembaga Disiplin Pelajar), PRS (Pembimbing Rakan Sebaya), JDI (Jemaah dakwah dan Islamiah), ALK (Ahli Lembaga Koperasi) dan PPSP (Penolong Pusat Sumber Pembelajaran). Masa memang berlalu dengan cepat ya. Aku agak macam mana perasaan para presiden organisasi-organisasi ni sekarang? Tengku, Tat, Kamil, Fendi, Bayu ngan Muzamil. Mesti rasa sedih kan?
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Lepas majlis tu, semua pelajar pun keluar dari DI dan menuju ke dorm masing-masing. (Takde prep, yeah!!). Pada masa tu, Aniq rasa sakit perut. Dia tau masa-masa macam ni tandas kat JB tu mesti tengah dihuni Jalu dengan geng-gengnya. Jadi Aniq pun amik keputusan untuk gi kat tandas lelaki yang sebelah 5A tu. Bila Aniq kat pintu tandas je, dia dengar ada orang menangis. Dia pun masuk. Eh? Tengku tengah kat singki tandas. Dari cermin tu dia nampak mata Tengku merah-merah, air mata mengalir, hingus lak meleleh.
"Eh Tengku, ko ok tak ni? Kenapa?"
Tengku tak menjawab. Dia cuba mengelak dari Aniq.
"Tengku, tak pe kalau kau menangis. Tapi kalau kau luahkan benda tu, mungkin kau rasa lega sikit. Kalau kau nak, kau boleh cerita kat aku je. Aku janji tak bitau orang lain.", kata Aniq.
Lepas tu Tengku pun mula pandang Aniq dengan muka seposennya.
"ANIQ!", Tengku menjerit nama Aniq dan terus peluk dia. Dalam hati Aniq agak risau sebab takut-takut hingus Tengku melekat kat baju dia.
"Aku ni bukan apa, rasa sebak bila tengok majlis tadi. Sebelum-sebelum ni tak rasa apa-apa pun. Bila aku fikir, aku rindu dengan semua ni. Sekarang dah letak jawatan, nanti dah SPM, habis maktab, tinggalkan kawan-kawan semua. Aku tak nak semua ni habis macam tu je. Isk..."
"Tengku, memang la semua tu akan jadi. Dah nama pun kehidupan. Alaa, takkan ko tak ingat masa tadika dulu. Mesti ko rasa sedih kan nanti nak kena masuk sekolah rendah. Lepas tu sedih pulak tinggalkan sekolah rendah, sebab kena masuk sekolah menengah. Sama la ngan ko sekarang ni. Banyak lagi benda yang kita kena lalui nanti. Ko pun kena la pandang kedepan je. Jangan pandang belakang semula. Tapi memang la, semua memori tu manis, dan kau patut ingat semua tu. Sekarang ni yang penting ko fokus kat SPM dulu ya.", kata Aniq dengan penuh gaya. PRS tuuu... Opsss.. EX-PRS. Hehehe
Tengku nampak lega sikit masa tu. Betul la orang cakap, kalau ada masalah tu jangan pendam, lagi elok kalau kita luahkan kat orang yang kita percaya. Barula emosi kita boleh stabil sikit.
"Err... Sori Tengku, tapi sekarang aku tengah sakit perut la. Aku gi tandas dulu ya!"
Maka itu sajalah kejadian di dalam tandas lelaki sebelah kelas 5A. Tengku pun balik semula ke blok J, dan Aniq pun menguruskan apa-apa yang patut.
Malam tu di blok J, Tat datang ke JB 33, iaitu kiub Aniq.
"Aniq!!", Tat datang lantas memeluk Aniq sambil menangis.
Sudaaahh.. Sorang lagi pulak.. Ni mesti Tengku yang bagitau dia ni.
Note:
Kepada semua ahli BWP 09/10.
1) Tengku Firdaus Hafiz, Tengku
2) Ahmad Azra'i, Tat/Ja'i
3) Muhammad Amirul Afif, Amirul
4) Wan Noor Afiq Afandy, Pendi
5) Mohamad Aiman, Aiman Wong
6) Wan Mohamad Anis, Anis
7) Farah Shazleen, Farah
8) Azyan Azhar, Yan
9) Nursazreen Amalina, Nina
10) Nurul Afiqah, Afiqah
11) Nurul Amalina, Alin
12) Nurul Nabilah, Mak Nab
13) Nur Shakira Nazleen, Speka
14) Nor Ezzatul Raihan, A'an
Terima kasih, korang dah buat yang terbaik sepanjang korang menjadi BWP. Glad to have you all as my friend :)
Thursday, November 8, 2012
Boleh tak eh
2-3 hari ni aku rasa rimas. Semuanya rasa tak kena je. Hari-hari buat benda sama. Bangun, gi kampus. Gedebang-gedebung habis, balik rumah. Beli makan tengahari. Layan tv series sambil makan. Online jap. Main game. Tidur sampai petang, bangun, depan laptop buat apa-apa yang patut. Makan ngan housemate. Sambung depan laptop. Tidur. Then the cycle continues. Eh tapi solat aku cukup tau.
Aku tau dah problemnya. Internet. Dalam beberapa hari ni aku nak cutla internet. Aku nak cuba tengok macam mana hidup aku. Tapi cut internet tak semestinya cut laptop. Aku study mostly dari laptop. Masa MRSM dulu aku takde laptop, takde tenet, hidup ok je. Sekarang banyak sangat benda lagha bila ada internet. Ya Allah berilah aku panduan supaya hidup aku tak berterusan macam ni. Bismillahirrahmaanirrahim. #tutuptenet

Wednesday, November 7, 2012
Sains Ibu Mengandung Part 1
Ni pertama kali aku nak buat entry pasal ilmu perubatan yang aku belajar. Well, sebenarnya tengah belajar tajuk ni. Jadi dengan otak yang masih segar dengan topik ni, biarlah aku bercerita serba-sedikit.
Case 1 : Ada sorang wanita datang jumpa doktor.
W : Tolong doktor, saya rasa saya hamil!
D : Kenapa cik cakap macam tu lak?
W : Sebab dah 2 bulan saya tak ABC
D : ABC? Cik ni mengidam nak makan ABC ke?
W : Doktor!!
Ok, lawak hambar. Jadi mula-mula sekali kita kena tahu tanda-tanda kehamilan. Ada 2 jenis tanda kehamilan, iaitu tanda kehamilan tidak pasti dan tanda kehamilan pasti.(dari hsc)
TANDA TIDAK PASTI
1) Amenorrhea, atau bahasa Melayunya perempuan yang takde cuti lebih 2 bulan. Tak kuar darah laaa maksudnya
2) Mual dan muntah
3) Quickening. Maksudnya perempuan ni dapat rasa tendangan beyby dalam perut. Baby baby baby oh..
4) Perubahan warna kulit
- Pada daerah badan tertentu, wana kulit wanita mungkin menjadi lagi gelap, yang dinamakan hiperpigmentasi. Lokasi umum ialah bahagian muka, abdomen, dada.
- Kenapa jadi gelap? Sebab kelenjar pituitari membesar, dan akan merembeskan banyak melanocyte stimulating hormone(MSH). MSH akan merangsang production melanocyte(sel kulit)
5) Pembesaran perut yang memang sangat obvious. Bukan sebab gemuk.
TANDA PASTI
1) Terdengarnya denyut jantung beybyy. Yang ni masa pemeriksaan kat klinik la.
2) Fetus dapat dipalpasi. Menatang apa tu palpasi? Kalau bahasa Melayu orang panggil meraba la. Maksudnya kita dapat meraba struktur badan bayi tu kat perut maknya.
3) Pemeriksaan Ultrasound : Masa scanning dengan ultrasound, dapat detect gestational sac, ataupun janin larr.
4) Positif hormon beta-HCG. HCG ni ialah human chorionic gonadotrophin, hormon yang cuma dirembeskan bila terjadinya implantation janin kat endometrium.
Tu je lah yang nak diberitahu buat masa ni. Aisyyy bosannya. Kalau aku ada motor kan best. #laritajuk
Tuesday, November 6, 2012
Long Live Life
Well, I love listening to Viva La Vida so much during my high school years. The song was very beautiful. The melody was very.... Umm... Ahh tulis bahasa Melayu la senang. Lagu ni mengingatkan aku banyak memori masa zaman sekolah dulu, sebab aku ngan kawan baik aku dengar lagu ni berulang kali. Tak jemu-jemu pun. Mungkin ramai yang rasa kontroversi sikit ngan lirik lagu dia. So meh aku bagi maksud lirik dia yang sebenarnya..
- I used to rule the world
Seas would rise when I gave the word
Now in the morning I sleep alone
Sweep the streets I used to own
Meaning : The narrator in this song is a former king, lamenting about how life was so much better when he was the sole ruler. Now, it seems that he's been demoted, and his life isn't the same anymore
- I used to roll the dice
Feel the fear in my enemy's eyes
Listen as the crowd would sing
"Now the old king is dead! Long live the king!"
Meaning : He used to be in charge of everything and everybody, and would spark terror in the eyes of all against him. He became king after the once before him perished, so he was brought in happily.
- One minute I held the key
Next the walls were closed on me
And I discovered that my castles stand
Upon pillars of salt and pillars of sand
Meaning : From holding the key to the city to having nothing: you never know when your life will change suddenly. His life was built up metaphorically on fine substances, which crumbled beneath him unexpectedly.
- I hear Jerusalem bells a ringing
Roman Cavalry choirs are singing
Be my mirror, my sword and shield
My missionaries in a foreign field
Meaning : The former king recalls when he was the sole ruler and overseeing the battles.
Haa yang ni memang kontroversi sikit kan lirik dia.
- For some reason I can't explain
Once you go there was never
Never an honest word
And that was when I ruled the world
Meaning : Even though being king was everything, he does recall how everything wasn't what it seemed.
- It was the wicked and wild wind
Blew down the doors to let me in
Shattered windows and the sound of drums
People couldn't believe what I'd become
Meaning : On the day he lost his crown, people broke into his castle and revolted because they didn't agree with him anymore.
- Revolutionaries wait
For my head on a silver plate
Just a puppet on a lonely string
Oh who would ever want to be king?
Meaning : It hit him suddenly when his crown was revoked: who would ever want to be king? It looked so powerful from the outside, but on the inside, it was lonely and everyone was against him.
- For some reason I can't explain
I know Saint Peter won't call my name
Never an honest word
But that was when I ruled the world
Meaning : He doesn't think he will be forgiven for his sins.
Haa yang ni pun kena hati-hati sikit ngan lirik dia.
Jadi secara keseluruhannya dia cerita pasal seorang raja yang dulunya berkuasa, disegani orang mula jatuh. Tapi memang.. melodi ni sedap je dengar.. Hmmmm :3
Sunday, November 4, 2012
Citer 5D Part 7
So Ekin dan Faruq pun berjumpa dengan Cikgu Syahmi kat luar lab bio…
“Ya cikgu, ada apa?? S..Sa…Saya tak buat apa-apa salah cikgu….”, kata Ekin terketar-ketar…
Hari tu Ekin kantoi ngan cikgu tak pakai kad matrik, pastu pakai henpon kat tepi bilik guru.
“Oh, tak buat salah… habis tu yang cikgu suruh awak jumpa cikgu, tapi awak tak datang tu apa pulak? Faruq! Awak pulak! Saya dapat tau yang awak gi beli mercun bola masa kat bazaar ramadhan hari tu!”, kata cikgu Syahmi dengan suara seperti petir memecah angkasa~
Dari dalam lab bio, sume budak-budak 5D yang lain bercakap sesama sendiri…
Ainju : Eh, sape yang bagitau cikgu Syahmi pasal Faruq tuu?
Attira : Ha’ah la… kesian kat Faruq ..
Ummi : Kesian? Bakpo nok kesie ko dio… Aku sukoo jaaa… hahaha
Nani : Ummi!!! Ni bukan time nak buat lawak laa!!
Opai : Wesyyy… ni mesti ada spy dale kelas kito niii…
Kelas jadik sunyi kejapppp… ~ Lalu semua mata memandang ke arah sorang pelajar, namanya Arif..(menggantikan watak Alif Hilmi)
Kamil : Weh rep, mu koo jadi spy cikguuu??
Arif : Ehhhh, mane ade laa!!! Aku innocent!!!
Din : Dah tu kalo bukan arif, aku rasa Ellia kut….
Ellia : Hisyy!!! Mana ada laaaa!! Pandai-pandai je tuduh aku!!
Aniq : Wei kelas ni bisiiiiiiiiinnggg!!!! Dah la, jangan maen tuduh2 lagi!!
Cikgu Timah tersenyum bila tengok budak2 5D bergaduh sesama sendiri.. Uisyy… bulan pose pun nak gaduh-gaduh lagi!!!
Situasi berbalik semula kat luar lab bio bersama Cikgu Syahmi, Ekin dan Faruq.. Sebatang rotan besi telah tersedia di dalam genggaman cg Syahmi untuk mengenakan hukuman terhadap kedua-dua murid tersebut.. Cikgu Syahmi start degan Faruq, di mana Faruq diarahkan untuk menonjolkan punggungnya sedikit supaya dapat dilibas dengan puas oleh beliau… “Sedia doh ke blom Faruq??!!!”, jerit cikgu Syahmi… Faruq cuma berdiam diri kerana ketakutan.. Pada saat rotan mula diangkat ke udara bagi memberi kesan yang maksimum, tiba-tiba….
TRUUUTTT..TRUUUTT…… Telefon bimbit cikgu Syahmi berdering..
BERSAMBUNG……………………………………………………………..(lagi)
The Alternate Story : Part 5
Sementara Cikgu Azmin ngan budak-budak form 5 laki lain tengah berurusan dengan Faiz budak form 1 yang kena rasuk tu, Mokhzani ngan Amirul Alif yang kat dorm tengah melepak-lepak di kiub JB 35.
"Father, jom la lepas ni teman aku jap jumpa Anis awek aku tu. Dia ni bising-bising pulak aku dah lama tak jumpa dia. Dia ni bukan paham pun cikgu-cikgu ramai target aku. Kang da kantoi habislaa.", kata Mokh.
"Kau ni Mokh, aku pelik camne ko boleh kapel ngan Anis Husna tu. Nama je LDP, tapi perangai.. Hahaha kau sendiri tau kan. Alaa, malam-malam camni takpe la kita nak gi blok form 4 tu. Kan memang LDP semua kena tugas jaga junior masa prep. Dah la, jom gi. Aku teman kau."
Aku tak tau kenapa Mokh ngan beberapa orang lagi panggil Amirul Alif tu 'father'. Tak paham aku. Amirul Alif ni kadang-kadang orang panggil Amirul, tapi ada jugak yang panggil dia Alif. Memang pernah la kan orang panggil dia, tapi aku pulak yang terperasan :p
Diorang berdua ni LDP. Kadang-kadang tu memang ponteng prep la. Best la diorang, sebab LDP kan. Father ni memang selalu ikut Mokh gi mana-mana la. Mokh ni , dia memang tinggi lampai la. Muka pun macam gangster. Tapi perangai gila-gila je. Memang ramai cikgu target dia la. Hehehe..
Jadi Mokh ngan Father pun keluar ikut blok J, menuju kat blok akademik ikut jalan tepi padang maktab. Bila jalan tepi padang tu memang terserempak la kan dengan kejadian histeria tepi masjid tu.
"Eh Mokh, cuba tengok tu. Ada benda dah jadi la.", kata Father.
Masa tu Cikgu Azmin tengah beramah "mesra" dengan Faiz yang tengah histeria. Cikgu Azmin tak puas hati ngan budak tu yang selalu je nak attack dia. Sekali cikgu grab tangan budak tu, bawak dia gi tempat wuduk, mandikan dia ngan air.
"Haaa, kamu nak berhenti tak ni??", jerit cikgu kat Faiz.
Faiz kekal senyap. Nampak gaya dia cam tengah nangis je.
"Haa Tengku, kamu bawak dia ni balik dorm. Suruh mana-mana kawan dia stay ngan dia dalam dorm. Nanti saya callkan parents dia."
Tengku ngan dua lagi kawan budak tu pun bawak dia balik blok I.
"Ahh, Father, habis dah drama tu. Jom la ikut aku gi kelas form 4", kata Mokh.
Diorang berdua pun meneruskan perjalanan. Masa nak naik tangga blok form 4 tu, diorang dengar bunyi dalam tandas tepi tangga tu. Diorang pelik, sebab tandas tu takde orang guna pun. Dengan berdebar-debarnya diorang pun jenguk dalam tandas tu.
AAAHHHH!!
Diorang terkejut, ada perempuan baju putih berdiri dalam tandas tu.

Hoh, lokasi kejadian |
Rehlah jap...
Pantai Ngrenehan ni bukanlah pantai yang luas bapak cam pantai Kerteh ngan Kemasik, tapi pantai ni sebenarnya Teluk. Pasal tu la tak luas sangat. Apa? Tak ingat teluk tu apa? (main soalan sorang diri).
Lukisan huduh |
Mana satu pilihan hati para wanita? |
Pelajar Jogja yang ikut gi sini tu memula dari batch 2010 laki Muslim(well, ni pertemuan antara kitorang2 yang muslim). Yang pompuan takde, diorang gi camping mana entah. Then kitorang2 yang dari batch 2010, dan last skali budak-budak junior batch 2012. Hehe diorang junior, tapi semuanya umur lagi tau dai aku T_T
Ni dia junior2 ku. Oppsss abang2ku. Hehehe |
Ikhwah-ikhwah dari Surabaya :) |
Mari menggila |
Pandangan kota Jogja dari tanah tinggi. Masa ni dalam perjalanan balik |
Kitorang ada buat barbeque skali. Masak ayam ngan ikan. Sembahyang pun kat pantai je, sebab masjid yang ada kat situ tengah renovate. Eh best kut dapat sembahyang tepi pantai, although panas gila ==' Walaupun semua orang last-last dapat sunburn, tapi memang enjoy habis la. :)
SPM besop
Alamak, SPM besok laa. Takutnya sayaaa :(
Tapi awak semua doakan saya eh? :) Bismillahirrahmaanirrahim
Tu tweet aku untuk 2 tahun sebelum ni. Zaman aku SPM dulu aku takde lagi twitter. Setakat fesbuk je. Aku buat twitter ni pun baru pertengahan tahun ni. Tu pun skang dah ada 3000 tweet. Isy nampak sikit kelaghaannya di situ. Ok aku takde adik yang nak SPM, ataupun orang yang aku kenal nak amik SPM.
Masa SPM dulu tinggalkan aku banyak kenangan manis. Dulu masa kat MRSM, orang tengah dok sibuk study, aku lak rilek-rilek je. Gaya pemalas gila. Tapi aku tengok kawan baik aku tu study dengan sangat bersungguh-sungguh, aku rasa tercabar, dan aku pun study jugak akhirnyaa. Mula-mula tu aku study sorang-sorang. Dalam kelas, dalam kiub. Tapi satu hari aku ternampak kawan aku ni dia study tepi surau. Aku tanya dia..
"Eh, kau memang study sini eh?"
"Ha'ah. Tengok la, beg, buku, barang-barang aku semua kat sini."
"Gila la. Ko ni macam berkhemah pulak kat sini. Emm, nak join ko boleh tak?" :p
"Haha ko join je la! Aku ni pun bosan duk sini sorang-sorang."
Patutla masa prep tu aku tengok dia selalu hilang. Naik tingkat 2, tingkat 3 pun tak jumpa. Hehe sekarang aku dah jumpa kau! Study tepi masjid. Rasa aman je. Takde la dengar bunyi budak-budak lain tu jerit, gosip-gosip dalam kelas. Jadi kitorang pun banyak menghabiskan masa tepi masjid untuk study. Ok takde la sampai 24 jam study. Kadang-kadang tu ada gak la main game pokemon kat henfon aku. Oh ko main pokemon jugak ea? Hahaha lawak gila. Pagi, petang, malam masa hujung minggu memang tepi masjid la kitorang lepak. Selalu jugak order McD, makan nasi koboi. Eh rindunya nasi koboiii...
Kalau masa pagi-pagi morning call tu, aku ngan dia ni memang ponteng la, kitorang lepak je kat port biasa tu. Eh kitorang nak SPM ni buat apa la nak morning call? Kitorang form 5 je yang ada. Junior-junior lain semua dah g cuti. Nasib baik la sepanjang kitorang ponteng morning call tu tak pernah kena tangkap. Hehehe..
Kepada calon-calon SPM, selamat menjawab! Alaa, buat rilek je. SPM bukan susah mana pun :p

Subscribe to:
Posts (Atom)
Update
Dah 5 bulan aku bertapa kat surgical sejak metatarsal aku crack. MC lama, kena extend posting pun lama. Kerja kat wad surgical 4A harini, ke...
-
Post untuk Ita, ex-klasmet masa form 4 dulu. Sebenarnya tak tau nak tulis pasal apa. So main hentam je la. Firstly, nervous cells are cal...
-
Suatu malam lepas aku balik dari Malaysia, aku start kemas dapur rumah tu. Sepah gila. Nak dipendekkan cerita masa aku kemas bekas-bekas mak...
-
Benda ni dah jadi virus kan? Siap orang buat remix pulak tu. Haha lawak gila. Tujuan entry kali ni nak komen sikit pasal situasi ni. Apa ya...